CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2251|Reply: 0

Pestabola Merdeka: Harga tiket turun bermula esok

[Copy link]
Post time 11-9-2013 10:33 AM | Show all posts |Read mode


HARGA tiket bagi menyaksikan kejohanan Pestabola Merdeka yang sedang berlangsung di sini akan diturun kepada kadar yang lebih rendah bermula dengan perlawanan ketiga esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perkara berkenaan diputuskan oleh pihaknya setelah berbincang dengan penganjur kejohanan ProEvents International (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata, sehubungan itu harga tiket bagi tempat duduk bebas dan utama di Stadium Darul Makmur diturunkan masing-masing kepada RM20 dan RM50 berbanding RM38 dan RM68 sebelum ini.

Bagi perlawanan antara Singapura dengan Myanmar di Stadium Mini Temerloh esok pula, tiket bagi tempat duduk bebas berharga RM20 dan tempat duduk utama berharga RM25 berbanding RM28 dan RM38 sebelum ini.

"Saya berharap penurunan harga ini akan membolehkan peminat di Pahang khususnya dan Kuantan amnya dapat hadir bagi menyaksikan perlawanan," kata Hamidin kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Hamidin berkata, harga tiket yang mahal yang ditetapkan sebelum ini tidak dapat dielakkan disebabkan kos perbelanjaan kejohanan yang tinggi.

Sementara itu beliau berkata, FAM akan berbincang dengan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkaitan lanjutan kontrak pemain.

"Kita telah maklumkan kepada Datuk Afandi Hamzah (Naib Presiden FAM) yang juga pengurus pasukan Bawah 23 Tahun serta Kim Swee supaya memberi laporan tentang pemain yang ingin mereka lepas serta kekal tahun depan," katanya.

Beliau berkata, perkara berkenaan dijangka diputuskan selewat-lewatnya Oktober ini.

Hamidin turut mengingatkan pasukan yang berhasrat memancing pemain Harimau Muda A supaya tidak berbuat demikian dalam tempoh terdekat bagi membolehkan misi skuad negara mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar Disember ini tercapai.

Dilaporkan sebelum ini, Johor Darul Takzim berhasrat memancing tiga pemain skuad Harimau Muda A iaitu Md Fadhli Mohd Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman bagi memperkuat pasukan berkenaan menghadapi Liga Malaysia tahun depan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.234990 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list