|
Bernard dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates, musim panas ini.
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger nafi khabar angin mengaitkan kelab itu dengan pemain Brazil, Bernard.
Bernard, 20, pemain muda meningkat naik di Atletico Mineiro dikatakan bakal menyertai The Gunners dengan kontrak lima tahun.
"Laporan itu tidak benar," kata Wenger selepas aksi persahabatan menentang Nagoya Grampus Eight, kelmarin.
Selain Arsenal, Bernard atau nama sebenarnya Bernard Anicio Caldeira Duarte dikaitkan dengan Tottenham Hotspur, FC Porto, Shaktar Donetsk dan Borussia Dortmund.
Awal bulan ini, Atletico Mineiro mengesahkan menerima lima tawaran untuk pemain tengah itu.
|
|