|
Assalamualaikum semua
Mungkin ramai di antara korang pernah dengar lagu ni. Dulu masa zaman akhir 80an/awal 90an pihak RTM selalu pasang lagu ni kat siaran TV diaorg. Dengan terciptanya lagu ni ramai non-Sarawak people sedar akan kewujudan Gunung Santubong ni.
Sebenarnya, kalau kita tanya orang tua2 di Santubong nun, ada banyak versi mengenai kewujudan lagenda 2 orang puteri ni. Kat board lagenda sana ada thread yang membahaskan mengenai teori kewujudan mereka. Disebabkan mitos2 ini kebanyakannya berasakan tradisi lisan, jadi tak hairanlah kenapa banyak versi mengenai princesses ni. Tapi, bagi para pengkaji budaya khusunya, bukan tugas mereka untuk menentukan versi mana yang "betul" mahupun "salah" - yang penting, kumpulkan sebanyak mana yang boleh dan kemudian dokumenkannya agar tidak terus hilang.
Tapi, disebalik lagu Puteri Santubong Puteri Sejinjang, sebenarnya pencipta lagu ini mempunyai tujuan lain. Kalu diperhatikan, ada beberapa rangkap lirik yang menceritakan mengenai bagaimana 2 orang puteri ini bergaduh. Kat bawah ni saya tepekkan lirik lagu ni, sambil2 tu boleh sama2 nyanyi pada sesapa yang tau lagu ni
Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelaie,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampe ke mati.
Udah lejuk nya duak kelaie,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampe gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampe terkenak Sejinjang kepalak,
Lalu bertabor jadi Pulo Kerak.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pake ingatan sepanjang zaman.
Sebenarnya, lagu ini adalah lagu sindiran, yang mana 2 orang puteri ini mewakili 2 orang pemerintah negeri Sarawak yang pada waktu itu dikhabarkan bergaduh - dan seperti mananya 2 orang puteri ini, 2 orang VVIP ini juga adalah bersaudara (and uncle with his nephew)
Saya boleh jamin lagu ini adalah lagu sindirian sebab saya dah tanya sendiri komposernya..yang mana beliau adalah ayah saya sendiri
Sekian saja coretan saya buat masa ini. Terima kasih kerana sudi membaca
|
|