Jangan tinggalkan tempat duduk anda setiap kali tiba waktu rehat ketika separuh masa semasa perlawanan bola sepak di negeri Ohio, Amerika Syarikat.
Ketika waktu rehat, Pancaragam Universiti Ohio mengekalkan reputasi mereka dengan mempamerkan tarian terbaru mereka dan kali ini melalui penghormatan kepada album 'Bad' Michael Jackson, yang dilancarkan 25 tahun lalu.
Dalam perlawanan menentang Universiti Iowa, 225 pemuzik band memainkan lagu-lagu 'Billie Jean', 'The Way You Make Me Feel' dan 'Man in the Mirror'.
Sebelum ini mereka memberikan penghormatan untuk muzik dari permainan video Halo dan Pokemon serta The Beatles.