CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1315|Reply: 0

Sheila Majid serikan konsert amal Yayasan IJN

[Copy link]
Post time 24-2-2014 12:25 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR - Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) akan menganjurkan konsert makan malam amal pada 18 Mac ini untuk memungut derma bagi membiayai kos pembedahan pesakit kurang berkemampuan di institut itu.

Pengerusi Pungutan Derma Yayasan IJN Datin Julini Mohd Ali berkata konsert selama sejam itu akan menampilkan duta yayasan itu, ratu R&B dan jazz Malaysia Datuk Sheila Majid.

"Pemangku Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah adalah tetamu kehormat majlis ini yang akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berharap banyak organisasai korporat akan menyertai acara ini dengan membeli meja berharga RM10,000, RM8,000, RM5,000 dan RM3,000.

Tajaan meja juga boleh dibuat dengan membeli pakej tajaan berharga RM50,000 dan RM30,000 atau tempat duduk individu berharga antara RM320 dan RM1,020.

Julini berkata tahun lepas, IJN membelanjakan RM3 juta bagi membiayai kos perubatan 86 pesakit jantung termasuk dewasa dan kanak-kanak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.115611 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list