CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2829|Reply: 0

Nicol masih optimis

[Copy link]
Post time 11-9-2013 10:28 AM | Show all posts |Read mode



PEMAIN skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David masih optimis bahawa skuasy akan menjdi acara olimpik satu ketika nanti.

"Kita mengetengahkan kes kita dengan baik, memenuhi semua kriteria, namun akhirnya, kita tidak memperoleh hasil seperti yang diharapkan," katanya kepada
pemberita pada Kejohanan Skuasy Terbuka Terbuka Malaysia CIMB di Arena Nicol David, Pusat Skuasy Negara di Bukit Jalil, di sini, semalam.

Beliau merujuk keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Buenos Aires pada Ahad lalu yang menolak skuasy sebagai acara olimpik bagi memberi laluan kepada acara gusti.

"Ia menyedihkan, mengetahui banyak yang boleh kita tawarkan. Yang bagusnya dalam keseluruhan kempen, masyarakat skuasy bersatu padu menyokong usaha itu," kata pemain berumur 30 tahun ini.

Nicol menjadi tokoh penting dalam kempen 'Back the Bid 2020'.

Ia merupakan kegagalan kali ketiga untuk memasukkan skuasy ke dalam olimpik.

Ditanya sama ada Persekutuan Skuasy Sedunia akan membuat bidaan lagi pada Olimpik 2024, Nicol berkata: "Sudah tentu skuasy akan mempertimbang semua kemungkinan untuk menjayakannya.

"Ia bukan sahaja mengenai saya dan kumpulan pemain utama sedia ada. Ia mengenai masa depan skuasy.

"Apapun kita akan mempunyai presiden IOC yang baru, siapa tahu ia akan memihak kepada kita di masa depan. Saya percaya skuasy akan mempunyai peluang akhirnya."

Nicol berkata, beliau kini mahu menumpukan kepada Terbuka Malaysia.

Juara dunia tujuh kali ini gagal mempertahan kejuaraan tahun lalu apabila kalah kepada pemain Mesir, Raneem El Weleily.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.074184 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list