CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6280|Reply: 42

royanan ilmiah shahora

[Copy link]
Post time 30-8-2013 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Sharifah Shahora: Amalan ‘beri muka’  berleluasa 0 0Google +0 0 0              Cetak


Oleh Nor Akmar Samudin
Dari pandangan luaran kita melihat penerbitan drama berkembang dengan baik sejajar kemunculan pelbagai stesen TV. Ada artis yang tidak menang tangan menerima tawaran berlakon sehingga sepanjang tahun jadual mereka padat. Bukan setakat tahun ini, malah awal 2014 pun sudah ada produser yang ‘booking’.
Namun kepada yang sudah berbelas dan berpuluh tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air, tidak semua yang dilihat sama seperti yang difikirkan.


Pelakon, Sharifah Shahora yang sudah menghambakan dirinya selama 17 tahun dalam bidang seni meluahkan kekecewaannya mengenai hakikat sebenar perjalanan industri yang disifatkannya hanya ‘memberi muka’ kepada sesetengah pihak saja.

“Semakin lama, bayaran semakin teruk. Keadaan sekarang terbalik kerana bayaran dulu lebih mahal daripada sekarang. Kalau  harga barang terus naik dan tidak turun-turun tetapi bayaran untuk pelakon pula sebaliknya. Bukankah pelik?
SHAHORA mengharapkan perubahan dalam industri.



Orang bekerja di pejabat setiap tahun naik pangkat dan gaji tetapi kami yang sudah lama berada dalam industri, lain pula jadinya. Semakin lama kami tidak dihargai. Kepada yang tiada sumber pendapatan lain, terpaksalah terima juga tawaran yang datang meskipun tidak berbaloi. Alasannya kos produksi semakin meningkat tetapi bayaran daripada stesen TV kepada syarikat produksi tidak bertambah,” katanya.

Menurut Shahora, sekarang konsepnya stesen TV yang akan memilih pelakon yang mereka mahu, Sekiranya artis yang tahu mereka menjadi pilihan utama stesen TV berkenaan akan ‘demand’  harga kerana jika produksi ambil pelakon lain, stesen TV akan tolak.

“Lantas permintaan pelakon terbabit terpaksa dipenuhi dan yang menjadi korban adalah pelakon lain dan krew. Bayaran untuk mereka dikurangkan untuk membayar pelakon utama,” katanya.  

Shahora yang memiliki syarikat produksi sendiri, 11 Field Sdn Bhd dan selama bertahun-tahun dia turun naik ke stesen TV menghantar kertas cadangan drama dan telefilem tetapi tiada yang beri jawapan. Menurutnya, ‘trend’ sekarang juga mesti ada imbuhan baru dapat dan sudah tidak boleh lagi ikut saluran yang betul.

“Rakan artis yang tahu saya ada syarikat produksi sering bertanya tak adakah ‘job’ untuk mereka. Memang saya simpati tetapi syarikat saya tidak pernah dapat peluang, macam mana saya nak bantu mereka. Baru tahun ini saya dapat projek daripada Astro dan TV9.

“Saya tahu, saya orang kecil dalam industri dan tidak pernah menang anugerah pun. Tetapi saya melihat apa yang berlaku dan selepas berkahwin dengan Raja Mukhriz yang juga Pengarah Fotografi, kami selalu berbincang mengenai perkara ini. Pemerhatian saya menjadi semakin luas,” katanya.


Banyak kronisme dan nepotisme

Shahora turut mendakwa terlalu banyak berlaku kronisme dan nepotisme dalam industri filem dan drama tempatan.

Saya musykil mengenai hal ini kerana saya selalu dapat tawaran berlakon dan bila pengarah sebut nama produser, saya tak kenal. Apabila sudah bersua muka dengannya pun saya masih tak tahu siapa dia. Orang macam ini yang dapat banyak projek. Kenapa tak beri peluang kepada orang industri sendiri yang sangat mengetahui selok-belok dunia penerbitan tempatan. Untuk menjimatkan kos produksi, ada yang mengambil mereka yang bekerja menjaga ‘wardrobe’ sebelum ini dijadikan penolong pengarah atau pengurus produksi (PM). Sebab itulah mutu produksi kita semakin merosot.

“Tanpa pengalaman dan pengetahuan, seluruh produksi jadi kucar-kacir kerana orang yang baru dilantik untuk jawatan PM  tidak dapat menguruskan jadual dengan baik. Pelakon ‘top’ yang menjadi rebutan stesen TV pula ambil dua tiga tawaran berlakon sehingga berlaku pertindihan jadual,” katanya.

Akibat daripada itu, jelas Shahora, pelakon lain terpaksa menunggu ‘watak utama’ itu datang ke lokasi sehingga berjam-jam.

Pelakon lain yang menunggu ini tak boleh buat kerja lain dan kami semua nak makan apa kalau penggambaran terpaksa ‘berehat’ dua tiga hari sementara menunggu pelakon utama itu ‘free’,” katanya.

siapakah ??

Shahora tahu pasti ada yang marah dengan kenyataannya tetapi itulah hakikat sebenar yang berlaku.

Beralih kepada isu lain yang kembali menceriakan Shahora apabila dia terkenangkan pengalamannya menyertai MasterChef Selebriti Malaysia.

“Saya bukan pandai masak sangat dan saya tersingkir dari MasterChef pada episod ke-24. Tetapi sejak itu, orang ingat saya pakar dalam bidang masakan dan yang kelakarnya, apabila saya pergi kenduri kahwin, tuan rumah ajak ke dapur minta saya rasa masakan mereka.

“Nampak gayanya kenalah saya belajar memasak. Saya menjadikan resipi di Internet sebagai panduan. Sekarang kalau saya teringin nak makan apa saja, saya akan cuba masak sendiri,” katanya.

Shahora ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran pengasas produk IVY6 Bodycare, Yong Fairus di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. Shahora pernah menjadi duta produk itu pada 2003  dan meskipun kontrak sudah tamat, Shahora masih menjalin hubungan baik dengan Yong Fairus.

“Saya masih membantu Kak Yong memperkenalkan produknya kepada orang ramai. Sebagai pengguna lama korset IVY6, ia memudahkan saya memberi penjelasan kepada kaum wanita,” katanya.

Last edited by sepitsiput on 30-8-2013 10:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 10:19 AM | Show all posts
x minat dia ni..malas nk baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2013 10:22 AM | Show all posts
sweetsugar posted on 30-8-2013 10:19 AM
x minat dia ni..malas nk baca

membaca membina minda intelek!



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 10:23 AM | Show all posts
gitu ek.. susah lah nak dapat jobs
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 10:29 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 30-8-2013 10:22 AM
membaca membina minda intelek!

hehehe..buku nilam ai dh banyak tau tau tau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 10:30 AM | Show all posts
tak payah nak compare sangat lah. orang keje pejabat kalo cam kelayakan cam uols gaji takat 2-3 ribu jek..uols masa tengah laku sekali job dapat puluh-puluh ribu..so masa tengah laku tu menyimpan la

setiap pekerjaan tu ada plus minus la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2013 10:32 AM | Show all posts
bottombikini posted on 30-8-2013 10:30 AM
tak payah nak compare sangat lah. orang keje pejabat kalo cam kelayakan cam uols gaji takat 2-3 ribu ...

couldnt agree more
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2013 10:33 AM | Show all posts
sweetsugar posted on 30-8-2013 10:29 AM
hehehe..buku nilam ai dh banyak tau tau tau...

pernah dapat x anugerah nilam? dulu kat sekolah I ada pemenang yang I tahu kerja jahat dia duduk copy sinopsis ja..n suruh kakak dia baca n ceritakan balik kt dia... boleh gitu? alih2 menang uol!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2013 10:34 AM | Show all posts
bottombikini posted on 30-8-2013 10:30 AM
tak payah nak compare sangat lah. orang keje pejabat kalo cam kelayakan cam uols gaji takat 2-3 ribu ...

i rasa dia nak syorkan konsep grading. x semua pelakon lama layak dibayar dengan gaji tinggi kalau kualiti teruk. with grades, senanglah nak charge harga yang sesuai dgn mutu

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 10:40 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 30-8-2013 10:33 AM
pernah dapat x anugerah nilam? dulu kat sekolah I ada pemenang yang I tahu kerja jahat dia duduk c ...

kannn.. rmai yg cheating.. msuk library bukan baca pun..
bce sinopsis yg kt blakang bku citer je, pastu tenyeh..
tp ai x pnh buat camtu tau..baca dr kulit depan smp blakang..kulit je pun! heheh..
sori. ter off topic lak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 11:21 AM | Show all posts
tq meksim!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 11:25 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 30-8-2013 10:34 AM
i rasa dia nak syorkan konsep grading. x semua pelakon lama layak dibayar dengan gaji tinggi kalau ...

itu realiti industri seni negara kite noks...pi mai pi mai tang tu jugek
sheols pun penah muda dan ngetop kan..patut sheols dah tau masa mula-mula tercebur ke bidang ni

jangan la di samakan dengan kerja pejabat..weols nak ngumpul puluh-puluh ribu makan tahun senah!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 11:26 AM | Show all posts
Orang bekerja di pejabat setiap tahun naik pangkat dan gaji*teeeeet! salah*
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 11:30 AM | Show all posts
bottombikini posted on 30-8-2013 10:30 AM
tak payah nak compare sangat lah. orang keje pejabat kalo cam kelayakan cam uols gaji takat 2-3 ribu ...

Sebenarnya kan, utk drama, berapa ye hero or heroin dpt utk satu episod?
byk ke? Smpi berpuluh ribu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 11:36 AM | Show all posts
smpi bila lah produksi kita mahu mencontohi produksi korea spy jadi lebih baik?

setiap taun, ade je drama baru ngan idea baru...

siap buat studio sendirik utk penggambaran filem...

satu lg, masalah ngan pihak tv..

competitor 2 company jek ...astro (berbayar) & media prima (free)
maka mereka bukannya mahu bersaing, tp lebih kpd memenuhi slot yg ade..
itu yg hasilnya tak bermutu
klu kat korea, ade 3 cenel free (MBC, KBS, SBS) yg bersaing utk dapatkan rating tertinggi bg satu slot
Last edited by dauswq on 30-8-2013 11:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 11:42 AM | Show all posts
Heran..ada sesetengah artis, bila dah sakit, bila dah susah, mula lah cakap takde duit, takde simpanan..mula lah cakap yg tak sama macam orang kerja office..habis tu, time dapat payment ribu2 tu, awat tak simpan..masing2 boros..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 11:53 AM | Show all posts
gitu lh keadaan nk jd retis.....................bkn senang pun tp x pe laki dia nie kan Pengarah Sinematografi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 11:56 AM | Show all posts
tapi aku suka dia berlakon..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 11:57 AM | Show all posts
bottombikini posted on 30-8-2013 10:30 AM
tak payah nak compare sangat lah. orang keje pejabat kalo cam kelayakan cam uols gaji takat 2-3 ribu ...

correct!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 12:07 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 30-8-2013 10:34 AM
i rasa dia nak syorkan konsep grading. x semua pelakon lama layak dibayar dengan gaji tinggi kalau ...

oh yeke.. aku plak reka je tajuk buku dan sinopsis. menang jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.357029 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list