CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2026|Reply: 0

Moore juara Golf CIMB Classic 2013

[Copy link]
Post time 28-10-2013 12:56 PM | Show all posts |Read mode

Ryan Moore mencium trofi Kejohanan Golf CIMB Classic 2013 selepas berjaya menewaskan rakan senegara, Gary Woodland pada penentuan 'play-off' di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) hari ini. - Foto Bernama

PEMAIN Amerika Syarikat Ryan Moore menjuarai Kejohanan Golf CIMB Classic selepas membuat birdie di lubang pertama dalam perlawanan penentuan menentang rakan senegara Gary Woodland, di sini hari ini.

Perlawanan penentuan itu terpaksa ditangguh ke hari ini susulan hujan lebat dan ribut petir petang semalam.

Untuk kejayaannya Moore menerima cek bernilai US$1.26 juta (RM3.95 juta) dan piala daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Woodland pula membawa pulang US$756,000 (kira-kira RM2.37 juta).

CIMB Classic diiktiraf secara bersama oleh US PGA Tour dan Asian Tour.

Mengulas kejayaannya dalam sidang media selepas perlawanan, Moore berkata menentang pemain seperti Woodland dalam penentuan, beliau sedar tidak boleh membiarkan perlawanan berlanjutan.

"Mencatat kemenangan secepat ini dalam musim ini memang menakjubkan... sementelah dapat menambah mata untuk FedEX Cup," katanya yang berkata beliau seronok bermain di sini.

"Saya memang mahu datang setiap tahun, akan tetapi kelahiran anak sulung menyebabkan saya tidak dapat berbuat demikian," kata pemain berusia 31 tahun itu.

Buat pertama kali kejohanan ini menawarkan mata untuk kelayakan FedEX Cup dan menerusi kemenangan hari ini, Moore melonjak ke ranking kelima kutipan mata kejohanan itu. Beliau juga menerima pelepasan dua tahun PGA Tour serta layak ke Masters.

Semalam, Moore dan Woodland menamatkan pertandingan masing-masing dengan mencatatkan 14 bawah 274 selepas 72 lubang, namun keadaan cuaca memaksa perlawanan penentuan diadakan pagi ini.

Sementara itu, Woodland yang memburu kemenangan ketiga PGA Tour, berkata nasib tidak menyebelahinya.

"Memang sukar. Jarak lubang jauh dan Ryan membuat pukulan yang hebat," kata pemain berusia 29 tahun yang menyertai PGA Tour pada 2009.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.518610 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list