View: 2318|Reply: 1
|
Edisi Harimau Muda: Izham praktik ilmu di Eropah
[Copy link]
|
|
KUANTAN - Penjaga gol Harimau Muda, Mohd. Izham Tarmizi, mengakui pendedahan selama lima bulan di Slovakia dan Republik Czech memberi manfaat besar kepada prestasinya pada Pestabola Merdeka 2013.
Dianggap salah seorang pemain paling cemerlang dalam pasukan Harimau Muda selepas hanya melepaskan satu gol dalam empat perlawanan, Izham bersyukur kerana prestasinya banyak membantu kepada kejayaan Malaysia ketika menundukkan Myanmar 2-0.
''Apa yang saya pelajari di sana selama empat hingga lima bulan cukup berbeza dengan apa yang kita perolehi di sini.
''Tahap bola sepak di sana nyata berlainan dan secara tidak langsung kita dapat mempertingkatkan lagi prestasi ke tahap lebih tinggi.
''Jika di sini, mungkin tidak banyak yang saya boleh belajar kerana tahap kami di sini lebih kurang sama dengan pemain lain, "katanya.
Selain daripada itu, Izham berasa bangga kerana dapat meraih kejuaraan Pestabola Merdeka buat kali pertama dalam kariernya.
Tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan, dia sedar bukan mudah untuk menewaskan Myanmar yang cukup liat untuk ditundukkan.
''Semua rakan sepasukan telah beraksi dengan baik dan kejuaraan ini hasil kerjasama yang erat antara kami.
''Trofi Pestabola ini adalah kepada negara Malaysia dan juga sempena ulang tahun Hari Malaysia," katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat!!.. dia ni dari negeri mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|