CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4163|Reply: 0

Hoki: Harapan Malaysia ke separuh akhir lebur

[Copy link]
Post time 25-9-2013 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Pemain negara, Siti Shahida Saad (kiri) terjatuh ketika cuba menghalang pemain India daripada mara ke pintu gol pasukan negara pada Kejohanan Hoki Wanita Piala Asia di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.


KUALA LUMPUR - Impian Malaysia untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Piala Asia Wanita 2013 berkecai selepas tewas kepada India 0-2 pada saingan kumpulan A di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini hari ini.

Pada perlawanan malam ini, kedua-dua pasukan mempamerkan saingan sengit selepas terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Babak kedua perlawanan menyaksikan India meraih gol pertama menerusi gol padang yang dijaringkan Rani Poonam pada minit ke-38.

Lily Chanu Mayengbam memberikan kedudukan selesa kepada India dengan jaringan kedua menerusi gol penalti pada minit ke-45.

Jurulatih kebangsaan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata meskipun tewas beliau tetap berpuas hati dengan aksi pemain yang memberikan saingan sengit kepada pasukan ke-12 dunia, India pada perlawanan hari ini.

"Bagi saya kali ini adalah aksi terbaik oleh pasukan, India satu pasukan berpengalaman. Kami berikan tentangan yang baik.

"Kelemahan pasukan kita ialah kerana tiada penyudah, dan bahagian pertahanan yang tidak kemas. Saya berharap pasukan tidak patah semangat untuk beraksi dalam kedudukan penentuan kelima hingga lapan pada kejohanan ini," katanya kepada pemberita.

Dalam satu lagi saingan kumpulan A, China mudah menewaskan Hong Kong 7-0 manakala kumpulan B menyaksikan Jepun mengalahkan Kazakhstan 12-0.

Sementara itu dalam satu lagi saingan kumpulan B, Korea Selatan mencatat kemenangan besar dengan mengalahkan Taiwan 16-2.   

Empat pasukan yang layak ke separuh akhir ialah China dan India dari kumpulan A dan Korea Selatan dan Jepun bagi kumpulan B.

Malaysia juga terlepas peluang untuk beraksi ke Piala Dunia di Hague, Belanda dari 31 Mei hingga 14 Jun tahun depan.

Setakat ini hanya China dan Korea Selatan layak ke Piala Dunia.     

Pada perlawan separuh akhir Khamis ini, China akan menentang Jepun manakala Korea Selatan akan menentang India.

Bagi perlawanan penentuan kedudukan lima hingga lapan, Malaysia akan menentang Taiwan manakala Hong Kong akan bertemu Kazakhstan. -

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.063553 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list