CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2164|Reply: 1

ETCM Terima Pengiktirafan atas Kempen Kesedaran Keselamatan untuk Wanita

[Copy link]
Post time 7-8-2013 03:15 PM | Show all posts |Read mode


ETCM Terima Pengiktirafan atas Kempen Kesedaran Keselamatan untuk Wanita

       
Ampang, 6 Ogos 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini menerima pengiktirafan dalam bentuk sekeping sijil penghargaan daripada Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya Malaysia (RSMC). Sijil itu sebagai menghargai sokongan padu syarikat dalam mewujudkan kesedaran keselamatan di kalangan wanita melalui siri Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar Nissan di seluruh negara. Wakil-wakil dari Kementerian  Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat turut hadir untuk mengiktiraf usaha ETCM, sempena Kempen Kesedaran Jenayah Jalanan Wanita yang diadakan di Great Eastern Mall di Kuala Lumpur.

ETCM telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan wanita menerusi Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar Nissan. Bengkel tersebut direka khas untuk pelanggan wanita Nissan bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan sewajarnya mengenai cara untuk mempertahankan diri daripada bahaya yang mungkin dihadapi di bandar.   

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini kerana kami benar-benar mengambil berat terhadap keselamatan pelanggan Nissan, terutama wanita. Kami menganggapnya sebagai satu tanggungjawab untuk melengkapkan para pelanggan dengan tip-tip dan pengetahuan sewajarnya bagi melindungi mereka daripada bahaya. Kami akan terus membantu mewujudkan persekitaran sosial yang lebih selamat melalui lebih banyak bengkel keselamatan pada masa akan datang.”

ETCM merancang untuk terus mengadakan acara-acara menarik dan bermakna ini demi manfaat semua pelanggan Nissan. Syarikat juga berharap maklumat dan pengetahuan berharga yang diperoleh daripada bengkel-bengkel keselamatan ini akan dikongsi dengan ahli keluarga serta rakan-rakan mereka.


Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) merupakan unit jualan dan pemasaran bagi kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik selaku pemegang francais untuk jenama Nissan/Datsun di Malaysia. Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris dalam negara pada tahun 1970. TCMH disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Kumpulan ini secara prinsipnya terlibat dalam pemasangan dan pengedaran kenderaan. Bagi melengkapkan perkhidmatan automotifnya, TCMH menawarkan servis meluas seperti kenderaan selepas jualan, pembiayaan pembelian, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada pelanggan-pelanggan TCMH di negara ASEAN.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2013 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Muskil aku berkenaan lambang yahudi diatas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.330479 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list