CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14308|Reply: 31

Perumahan Alfafa

[Copy link]
Post time 8-11-2013 02:20 AM | Show all posts |Read mode
korang pernah dengar tak Perumahan Alfafa? aku baru dengar dari kawan aku..cumanya nak tanya sesiapa yg pernah berhubung dengan mereka ttg projek yg mereka laksanakan..

Ni antara apa yg mereka tawarkan:

* Target seluruh malaysia
* Banglo setingkat
* 4 bilik tidur , 3 bilik air
* Keluasan rumah : 35 x 50 = 1750 kps
* Keluasan tanah : 4000 - 5400 kps
* Geran individu
* Tempoh masa menunggu tiga tahun
* Belajar Al-Quran & seminar solat
* Freehold
* Harga rumah & harga tanah : RM99,000 sahaja

kiranya kalau ada org berminat tu, derang perlu isi borang dan buat deposit bayaran byk RM 500 dgn syarat kena btul2 faham dengan prosedur mereka.

kiranya kalau kita ada tanah, kita boleh bgtahu mereka dan mereka akan buat banglo tu.kalau tgk dari harga rumah tu, of course la murah dengan keluasan tanah / rumah yg besar lagi..cuma tak tahu kalau mereka ada hidden agenda ke apa..sapa2 yg ada pengalaman tu boleh la share kt sini..mod, maaf kalau salah board sbb tak tahu nak tnya kat mana...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 05:03 AM | Show all posts
Antara org yang pernah join meet up dia dekat sg pusu ialah aku. Bagi aku too good to be true, paling x convinving soalan tidak dijawab dgn baik oleh ceo ustaz norsham. Sedeyy, sebab org2 macam aku ni nak mendapat maklumat selengkapnya supaya hak terbela tapi dibalas dgn jawapan sinis...'kalau xpercaya or xyakin, pergi beli rumah harga 700k'

Ade jua kenyataan dari pihak Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan. Cuba hubungi pihak KPKT dan tanyakan tentang alfafa ni, jawapannya pun sama macam tidak ada jaminan dlm masa 3 tahun menunggu rumah siap.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 07:23 AM | Show all posts
dia  scammer.. berlakon wayang je. kalau dia org boleh wat rumah murah? dh lama kerajaan bg dia org projek wat rumah pprt , rumah 1 malaysia. tak perlu terpedaya dengan scammer waima pakai serban songkok ke apa? semua sama nk kelentong duit..

dah buat personal loan. rumah tak dapat.. lepas tu kena bayar.. sanggup ke? tak perlu tamak.. ok.. fikir dengan waras.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 08:52 AM | Show all posts
aku rasa ada org tepek surat dari kementerian pasal scam rumah xingat kat mana...bila baca setepek mcm kne kat alfalfafafafa...

tapi ni ustad ni ...xkanla ustad nak menipu...sunni pla tu...xkanla ustad ni bertakiya
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 09:00 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 09:01 AM | Show all posts
kan??
macam too good to be true je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2013 09:04 AM | Show all posts
Sementara itu Norsham berkata, individu yang berminat membeli rumah berkenaan diwajibkan membayar wang RM89,000 secara tunai dengan cara membuat pinjaman peribadi menerusi bank.

Daripada jumlah itu pihaknya akan membeli sebidang tanah seluas satu ekar untuk didirikan enam atau tujuh buah rumah dalam masa tiga tahun.

Katanya, apabila tujuh buah rumah itu siap, salah satu daripadanya menjadi milik individu berkenan sementara baki enam buah rumah lagi adalah menjadi hak milik Alfafa.

“Apabila rumah itu sudah siap, harganya akan meningkat sehingga RM300 ribu dan pemilih boleh membuat keputusan untuk tinggal di rumah itu ataupun menjualnya. Ia amat menguntungkan kerana mereka hanya perlu mengeluarkan RM89,000 sahaja,” jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 12:07 PM | Show all posts
reza_hard posted on 8-11-2013 05:03 AM
Antara org yang pernah join meet up dia dekat sg pusu ialah aku. Bagi aku too good to be true, palin ...

kiranya saudara belum isi borang dan byr deposit lah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2013 12:07 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 8-11-2013 07:23 AM
dia  scammer.. berlakon wayang je. kalau dia org boleh wat rumah murah? dh lama kerajaan bg dia org  ...

memang ada kes eh? tak ada org report ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 12:08 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 8-11-2013 08:52 AM
aku rasa ada org tepek surat dari kementerian pasal scam rumah xingat kat mana...bila baca setepek m ...

takiya tu nde?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 12:09 PM | Show all posts
wah, siap ada zed zaidi lagi..tp kiranya ada dah rumah yg bersiap tu mcm mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 12:09 PM | Show all posts
flarengirl posted on 8-11-2013 12:07 PM
memang ada kes eh? tak ada org report ke?

dh tu nak tunggu kena tipu baru nak jd kes? rumah dia org provide tu rumah low grade.. interior dia standard rumah biasa je.. kalau nk beli biarlah berbaloi duduk. bukan jauh dari bandar dan kemudahan rumah kurang lengkap..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2013 03:19 AM | Show all posts
PERINGATAN KEPADA BAKAL PEMBELI RUMAH
SIARAN MEDIA MENGENAI PERINGATAN KEPADA BAKAL PEMBELI RUMAH DALAM MEMILIKI RUMAH IDAMAN ANDA




http://www.facebook.com/media/set/?set=a.519000901509806.1073741827.194769760599590&type=1
Last edited by Acong on 16-11-2013 03:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 03:39 PM | Show all posts
Ditipu ustaz': Boy Iman saman malu RM3 juta
NORHIDAYYU ZAINAL
20 November 2013


    'Ditipu ustaz': Boy Iman saman malu RM3 juta       



“PERBUATANNYA itu  membuatkan saya tertekan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental!,” tegas pelakon dan penerbit, Boy Iman mengenai tindakan saman malu bernilai RM3 juta terhadap seorang pemilik syarikat bergelar 'ustaz'.

Boy Iman atau nama sebenarnya, Norul Iman A Rahman dilantik sebagai duta syarikat terbabit sejak Mei lalu.

Malah, syarikatnya AFF Pictures Sdn Bhd pula menjadi syarikat pemasaran bagi projek perumahan syarikat berkenaan yang difahamkan bakal membina rumah banglo mampu milik berharga di bawah RM100,000 di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Projek ini dibangunkan dalam tempoh tiga tahun dan sebagai ganjaran, dia akan menerima bayaran RM500,000.

“Saya mengikat kontrak sebanyak RM500,000  sebagai dutanya tetapi sehingga kini saya belum mendapat apa-apa pun.

“Lebih parah lagi  apabila saya mendapat tahu dia tidak menandatangani perjanjian,” katanya pada sidang media berkenaan, di Ampang, semalam.

Janji-janji kosong

Menurut Boy Iman dia mengenali lelaki bergelar 'ustaz' itu sejak 2005 lagi dan mempercayai individu berkenaan.

Bagaimanapun, kepercayaannya  itu mula terhakis sejak Ramadan lalu.

“Masa itu, dia dah mula tarik hak saya sebagai duta syarikat.

“Selepas balik dari mengerjakan Umrah, dia tidak lagi melibatkan saya dalam sebarang aktiviti bagi  projek perumahan tersebut seperti perasmian rumah contoh.

“Bagi saya, ini adalah satu penipuan. Dia membawa saya bertemu dengan peguam, tetapi dia sendiri tidak menandatanganinya,” katanya.

Malah, jelasnya lagi, segala apa yang dijanjikan oleh 'ustaz' berkenaan padanya hanyalah satu janji-janji kosong kerana ia tidak pernah ditepati.

Kesal dengan  perkara berkenaan, Boy Iman memberitahu, dia tidak mahu  masyarakat memandang serong kepadanya.

“Perkara ini memberi impak yang negatif pada saya. Orang ingat saya main-main dan tidak serius bekerja.

"Sekiranya berlaku penipuan, sudah pasti nama saya turut terpalit.

“Sebenarnya, apabila menerima kontrak, saya hanya fokus pada pekerjaan ini. Tetapi apabila perkara itu terjadi, saya hadapi pelbagai masalah lain.

“Saya juga perlu membayar kos-kos lain. Cuma lepas balik Umrah hari tu, saya ada menerbitkan satu program TV. Tapi, itu pun tidak dapat menampung kos yang lain,” katanya.

Tempoh 14 hari

Sementara itu, peguamnya, Faizul Mohd Nasir dari Tetuan Faizul Nasir & Co berkata, sidang media itu dibuat bagi membersihkan nama dan isu-isu yang berkaitan dengan anak guamnya itu.

“Saman malu ini bernilai RM3 juta atas segala kos mahkamah, kerugian yang dialami, penipuan yang diterima, nama dan imej yang diguna pakai.

“Ia juga termasuk maruah yang dipermainkan, malu yang diterima daripada ahli keluarga dan masyarakat serta kerugian wang ringgit akibat tidak menerima pembayaran sebagai duta syarikat,” katanya.

Katanya, setakat ini tiga notis diserahkan kepada pihak yang dituntut.

Jelasnya lagi, pihaknya memberi masa selama 14 hari bermula semalam untuk  sebarang maklum balas dari pihak yang dituntut bagi penyelesaian di luar mahkamah.

“Sekiranya kami tidak menerima sebarang maklum balas, maka kes ini akan difailkan di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu,  Boy Iman juga  telah membuat satu laporan polis mengenai hal berkenaan.

Sidang media itu juga dihadiri oleh wakil Seniman, Lina Tan dan pelakon, Abon.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 02:44 AM | Show all posts
too good to be true pun org serah tengkuk juga.

betullah pepatah si bodoh makanan si cerdik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 05:23 PM | Show all posts
kalau aku, mmg tak berani nak serah duit kalau barang tu takde kat depan mata..senang2 je serah rm89-99k cash kat ntah sapa2..kalau aku ada 89k cash baik jadikan down payment utk beli umah, siap dgn snp semua..dlm masa 18 bulan dah selamat boleh duduk rumah tu..tanah skang mana ada yg murah...tanah kat kelantan skang pn dah mahal..bukan kawasan bandar pun tanah dah harga 75k..upah tukang n bahan binaan pun dah naik harga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 09:43 PM | Show all posts
tadi aku pergi tengok rumah alfafa ni

betul atau tipu

member aku nak beli rumah ni oiii

aku nak pemahaman yang betul pasal rumah ni

tapi pemahaman dia ibarat memaku jeli ke pokok
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 09:48 PM | Show all posts
sakurahati posted on 24-11-2013 05:23 PM
kalau aku, mmg tak berani nak serah duit kalau barang tu takde kat depan mata..senang2 je serah rm89 ...

suku ekar tanah disana berapa RM?

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 05:33 AM | Show all posts
buat personal loan RM89 ribu.....
pastu alfafa guna duit RM89 ribu utk bagi ko bulanan RM500......

cukup 3 tahun kalau skim ni tak melingkup, depa buat laa rumah utk org yg join tahun pertama......

jika tak cukup peserta bahalol yg join selepas 2-3 tahun, maka lingkup laa program alfafa  

modus operandi sama dgn semua skim ponzi......

dah pengambilan deposit tanpa lesen, adalah satu kesalahan bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:50 AM | Show all posts
alfafa tipu............ jgn terjebak...... nanti hidup menanggung hutang  




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.044448 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list