CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1590|Reply: 0

Cobra intai gelaran juara lagi

[Copy link]
Post time 8-11-2013 05:20 PM | Show all posts |Read mode
KELAB Ragbi Gabungan Bekas Pelajar (Cobra) berharap merangkul kejuaraan kali ketujuh Kejohanan HSBC-Cobra 10-Sebelah bermula di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Petaling Jaya, Sabtu ini.

Ketua jurulatihnya Duncan Robertson yakin pasukannya dapat menjuarai kejohanan dua hari itu dengan kehadiran empat pemain import skuad bawah 20 tahun New Zealand.

Pemain pemain import tersebut ialah Hadleigh May, Tei Walden, Micheal Collins dan Scott Eade.

"Pemain muda ini beraksi cemerlang pada Kejohanan Piala ITM di New Zealand serta gandingan beberapa pemain muda Malaysia dan Fiji," katanya pada sidang media sempena kejohanan edisi ke-44 itu di sini hari ini.

Cobra diundi dalam Kumpulan D bersama Global Lions (New Zealand), NS Silverbacks (Australia) dan pasukan dari Sabah, KK Sharks Rugby Football Club.

Robertson, bekas pemain All Blacks pada awal 70-an, berkata beliau tidak mengetahui kemampuan pasukan lawan tetapi berharap anak buahnya akan memberi saingan sengit dalam setiap perlawanan.

Untuk rekod, Cobra telah menjuarai kejohanan itu sebanyak enam kali iaitu pada 1968, 1972, 1975, 1977 (juara bersama Sembawang Tigers, Singapura), 1998 dan 2008.

Selain empat kelab tersebut, sebanyak 11 lagi pasukan dari tujuh negara akan berentap untuk merebut Piala Hui Weng Choon serta hadiah wang tunai RM70,000.

Kesemua pasukan bertanding itu dibahagikan kepada empat kumpulan.

Juara bertahan Daveta akan mengetuai Kumpulan A bersama-sama dengan Casuarina Cougars (Australia) dan Sibu District Rugby Union (Sarawak).

Kumpulan B terdiri daripada NS Wanderers (Malaysia); HSBC Penguins (United Kingdom); Fiji Auckland (New Zealand), Cambodia Koupreys (Kemboja) manakala Kumpulan C terdiri daripada Borneo Eagles, Keris Conlay (kedua-dua Malaysia), NNK Northlinks (Afrika Selatan), 1 New Zealand Brigade Commanders (New Zealand).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.117563 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list