CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7720|Reply: 38

Sejarah hitam industri penerbangan DUNIA

[Copy link]
Post time 14-3-2014 08:33 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Nasib 239 penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 masih belum diketahui selepas pesawat dinaiki mereka hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
[size=0.9em]Apapun, misteri kehilangan itu sedikit sebanyak mengimbau dunia kepada tragedi pesawat terhempas yang meragut ribuan nyawa sepanjang beberapa dekad lalu.
ntara paling buruk dalam sejarah ialah sera-ngan empat pesawat secara berturut-turut di Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Pentagon dan luar bandar -Pen-nsylvania pada 11 Sep-tember 2001.

Turut meninggalkan kesan adalah insiden pengeboman Lockerbie yang membunuh semua penumpang pesawat Pan Am 103 pada 1988.

[size=0.9em]Nahas pesawat MAS 653 yang dirampas pengganas sebelum terhempas di Tanjung Kupang, Johor -mengorbankan 100 nyawa.
[size=0.9em]
Begitupun, banyak lagi kejadian yang tidak berkait dengan masalah mekanikal, kesilapan juruterbang atau sebab-sebab lain yang boleh dipersalahkan.

Ini antara beberapa tragedi nahas pesawat yang meninggalkan sejarah hitam kerana mengorbankan banyak nyawa.


3 Mac 1974: 346 terbunuh apabila Turkish Airlines DC-10 mengalami penyahmampatan secara tiba-tiba tidak lama selepas berlepas dari Paris dan menjunam ke sebuah taman di Ermeonville, Perancis.


27 Mac 1977: KLM -Royal Dutch Airlines (Boeing 747) merempuh pesawat Pan American World Airways (Pan Am) ketika berlepas di Lapangan Terbang Los Rodeos, Tenerife di Kepulauan Canary. Seramai 574 orang dari kedua-dua pesawat, maut.


25 Mei 1979: Sayap kiri Amerika Airlines DC-10 jatuh ketika pesawat itu cuba berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago O’Hare. Keadaan itu mencetuskan huru-hara dan me-ngakibatkan 275 kematian di atas kapal dan tiga yang lain di landasan.


28 November 1979: Seramai 275 orang mati apabila pesawat Air New Zealand DC-10 merempuh Gunung Erebus di Antartika. Kejadian dipercayai berpunca dari ralat navigasi.


12 Ogos 1985: Nahas pesawat paling dahsyat berlaku hampir 30 tahun lalu di kawasan tengah pergunu-ngan Jepun. Seramai 520 orang terbunuh apabila Japan Airlines Flight 123 (Boeing 747) terhempas tidak lama selepas berlepas dari Tokyo. Ajaib-nya, empat orang terselamat.


26 Mei 1991: Selepas 12 minit berlepas, Lauda Air Flight 004 tiba-tiba terhenti di udara. Pesawat jenis Boeing 767 itu akhirnya terhempas kira-kira 70 batu dari barat laut Bangkok, Thailand dan membunuh 223 penumpang serta anak kapal.


11 Julai 1991: Gear pendaratan Nigeria Airways DC-8 terbakar tidak lama selepas kapal terbang itu berlepas dari Jeddah, Arab Saudi.

Berikutan masalah itu, pesawat berkenaan gagal mendarat di lapangan terbang dan terhempas dalam keadaan muncung ke bawah. Semua 261 penumpang terbunuh.


26 April 1994: Juruterbang China Airlines 140 memberi isyarat kepada menara kawalan Lapangan Terbang Nagoya, Jepun bahawa dia tidak bercadang untuk mendarat di situ. Namun, dia berdepan masalah sebelum pesawat Airbus A300 dipandu terhempas, sekali gus menyebabkan 264 kematian. Begitupun, masih ada penumpang yang hidup.


17 Julai 1996: TWA Flight 800 meletup di udara tidak lama selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York. Semua 230 penumpang dan anak kapal meninggal dunia.


12 November 1996: Saudi Arabian Airlines dan Kazakhstan Airlines II-76 bertembung di Lapangan Terbang New Delhi, India. Insiden itu membunuh 349 penumpang dari kedua-dua pesawat.


6 Ogos 1997: Flight 801 meninggalkan Seoul, Korea Selatan dan hampir -dengan destinasi terakhirnya di Guam ketika ia jatuh ke hutan dan mencecah tanah. Pesawat jenis Boeing 747 itu musnah, 228 orang terbunuh, manakala 26 terselamat.


26 September 1997: -Garuda Indonesia Airlines (Flight 152) terhempas
di Buah Nabar, Indonesia dan membunuh 234 orang.


16 Februari 1998: Terbang dalam hujan dan kabus, anak kapal China Airlines (Flight 676) dari Indonesia ke Taiwan meminta pendaratan lain di Lapangan Terbang -Antarabangsa Taipei. Dalam proses berpatah balik, pesawat itu terhempas ke kawasan kejiranan sekali gus membunuh 196 penumpang dan tujuh lagi individu
di darat.


2 September 1998: -Pesawat Swissair meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York dan menuju ke Geneva, Switzerland sebelum jatuh di Lautan Atlantik, luar pantai Nova Scotia, Kanada. Semua 229 individu maut dan penyiasat percaya MD-11 kehilangan semua kuasa elektrik sebelum kemalangan itu.


12 November 2001: Beberapa minggu selepas tragedi 11 September, American Airlines (Flight 587) membangkitkan kebimbangan dan panik apabila jatuh menjunam ke Belle Harbor, Queens.

Namun, Lembaga Keselamatan Pengangkutan mendapati tiada bukti sabotaj. Kejadian itu menjadi nahas Airbus A300 paling besar besar dalam sejarah Amerika Syarikat dengan semua 260 penumpang maut sementara lima orang awam turut menemui ajal.


25 Mei 2002: Selepas 20 minit berlepas, China Airlines (Flight 611) jatuh -menjunam di Selat Taiwan dan menyebabkan 225 -kematian. Nahas itu -kemudiannya dikaitkan dengan kelesuan logam dan retak sepanjang Boeing 747.


1 Jun 2009: Air France 447 dalam perjalanan dari Rio ke Paris, membawa 228 -penumpang dan anak kapal hilang di Lautan Atlantik. Lima hari kemudian, mayat pertama dijumpai kira-kira 600 batu dari luar pantai utara Brazil. Dua tahun kemudian, pihak berkuasa Perancis menyalahkan peralatan rosak sebagai punca kemalangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 09:17 AM | Show all posts
ni ade la jugak bukti terhempas...MH370 hilang tanpa dikesan...da msuk seminggu ni...Semoga mereka semua dilindungi & selamat pulang ke pangkuan keluarga memasing #prayforMH370
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 09:26 AM | Show all posts
aminnn....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 09:34 AM | Show all posts
boleh tau brp muatan penuh penumpang utk boeing 747,777 dll...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 09:43 AM | Show all posts
dh byk kes rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 09:53 AM | Show all posts
tq TT fahiza. salu abam pestol yg bkak thread2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2014 10:20 AM | Show all posts
awek_ganu posted on 14-3-2014 09:34 AM
boleh tau brp muatan penuh penumpang utk boeing 747,777 dll...

Boleh try bukak website boeing. Dalam tu sume ada spec utk pesawat Boeing.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 10:30 AM | Show all posts
so xleh la nk ckp malaysia itu ini sdgkan amareka pun penah terhempas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 10:43 AM | Show all posts
kebanyakan hampir semua flight yg terhempas berpenumpang 200+ ..yg hilang skrg ni pun 237 org.

sedih..

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:00 AM | Show all posts
ngeri betul..sekali accident beratus2 yg mati
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 11:27 AM | Show all posts
Apa2 jenis kenderaan pun ada risikonya tak kiralah kapal terbang, keretapi, kapal, bus, teksi, motosikal maupun basikal.  Hanya kalau kemalangan kapal terbang sesekali je berlaku jika dibandingkan dengan lain2 jenis kenderaan.  Jumlah yang terlibat juga selalunya ramai.  Janganlah kerana kejadian ini mematahkan semangat kita untuk kemana2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 12:11 PM | Show all posts
negara lain terhempas..sekurang2 nye ada bukti bangkai ke hape..ni kes kita ni unik sgt2..hilang tanpa dikesan..klau dia still dlm route ke ape ke , msh blh jmpa..ni mcm dah tersasar laluan..mmg susah la..nak2 bumi ni luas. tp siyes..kes ni mmg misteri..dah masuk hari ketujuh..byk negara involved, mcm2 kapal / mesin kita guna tuk kesan , tp still xde hint..

klau kne hijack..selalunye hijackers ni nk buat ape ngan kapal terbang besar ni? bukan blh guna pun..dah la landing pun susah..nk isi myk lg la ssh..msti takut dikesan ke ape ke? pelik la..motip sebenar? still tak logik.

lg 1, blh ke dia masuk alam bunian? padahal laluan tu laluan biasa kut..dh 7 hari..benda mcm ni mybe take times sbb melibatkan kawasan yg luas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 12:17 PM | Show all posts
kes MH370 ni kita tak boleh nak cakap la. sebab bukti2 semua tak didedahkan lagi.

yang meninggal 200++ tu mostly pesawat2 yang besar2.. air bus nye pesawat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 12:18 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 14-3-2014 09:53 AM
tq TT fahiza. salu abam pestol yg bkak thread2 mcm ni

same.. ni pun sebab ada terbaca tadi. so just share dgn kawan2
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 12:27 PM | Show all posts
fahiza29 posted on 14-3-2014 12:18 PM
same.. ni pun sebab ada terbaca tadi. so just share dgn kawan2

Oo kk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2014 12:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 03:20 PM | Show all posts
anees~nuhara posted on 14-3-2014 09:17 AM
ni ade la jugak bukti terhempas...MH370 hilang tanpa dikesan...da msuk seminggu ni...Semoga mereka s ...

itu la.. at least tau kan? the unknown tu menimbulkan mcm possibilities yg menyedehkan



#doautk MH370


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 04:24 PM | Show all posts
#prayfor MH370






Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 04:29 PM | Show all posts
aku tau mh370 xkan selamanya misteri...
mgkin lambat sikit je...
kecuali ade tgn ghaib yg menyembunyikan rahsia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 05:01 PM | Show all posts
yg hilang tapi balik slps 35 tahun tu kisah benar ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.501312 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list