CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17448|Reply: 6

Kaedah Dapat Anak Dari Dr. Hamid Arshat.

[Copy link]
Post time 16-10-2013 09:09 PM | Show all posts |Read mode
http://hamidarshat6.blogspot.com/2013/10/self-insemination.html?m=1
SELF INSEMINATION




Saya akan jelaskan tentang satu kaedah rawatan DIY untuk tingkatkan peluang hamil. Kos jauh lebih murah dari IUI dan peluang hamil hampir sama.

Ikuti link ini tentang IUI

Ada beberapa kaedaan yang menghalang kehamilan berlaku akibat dari kegagalan benih suami masuk kedalam rahim.
1. Kegagalan persetubuhan. Jangan terkejut masih ada pasangan yang gagal melakukan persetubuhan walaupun setelah beberapa tahun berkahwin  Bukactidak ada keinginan atau keghairahan tapi isteri ada phobia atau ketakutan setiap kali mencoba bersetubuh. Ada wanita yang masih dara selepas 6 tahun kahwin.
2. Lemah tenaga batin khususnya pihak suami atau 'mati pucuk' dan tidak bolih melakukan persetubuhan.
3. Suami sering mengalami 'premature ejaculation' dan tidak bolih masukkan benih dalam faraj isteri. Air mani tumpah diluar.
4. Suami ada kecacatan saluran air dimana muncungnya terbuka dipangkal bukan dihujung batang zakar (hypospadias).
5. Suami terlalu letih dan tidak terdaya melakukan persetubuhan sedang isteri subur (ovulation) . Tapi bolih keluarkan air mani cara paksaan (mastubation)
6. Benih suami kurang bilangan, kurang pergerakkan dan kurang yang bentuk normal.

Apa bolih dilakukan untuk cuba hamil.?

Saya cadangkan satu kaedah yang digelar 'Self Insemination' - satu cara permanian yang dilakukan olih pasangan suami isteri sendiri tanpa bantuan doktor.

1. Bila datang haid . Makan ubat subur clomid 2 biji setiap malam selama 5 malam berturut2 mulai hari kedua haid.
Jika haid jarang datang sebab PCOS makan Norculut 2 biji 2 kali sehari - sarapan dan makan malam - selama 10 hari. Haid akan datang 3 - 4 hari lepas habis norculut. Makan clomid 4 biji setiap malam selama 5 malam. Beli clomid dari klinik saya atau farmasi.

2. Ovulation Test kit (5 ujian). Ujian air kencing untuk kesan waktu subur dimulakan pada hari ke10 bagi pusingan haid 28 - 30 hari dan hari ke14 bagi pengidap PCOS. Beli ovulation test kit dari klinik saya atau farmasi.
Buat ujian setiap hari hingga jalur ujian sama warna dengan jalur control (positif) .
Bila positif ovulation atau pematangan telor akan berlaku 24 - 48 jam selapas itu - esok atau lusa. Mula self insemination esok.

3. Cara lakukan self insemination (DIY). Beli beberapa 3 cc/ml syringe plastik (disposable sterile). Beli 10 - 20 syringe 3cc simpan untuk kegunaan masa depan.

Perlu bekas sterile untuk tadah air mani suami yang dikeluarkan secara mastubasi.
Sebaiknya jangan bersetubuh selama 3 hari sebelum insemination.

Setelah dapat air mani suami, biarkan ia cair selama 1-2 jam. Lepas itu sedut 2-3 cc/ml air mani yang cair kedalam syringe.

Wanita baring  dan suntikan air mani kedalam faraj dengan masukkan keseluruhan syringe dan tolak plungger. Bolih buat sendiri atau olih suami. Baring selama 2 jam dengan bantal dibawah ponggong. Prosedur tak sakit kerana saiz syringe adalah kecil.  jika pintu faraj sempit pelincir KY jelly bolih digunakan.

Perlu buat 2 kali self insemination untuk setiap pusingan haid. Esoknya lepas ujian positif dan 2 hari kemudiannya.


Peralatan dan ubat2 clomid serta norculut bolih dibeli dari klinik saya atau farmasi terdekat.








hamidarshat at 1:02 PM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 06:29 PM | Show all posts
owh ade ek self insemination..sgt berguna info ni..thanx tt
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sangat baik info ni.berguna utk saya jg.tq TT
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2014 03:23 AM | Show all posts
aku_best posted on 11-12-2013 11:44 AM
Sangat baik info ni.berguna utk saya jg.tq TT

Nasihat dari FB Dr.Hamid Arshat
http://numivitashope.com/?p=558
FB :


Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:19 PM | Show all posts
tq for your info..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 11:29 PM | Show all posts
wow. good info . thanks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2014 08:17 AM | Show all posts
kena cuba nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.515433 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list