CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11415|Reply: 16

PENGUASA PENJARA KX41

[Copy link]
Post time 21-8-2013 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Guys, siapa dapat interview dr 20 Ogos sampai 3 Sept ni pls share sikit apa yg diaorg tanya.. Semua pasal kepenjaraan atau ade gak topik2 lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2013 11:06 PM | Show all posts
Memandangkan xde yg reply n memandangkan aku dah pegi interview tadi, so aku share sikit apa yg diaorg tanya.

Ada dua org penemuduga. Seorang dari SPA dan seorang lagi adalah wakil dari Jabatan Penjara.

Masuk je bilik terus wakil SPA tanya kenapa nak jadi Penguasa Penjara?

Then dia tanya lagi apa tugas2 yang penguasa penjara buat?

Jabatan Penjara kementerian mana yang tadbir?

Selain Jabatan Penjara, agensi apa lagi di bawah naungan kementerian tu?

Sebutkan undang2 yang perlu pegawai penjara tahu dan huraikan salah satu undang2 tersebut.

Then org Jabatan Penjara pula tanya.. Apakah sumbangan yang akan anda beri jika terpilih?

Then dia tgk resume, dia tanya u degree in business admin, macam mana nak relate dgn kerja penguasa penjara?

Bagaimanakan tahanan asing boleh ditempatkan di penjara?

Bagaimanakah pengelasan banduan dilakukan?

Itu je yg aku ingat. Keseluruhannya mengambil masa 20 minit. Tahniah yg berjaya sehingga ke peringkat temuduga. Anda adalah 374 yg terbaik dr 15609 yang memohon. Tawakal now agar berjaya menjadi pengisi 17 kekosongan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:14 PM | Show all posts
aku peringkat awal lagi x lepas..
share le story dari peringkat awal sampai ke temuduga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2013 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Peringkat pertama: Pemeriksaan Fizikal

Lepas daftar, anda dikehendaki membuka baju dan menyinting seluar ke atas paras lutut.

Tinggi dan berat anda disukat - BMI dikira. Ramai yg x lepas pada peringkat ni.

Then pengecaman warna dan jarak penglihatan.

Lepas tu pemeriksaan tubuh badan bagi memastikan tangan, kaki dan anggota2 lain berkeadaan normal dan tidak bengkok. Kalau badan pernah menjalani pembedahan, ada letak besi dlm, mmg susah sbb dia guna scanner nak detect ada besi ke tidak (kalau dia nampak anggota anda tidak dlm keadaan yg baik). Lebar dada diukur. Masa ni ada juga sorang dua x lepas sbb dada kecik.

Pas tu test kawad dan gaya berjalan. Kalau lutut berlaga, out. Kalau kawad x betul, out.

Lepas kawad baru physical test yg betul2..

1. Bangun tubi dalam masa 2 minit (30 kali untuk lelaki, 28 kali untuk wanita)
2. Lari ulang alik 4 x 10 meter (lelaki 11 saat, perempuan 13 saat)
3. Lompat jauh berdiri (lelaki 215 sentimeter, perempuan 162 sentimeter)
4. Larian 2.4km (lelaki 14 minit, wanita 17 minit)

Peringkat kedua: Peperiksaan

Yang lepas kesemua ujian diatas boleh tunggu utk ambil peperiksaan pada petangnya. Yg x lepas dah boleh balik.

Lepas exam tunggulah lebih kurang sebulan utk tahu result.

Lepas keluar result, tunggu lagi 2 bulan lebih utk temuduga.

Peringkat ketiga: Temuduga

Yg ni anda boleh baca tips kat thread PTD etc. Sama jer.

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:27 AM | Show all posts
aku masa kena suh kawad tu dah out.
kira hebat la hang ni lepas sampai dpt temuduga
aku doakan hang dapat keja ni
masa lari tu hang dapat berapa catatan masa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
koric posted on 2-9-2013 10:27 AM
aku masa kena suh kawad tu dah out.
kira hebat la hang ni lepas sampai dpt temuduga
aku doakan han ...

Xde lah hebat mana.. Nasib je bro.. Aku x ingat dpt brapa minit. Tapi rasanya dlm 12 minit lebih.. Tu pun sbb pegawai tu jerit2 suruh push2.. Kalau tidak mmg ke laut lah.. Penat nak mampos..

Kenapa kawat ko x lepas?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2013 09:16 AM | Show all posts
pegawai tu cakap bahu aku senget masa kawat.. dari 20 org kami yg ade hari tu tngl 3 je qualify utk fizikal test.. yg dpt p exam x tau la baper org.. tp btl ker dia nak pilih penguasa ni kena ade muka brutal2 skit
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 11:42 AM | Show all posts
aku dpt panggilan interview 10/9 ni kat penjara sg. udang utk jawatan peg jpj/kpdnkk gred41..tak taw la nak gi ke tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2013 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
koric posted on 3-9-2013 09:16 AM
pegawai tu cakap bahu aku senget masa kawat.. dari 20 org kami yg ade hari tu tngl 3 je qualify utk  ...

Entah lah bro.. Kalau dia pilih muka brutal, mmg aku ke tong sampah lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2013 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas posted on 3-9-2013 11:42 AM
aku dpt panggilan interview 10/9 ni kat penjara sg. udang utk jawatan peg jpj/kpdnkk gred41..tak taw ...

Aku pun tgh berkira nak pergi ke tak.. Cuti x banyak. Kena ambil cuti 2 hari tu (kalau lulus physical test lah)..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 09:52 AM | Show all posts
tagas posted on 3-9-2013 11:42 AM
aku dpt panggilan interview 10/9 ni kat penjara sg. udang utk jawatan peg jpj/kpdnkk gred41..tak taw ...

aku pon dpt jugak....xtau la lepas ke x...dlu aku mmg giler aktif sukan & wataniah...
tapi pas grad dh 3 tahun aku xwat sume aktiviti tu..huhu..
mampukah aku...                        

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 09:59 AM | Show all posts
mhafis posted on 3-9-2013 09:59 PM
Aku pun tgh berkira nak pergi ke tak.. Cuti x banyak. Kena ambil cuti 2 hari tu (kalau lulus physi ...

masa p physical test tu memang kena pakai pakaian sukan terus kn?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2013 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hotzzplate posted on 4-9-2013 09:59 AM
masa p physical test tu memang kena pakai pakaian sukan terus kn?

Yup.. Masa penjara aritu terus pakai pakaian sukan.. Kena kat mana bro? Bila?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 03:10 PM | Show all posts
10/9 ni..kt penjara pokok sena...kedah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2013 12:40 PM | Show all posts
wah tahniah mhafis dah berjaya sampai interview.. next week 17hb ujian fizikal & kecergasan.. lps baca experience org len rasanya mmg x g kot.. dah fail kat ujian mata tu.. g pun mcm susah je nk lari bagai n lompat pulak.. haha.. gud luck pd siapa yg g..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2013 02:57 PM | Show all posts
miss_feyda posted on 10-9-2013 12:40 PM
wah tahniah mhafis dah berjaya sampai interview.. next week 17hb ujian fizikal & kecergasan.. lps ba ...

Dulu I pun malas nak pergi juga masa dapat panggilan utk ujian kecergasan KX41 ni.. Ye lah jawatan x popular.. Kerja urus banduan etc.. Dlm hati, mati juga kang kalau banduan merusuh dlm penjara.. Tapi disebabkan nak cabar diri sendiri.. I pergi ujian fizikal tu. Malam sebelum kejadian baru sibuk refresh balik kawad, baca serba sedikit tentang kepenjaraan.. Dan alhamdulillah lepas ujian fizikal dan exam.

Time wat preparation utk interview, I start baca ttg Akta Penjara etc. Dah tahu selok belok kerja ni, bagaimana melayan banduan etc, tetiba I rasa sgt berminat nak masuk skim KX ni.. Nak tolong org2 yg dah tersasar ni balik ke pangkuan masyarakat.. Mula berangan nak sambung master in counseling.. oh berangan

I think you should go and challenge yourself! Jadi Penguasa KPDNKK u boleh pancung peniaga2 yg naikkan harga barangan sesuka hati. Kalau u x berani pancung, kasi sama saya.. Jadi Penguasa JPJ, u boleh bom kereta2 yg pakai lampu putih.. hahahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 10:44 AM | Show all posts
bro nak tanya..utk exam tu soalan dia mcm mana ea..sush x soalan dia..bole beri contoh x bro..nak prepare exam tu..sbb xpnh jwb soalan exam penjara nie.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.120139 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list