CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1840|Reply: 0

Azizul mampu pamer kayuhan cemerlang

[Copy link]
Post time 21-10-2013 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Azizul diberi rawatan kerana betis kiri tertusuk serpihan kayu selepas terbabit dengan pelanggaran di Kejohanan Trek Piala Dunia Klasik di Manchester, dua tahun lalu.

JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang dijangka mampu mempamerkan kayuhan cemerlang  pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, November depan.

Timbalan Presiden Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, pelumba dari Terengganu itu sudah melupakan detik hitam ketika terbabit dengan pelanggaran di velodrom sama dua tahun lalu.

Akibat pelanggaran itu, betis kiri Azizul tertusuk serpihan kayu dan terpaksa menjalani pembedahan.

Azizul bernasib baik kerana arteri utama, tisu dan ototnya langsung tidak terjejas.

“Saya yakin Azizul mampu pamerkan kayuhan cemerlang di sana. Tidak ada istilah trauma atau takut-takut dalam dirinya kerana dia seorang pejuang tulen. Bayangkan serpihan kayu sepanjang 17.5 sentimeter (kira-kira tujuh inci) menembusi belakang betis ke tulang keringnya,
namun dia tetap teruskan perlumbaan hingga ke garisan penamat.

“Baru-baru ini, pada Kejohanan Trek Asia di Chonburi Thailand, dia berjaya meraih pingat gangsa dalam acara pecut. Manakala dalam acara keirin, Azizul berjaya mara ke pusingan akhir tetapi perlumbaan itu terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat kerana di sana veledromnya terbuka.

"Saya percaya jika acara akhir keirin itu berlangsung, dia mampu membawa pulang emas,” katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf,  kelmarin.

Menurut Naim, perkara utama harus dititikberatkan di Manchester nanti ialah soal keselamatan trek agar peristiwa sama tidak berulang kepada mana-mana pelumba.

“Saya harap Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) serta penganjur di sana mampu memastikan keselamatan trek berada di tahap yang baik,"

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040925 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list