CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1911|Reply: 0

Atlet perlu serius berhubung kandungan makanan

[Copy link]
Post time 20-11-2013 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Zolkples Embong

ATLET negara perlu peka terhadap kandungan makanan yang diambil agar tidak menjejaskan prestasi dan peluang mereka beraksi pada Sukan SEA di Myanmar, bulan depan.

Ketika memberi peringatan tersebut, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata ada antara makanan yang diambil mereka mungkin mengandungi bahan terlarang.

"Saya ingatkan atlet agar mengambil perhatian yang serius (berhubung pengambilan makanan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zolkples turut mengingatkan atlet negara agar berhati-hati ketika membeli makanan di Myanmar yang tidak diketahui kesannya terhadap prestasi mereka.

Justeru, bagi memastikan atlet mengambil makanan yang seimbang dan bebas daripada bahan terlarang, beliau berkata MSN turut membawa pegawai makanan mereka ke temasya tersebut.

Dalam pada itu, Zolkples berkata buat pertama kali, MSN akan memperluas penyediaan perkhidmatan makanan kepada media Malaysia yang membuat liputan pada temasya tersebut.

Beliau berkata langkah badan induk itu menyediakan perkhidmatan tersebut berikutan kesukaran untuk mendapatkan makanan halal di negara berkenaan, di samping memberi keselesaan kepada petugas media membuat liputan temasya itu.

Sebelum ini, katanya perkhidmatan yang serupa disediakan semasa Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand dan Sukan SEA 2009 di Laos, namun hanya untuk pegawai MSN.

"Berikutan banyak permintaan daripada majlis sukan negeri-negeri, persatuan sukan kebangsaan, kita juga bersetuju menyediakan perkhidmatan ini kepada media. Bayaran yang dikenakan berpatutan kerana kita bukan mengaut keuntungan," katanya.

Zolkples berkata setiap petugas media dikenakan bayaran RM40 sehari untuk makanan tengah hari dan malam, dengan citarasa makanan Malaysia.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039210 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list