CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2680|Reply: 0

Maziyaton Radzi sandaran emas Sukan Sea

[Copy link]
Post time 21-10-2013 10:43 AM | Show all posts |Read mode
PELUMBA skuad elit wanita negara dalam acara basikal bukit (MTB), Maziyaton Radzi, dilihat antara prospek penyumbang pingat emas kepada kontinjen negara pada Sukan Sea Myanmar 2013, Disember ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, acara basikal bukit mampu meraih sekurang-kurangnya satu emas.


Naim



“Saya optimis yang Maziyaton mampu melakukan kejutan pada temasya dwitahunan itu nanti, walaupun sebelum ini kita (PKBM) menyenaraikan dua sasaran pingat emas dari acara lebuh raya.

“Jika benar Maziyaton berjaya meraih emas, itu dianggap suatu bonus kepada pasukan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, baru-baru ini.

PKBM dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan pelumba ke Sukan Sea yang dipengerusikan oleh, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab meletakkan sasaran membawa pulang dua pingat emas dari acara lebuh raya dalam kategori pelumba individu dan juga berpasukan.

Sembilan pelumba yang terpilih bagi membawa cabaran negara  itu nanti ialah Mohd Fauzan Ahmad Lufti, Mohamad Rauf Nur Misbah, Mohd Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohd Shahrul Mat Amin, Loh Sea Keong, Muhamad Saufi Mat Senan, Mohd Zamri Salleh dan Nik Mohd Azwan Zulkifli.

Sementara skuad elit wanita pula menyandarkan harapan di bahu Nusyazwana Jamil, Grace Phang Cing Zhen, Nurul Suhada Zainal, Mariana Mohammad dan Carolline George.

Manakala cabaran negara dalam kategori MTB lelaki akan digalas oleh Shahrin Amir, Mohd Zulhafiz Saifudin, Shahril Aizat Nazali dan Mohd Harif Jamaludin.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.031628 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list