CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5655|Reply: 20

Nenek mengandung bayi 'batu' berusia 32 minggu selama 40 tahun

[Copy link]
Post time 18-12-2013 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Nenek mengandung bayi 'batu' berusia 32 minggu selama 40 tahun


Seorang nenek yang berusia 84 tahun telah dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit perut mendapati bahawa dia sebenarnya telah mengandungkan bayi ‘batu’ yang berusia 32 minggu di dalam badannya selama 40 tahun.
Wanita warga Colombia itu disyaki menghidap gastroenteritis tetapi ujian x-ray menunjukkan fetus yang beku di dalam abdomennya.
Ujian selanjutnya yang dijalankan di pusat kecemasan di ibu kota Bogota mendedahkan 18 inci fetus dengan berat 14lb, yang disyaki telah berada di dalam badan wanita itu sekurang-kurangnya 4 dekad. Kes itu disyaki disebabkan oleh fenomena perubatan yang jarang berlaku iaitu lithopedion. Ini berlaku apabila tanpa pengetahuan ibu, ada bayi yang terbentuk di luar uterus kemudian mati.

Disebabkan fetus tidak boleh dibuang, badan menghasilkan kalsium melitupi fetus hingga menukarkan bayi itu kepada batu untuk melindungi ibu dari jangkitan.

Dr Kemer Ramirez dari Hospital Bogota Tunjuelito mengatakan: “ini berlaku apabila fetus berubah tempat dari rahim ke tempat yang lain.”

“Dalam kes ini, bayi telah terbentuk di abdomen dan disebabkan badan menghasilkan mekanisma ketahanan, ia telah dikalsified.”

Doktor-doktor menasihatkan bahawa ia amat berisiko untuk membiarkan fetus itu dan ia harus dikeluarkan kerana umur wanita itu yang telah lanjut.

Nenek itu, yang juga menghidap penyakit Alzheimer kemudiannya telah dipindahkan ke hospital lain akan menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi itu.


BEGITULAH KASIHNYA IBU...40 TAHUN BEB..BUKAN 9 BULAN!!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..hebat betul kuasa tuhan.. bab kalsium trbentuk utk mlindungi ibu dr jangkitan tu mmg sgt mgkagumkn.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 07:16 PM | Show all posts
Sangat menarik kisah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 03:11 AM | Show all posts
40 tahun tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 08:52 AM | Show all posts
"badan menghasilkan kalsium melitupi fetus hingga menukarkan bayi itu kepada batu untuk melindungi ibu dari jangkitan."

tertarik ngan statement ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 08:57 AM | Show all posts
MUNGKIN MASA DIA MENGANDUNG TU...SELALU DOK MENYUMPAH ANAK DALAM PERUT KOT???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2013 09:02 AM | Show all posts
macam mana la agaknye rupa 'batu' tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 10:41 AM | Show all posts
wow........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 01:40 PM | Show all posts
kagum aku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 02:39 PM | Show all posts
1st time dengar..
terkagum aku..
subhanaallah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 05:38 PM | Show all posts
lama gila dia menahan..


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 03:21 PM | Show all posts
Keajaiban dunia perubatan kalau tak sampai kesudah dia tak tahu apa dlm perutnya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
novelloverzz posted on 19-12-2013 08:52 AM
"badan menghasilkan kalsium melitupi fetus hingga menukarkan bayi itu kepada batu untuk melindungi i ...

yup..kuasa Allah..mengagumkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 02:31 PM | Show all posts
daripada ibu smpai jd nenek...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 04:05 PM | Show all posts
kalau bayi 'batu' itu dilahirkan dulu....mungkin usianya dah hampir 40 thn skrg..!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 04:52 PM | Show all posts
kalo kat tanah melayu tentu orang kata baby tu kena sumpah sang kelembai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 07:07 PM | Show all posts
fuhhhh.. 40 tahun.. lama tuuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 10:42 PM | Show all posts
maklumat kalsium tu baru tau....nice
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 01:54 PM | Show all posts
Subhanallah. Kuasa Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 01:54 PM | Show all posts
40 tahun.. lama bebenor tu..
Last edited by CikAffi on 27-2-2014 01:57 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.093740 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list