View: 3372|Reply: 8
|
Doktor maut rempuh jejantas
[Copy link]
|
|
- Beginilah keadaan kereta BMW dipandu mangsa yang terbabit dalam kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Bukit Payung, Marang, semalam.
MARANG – Seorang doktor maut apabila kereta jenis BMW dipandunya hilang kawalan dan merempuh jejantas di Kilometer 8 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhadapan Klinik Kesihatan Bukit Payung, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Mohd Ramli Muda, 57, yang memandu kereta bersendirian, dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu dari arah Ajil, Hulu Terengganu.
Susulan kemalangan tersebut, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, di sini, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Mohd Ramli yang menguruskan sebuah klinik di Chabang Tiga, Kuala Terengganu, disahkan menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian selepas dikeluarkan pasukan penyelamat daripada kenderaan.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh jejantas tersebut.
“Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian, kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya.
Difahamkan, jenazah mangsa yang merupakan seorang peminat kereta mewah dan memiliki sebuah Ferrari, dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Kuala Terengganu.
|
|
|
|
|
|
|
|
terkejut juga bila dengar berita ini....lebih-lebih lagi arwah juga antara kenalan kepada ayah saya...
arwah merupakan seorang yang baik, saya selalu terserempak beliau di Masjid Bukit Besar ketika beliau mahu menunaikan solat maghrib berjamaah, selalunya beliau pergi ke masjid itu dengan membawa kereta nissan GTR nya...
beliau juga merupakan seorang doktor yang berjaya, dikenali ramai dan juga banyak berjasa kepada masyarakat kerana kepakaran beliau dalam penyakit kencing manis
semoga dosanya diampuni Allah,rohnya dirahmati,dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di akhirat kelak, Amin
Al Fatihah Last edited by ambok on 26-10-2013 08:50 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ya allah..semoga TT tabah..al-fatihah utk arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg celakalah (maaf bahasa kasar) kepada org yang sengaja meunmpahkan minyak hitam atas jalan raya awam yang bukan mat rempit saje yang guna... Mmg sesungguhnya celakalah keatas kamu... |
|
|
|
|
|
|
|
Al fatihah utk doktor ramli. Sedihnya. Aku suka gi klinik dia sbb dia seorg doktor yg berpengalaman.... |
|
|
|
|
|
|
|
tuan_wu posted on 29-10-2013 08:51 AM
terkejut iols!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|