CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2031|Reply: 0

Azizah tahan sakit demi raih gangsa

[Copy link]
Post time 25-9-2013 11:03 AM | Show all posts |Read mode
SaLUTE u!


Atlet angkat berat negara, Azizah Fadzil sekadar merangkul pingat gangsa dalam acara Angkat Berat Wanita Bawah 53 Kilogram pada Sukan Perpaduan Islam Ketiga di Gedung Serbaguna Sriwijaya di Palembang hari ini. - Foto Bernama

AZIZAH Fadzil terpaksa melupakan kesakitan seketika bagi menghadiahkan pingat gangsa pertama kepada skuad angkat berat negara pada hari kedua Temasya Sukan Perpaduan Islam ketiga di Wisma Serbaguna Jakabaring dekat Palembang hari ini.

Azizah yang beraksi dalam kategori wanita 52kg melakukan angkatan keseluruhan 155kg.

Pingat emas bagi acara tersebut menjadi milik atlet Indonesia, Citra Febrianti dengan angkatan keseluruhan 196kg, manakala pingat perak turut dimenangi atlet tuan rumah, Syarah Anggraini setelah melakukan angkatan keseluruhan 181kg.

Azizah, 22, berkata, beliau berpuas hati dengan angkatannya hari ini walaupun terpaksa menahan kesakitan akibat kecederaan pada betis kiri dan lutut dua minggu lepas.

"Saya melupakan kesakitan seketika dan memberi fokus kepada angkatan, Alhamduillah saya berjaya meraih pingat gangsa walaupun ini bukan angkatan terbaik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.  Beliau  berharap rakan-rakan turut mampu menyumbang pingat nanti.

Azizah berkata beliau harap selepas ini akan terpilih untuk menyertai Sukan SEA di Myanmar pada Disember nanti.

"Saya diberitahu pemilihan atlet angkat berat ke Sukan SEA masih belum dibuat lagi dan saya harap akan terpilih untuk mengalas cabaran tersebut, " katanya. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.145397 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list