CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 0

MHF mahu fokus kejohanan sembilan dan lima sebelah

[Copy link]
Post time 22-10-2013 03:06 PM | Show all posts |Read mode
PERSEKUTUAN Hoki Malaysia (MHF) akan memberi tumpuan kepada mana-mana kejohanan sembilan dan lima sebelah bagi terus merancakkan arena sukan hoki negara.

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah


Presiden MHF, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kedua-dua kejohanan ini masih baharu kepada Malaysia, justeru MHF mengambil ketetapan untuk memajukan kedua-dua kejohanan berkenaan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, MHF akan menggilap bakat baharu dan tidak akan menyentuh mana-mana pemain daripada pasukan utama kebangsaan, titah baginda kepada pemberita selepas merasmikan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, semalam.

Baginda bertitah berkemungkinan MHF akan mewujudkan liga sendiri untuk dua kejohanan terbabit pada masa depan dengan terlebih dahulu memberi penekanan kepada kejohanan lima sebelah.

“Kita memerlukan pemain-pemain baharu yang segar dan berbakat, mungkin kita akan ada liga kita sendiri, Insya-ALLAH seperti Liga Lima Sebelah, itu yang akan kita utamakan,” titah Tengku Abdullah.

Baginda bertitah kedua-dua kejohanan itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan muda berbakat dalam sukan tersebut dan baginda juga  optimis ia akan dipertandingkan di kejohanan Sukan Sea atau Sukan Olimpik pada masa akan datang.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.031246 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list