CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1984|Reply: 0

Jangan cepat selesa

[Copy link]
Post time 23-8-2013 10:09 AM | Show all posts |Read mode


ISMAIL (kanan) tidak menolak kemungkinan untuk merombak kesebelasan utama skuad Sime Darby pada aksi menentang Johor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.


KEBIASAANNYA, kesebelasan utama pemain yang berjaya membantu pasukan mengutip tiga mata penuh tidak perlu dirombak.

Namun, lain pula ceritanya dengan pengendali Sime Darby, Ismail Zakaria yang tidak menolak kemungkinan untuk merombak kesebelasan utamanya ketika melayan kunjungan Johor pada aksi kedua Kumpulan A, kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.

Biarpun berjaya menewaskan naib juara musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-3 di stadium yang sama Selasa lalu, Ismail jelas memiliki alasannya yang tersendiri.

Beliau berkata, perjalanan kempen Piala Malaysia masih panjang dan apa jua kemungkinan boleh berlaku dalam bola sepak.

"Sudah tentu saya gembira apabila kami berjaya membawa pulang tiga mata, namun ia bukan alasan buat mana-mana pemain berasa selesa seolah-olah slot kesebelasan utama sudah terjamin buat mereka.

"Saya sering memberitahu pemain bahawa mereka boleh meninggalkan kami jika gagal melakar kemenangan bermakna.

"Kempen Piala Malaysia merupakan medan awal buat saya menguji kemampuan pasukan bagi mengharungi Liga Super musim depan. Jadi, pemain perlu membuktikan kemampuan mereka sepanjang kempen kali ini," kata Ismail kepada Kosmo! semalam.

Justeru, Ismail menuntut anak-anak buahnya supaya mengekalkan momentum ketika berdepan Johor malam esok.

"Selayang merupakan 'rumah' kami. Jadi, tiada sebarang alasan untuk gagal membawa pulang tiga mata berharga.

"Pada masa sama, kami perlu sedar masih ada dua pasukan yang kuat dalam kumpulan iaitu ATM dan Selangor. Jadi, kami perlu 'berlari' sekuat mungkin bagi mengelak dipintas saat-saat akhir jika berhasrat mara ke suku akhir," katanya.

Pada masa sama, Ismail juga memuji persembahan keseluruhan anak-anak buahnya membenam cabaran skuad The Gladiators terutamanya pemain import, Togaba Kontiwa Komlan; Mohd. Fazrul Hazli Mohd. Kadri dan Hadzirun Che Hamid yang mencetak gol-gol pasukannya dalam perlawanan itu.

"Sudah lama saya nampak kemampuan Togaba, cuma dia kurang bernasib baik apabila gagal menjaringkan gol dalam saingan Liga Premier.

"Jadi, saya harap Togaba mampu meneruskan kecemerlangan menjaringkan gol sepanjang kempen Piala Malaysia.

"Kematangan Hadzirun yang baru diserap masuk daripada skuad Piala Presiden juga wajar dipuji," kata Ismail.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.118182 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list