CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1382|Reply: 0

Imam Muda Azhar lancar album pertama

[Copy link]
Post time 7-8-2013 01:46 PM | Show all posts |Read mode


AZHAR Ghazali atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Azhar melangkah setapak lebih maju dalam kariernya apabila melancarkan album pertamanya berjudul Doa Dari Al-Quran.

Album tersebut memuatkan 21 doa yang dipetik daripada ayat-ayat Al-Quran.

Antaranya, Doa Mohon Rezeki, Doa Mudah Menghafal, Doa Ketika Ditimpa Musibah, Doa Mohon Bantuan Allah, Doa Mohon Kesabaran dan Doa Dilimpahi Rezeki.

Pendakwah dan pengacara muda berusia 24 tahun ini juga tidak menyangka album ini dalam disiapkan.

“Pada mulanya, saya rasa album ini tak akan berhasil kerana kekangan masa saya sendiri. Saya terlibat dalam pengacaraan beberapa program TV yang memakan masa.

“Tapi Alhamdulillah. Dalam tempoh tiga bulan album ini berjaya disiapkan. Ada hikmahnya kerana ini bulan Ramadan, bulan Al-Quran. Jadi, sangat sesuai temanya,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Akui kurang yakin dengan kebolehan menyanyinya sendiri tapi ia tidak menghalang Azhar untuk meneruskan rakaman bagi album ini.

“Saya rasa kurang yakin tentang nyanyian saya tapi lagu dalam bacaan Al-Quran saya boleh buat.

“Jadi, Unic telah memberi cadangan yang sangat tepatlah dengan kemampuan saya sendiri iaitu membaca doa dari Al-Quran,” katanya yang diajak Unic untuk menghasilkan album tersebut.

Sejak keluar daripada program Imam Muda 2010 itu, Azhar terlibat mengacara beberapa program TV seperti Pengacara Khabar Haji, Jemputan Umrah, Naqiq Muda dan Anugerah Illahi.

Berkongsi tentang perancangan terdekatnya, Azhar memberitahu ada merancang untuk mengeluarkan Selawat Thurah bersama abangnya, Ustaz Zikri Ghazali.

“Insya-ALLAH selepas Aidilfitri ini, saya dan abang saya bercadang untuk menghasilkan satu album Selawat Thurah. Kitab Thurah merupakan kitab tradisional lama-lama.

“Sewaktu saya belajar di sekolah pondok, memang ada selawat-selawat yang sering diperdengarkan. Ia menjadi nostalgia...hanya ada di pondok-pondok,” katanya.

Tambahnya, “saya bakal berselawat dengan menggunakan bait dan kalimah yang sama tapi dimodenkan.”

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049738 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list