View: 4937|Reply: 4
|
TAHNIAH ! ANAK MUDA INI SUJUD SYUKUR SETELAH HARUMKAN NAMA NEGARA DI SEPANYOL !
[Copy link]
|
|
TAHNIAH ! ANAK MUDA INI SUJUD SYUKUR SETELAH HARUMKAN NAMA NEGARA DI SEPANYOL !
Artikel ini bukan artikel politik tetapi MiM perlu berkongsi bersama pembaca sekalian.
MiM ucapkan tahniah kepada seorang penunggang muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang mencipta sejarah apabila mendapat tempat pertama di Kejuaraan CEV Sepanyol baru-baru ini.
Anak muda ini menang semasa perlumbaan pertama pusingan kelima kejuaraan di Litar Navarra, Sepanyol 2 hari lepas.
Lihat video di bawah :
Video : Hafizh sujud syukur bila menang CEV Sepanyol
Hafizh turut menamatkan saringan di kedudukan podium di tempat ketiga pada perlumbaan kedua dan kekal di kedudukan ketiga keseluruhan (110 mata), ketinggalan 12 mata di belakang Alejandro Marinelarena manakala Roman Ramos gah selaku pendahulu (146 mata).
Berlumba di kelas Moto2, Hafizh yang berkelana ke Sepanyol bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia tampil begitu meyakinkan pada perlumbaan pertama sekalipun bermula di petak ketiga dan berdepan kesukaran di awal perlumbaan.
Situasi berubah ketika perlumbaan berbaki enam pusingan apabila Hafizh yang memacu jentera Kalex berjaya memintas dua pencabar utamanya, Marinelerana dan Ramos seterusnya mengekalkan kedudukan sehingga penamat perlumbaan. "Ini adalah kejayaan paling membanggakan dalam kerjaya saya,” kata penungang berusia 19 tahun yang merekod masa 30 minit 50.823 saat untuk bergelar juara menafikan Alejandro, kedua ketinggalan 0.305s diikuti Ramos ketiga 5.617s. seterusnya
|
|
|
|
|
|
|
|
perghhh .. baru 19tahun..
TAHNIAH !~ TAHNIAH !!~
|
|
|
|
|
|
|
|
MINAT LE TU..... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Hafizh ni bertanding dalam kategori apa ye?maaf teringin nak tahu. Adakah berbeza dengan MotoGP-Moto2? |
|
|
|
|
|
|
|
MEMANG BERBEZA.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|