CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107135|Reply: 375

[PELBAGAI]KISAH AKU,AKU DAN AKU ( Updated 02.03.2018) - Sesat Dalam Kampung

[Copy link]
Post time 18-3-2014 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by LabuLabi69 at 2-3-2018 09:45 AM

Balan-Balan (Part 1 )


Kisah ni berlaku semasa duduk di sabah,masa aku berumur dalam 14@15 tahun macam tu. Masa tu ingat lagi Kak iton  kawan baik kepada mak aku , semasa ayah aku kerja  (overseas ) , Kak iton ni selalu jaga mak aku time tengah mengandung 6 bulan setengah mcm tu , daripada cara kak iton ni nampak sangat dia sangat caring dengan mak aku dengan aku , selalu je masak dan datang singgah ke rumah masa ayah berkerja . Ayah aku ni kalau overseas bukannya sehari dua , tapi berbulan2 lamanya , nak cari sesuap nasi untuk keluarga katakan ...

Satu hari tu mak suruh aku ni hantar makanan kat rumah  kak iton ,time tu dalam pukul 5 petang macam tu ,  kata mak nk balas jasa baik sebab selalu datang rumah bawa makanan untuk aku , mak aku dengan new baby.Rumah Kak Iton ni kedalam sikit kat ladang kelapa sawit,time ni nasib baik tak pergi seorang diri , pergi berdua dengan mamat kawan sekolah/jiran/BFF ...Ayah mamat ni seorang yang pakai dalam bidang perubatan,alam mistik.Aku ni lak jenis susah nk percaya benda2 mcm ni even duduk dalam hutan kan .

Nak dijadikan cerita , tengah kayuh2 basikal , tiba2 lak rantai basikal ni terputus lak kat tengah2 ladang kelapa sawit,dalam hati menyumpah xhbs2 ,yang si mamat ni lak tengah ddk dekat belakang hampir nk terjatuh masing2 , nasib baik tak jatuh kat parit. Malangnya la rantai basikal putus ni , so tpaksalah jalan kaki kerumah Kak iton sambil usung basikal,hari dah la nak mula gelap , so nak tak nak tepaksa juga gigihkan diri demi menghantar makanan yg mak masak ke rumah kak iton ,dah hampir 45 minit bjalan kaki baru lak sampai ke rumah kak iton ni .

( Bersambung )


Last edited by medangmru on 23-3-2014 06:01 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 05:35 PM | Show all posts
ler...bersambung la pulak..tak sempat nk suspen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 05:40 PM | Show all posts
duniaku85 posted on 18-3-2014 05:35 PM
ler...bersambung la pulak..tak sempat nk suspen

sabar2 , bos ader kat sblah ni , kang sampai rumah saya sambung balik ea ... panjang lg cite ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:41 PM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 18-3-2014 05:40 PM
sabar2 , bos ader kat sblah ni , kang sampai rumah saya sambung balik ea ... panjang lg cite ni .. ...

hahaha..okeh..dlm bos kt sebelah smpt jugak habis part 1..syabass
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 05:42 PM | Show all posts
duniaku85 posted on 18-3-2014 05:41 PM
hahaha..okeh..dlm bos kt sebelah smpt jugak habis part 1..syabass

sbb td dia dok bz kejap curi2 menaip , jap lg saya sambung , nnti salah type orng marah lak mcm sblum ni   .. sabar ea ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:43 PM | Show all posts
balan-balan ni hantu penanggal ke yg mcm bebola api tu?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2014 05:48 PM | Show all posts
multinick ek? dulu ada multinick cita balan2 juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 05:48 PM | Show all posts
DumBell posted on 18-3-2014 05:43 PM
balan-balan ni hantu penanggal ke yg mcm bebola api tu?..

dalam bahasa sabah penanggal . kat sabah or swk mmg tiap2 mlm ada . depend kawasan ... nnti saya ceritakan lebih detail ea .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2014 05:50 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 18-3-2014 05:48 PM
multinick ek? dulu ada multinick cita balan2 juga..

tajuk mungkin sama tp pengalaman cerita sangat berbeza ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:53 PM | Show all posts
sila sambung di thread yang sama k untuk part 2...x perlu utk bukak bebanyak thread
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 05:56 PM | Show all posts
medangmru posted on 18-3-2014 05:53 PM
sila sambung di thread yang sama k untuk part 2...x perlu utk bukak bebanyak thread

semestinya . dulu pernah kene marah sbb 1st time guna mforum , jangan risau .. semua cerita akan dsmbung dlm thread yg sama bole ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:57 PM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 18-3-2014 05:56 PM
semestinya . dulu pernah kene marah sbb 1st time guna mforum , jangan risau .. semua cerita akan d ...

k dan itulah yg sepatutnya,,
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 09:25 PM | Show all posts
tunggu update dr tt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tr11 posted on 18-3-2014 09:25 PM
tunggu update dr tt....

sebentar ea..  tngah ingt balik kejadian belasan tahun lepas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2014 10:23 AM | Show all posts

Balan-Balan (part 2)


kelihatan rumah kak iton seperti tiada orng, dalam hati mungkin kak iton pergi ke belakang rumah, jadi saya dan mamat ketuk pintu rumah kak iton tapi masih tiada jawapan, saya mengambil keputusan untuk pergi pula ke belakang rumah untuk mencari kak iton tp masih tiada orang. Hari dh mula gelap jd aku dan mamat membuat keputusan tinggalkan makanan yg mak masak tadi depan pintu rumah kak iton. selepas itu aku dan mamat trus mulakan pejalanan pulang kerumah, dalam beberapa meter dari rumah kak iton mamat perasan seperti ada orang dalam rumah kak iton memandangkan tingkap rumah kak iton ni gak tertutup...

Mamat : Tadik aku perasan ada orang dekat rumah kak iton tu.
Aku : Di mana kau nampak dia mat? tadi kan kita sudah ketuk rumah tiada jawapan bah, kita juga cari kat belakang rumah juga tiada bah... Ndak apalah kita balik saja. hari sudah mau gelap nih, ndak pasal2 kena kejar dengan PATUNG putih
Mamat:eh mulut kau ni sama busuk mcm reban ayam kak iton, nanti kena kacau betul2 ndak kita pengsan di tengah jalan bah.

Aku pun gelak2 je dengar mamat ni marah, dalam hati aku ' alah ayah kau kan bomoh, tu pun nak takut, hahaha'. Tanpa melengahkan masa aku dan mamat pun pulang sambil usung je basikal yg baru putus rantai time nak ke rumah mak iton hantar makanan.Jalan punya jalan tiba2 si mamat ni pegang lengan aku, aku pun berhenti sekejap mungkin dia ni nak kencing agaknya.

Mamat: kau nampak ?
Aku:Nampak apa mat ?
Mamat: Itu benda tinggi-tinggi tu (Sambil suara tersekat-sekat tunjuk ke arah pokok-pokok kelapa sawit )
Aku:Ndak ada apa-apa pun mat .Jom la cepat balik sudah mau malam ni .Nanti kene marah dengan mak aku bah
Mamat:anguk tanda setuju .

Sepanjang perjalanan tu mamat ni diam je memanjang ,sampai je di kawasan rumah mamat terus masuk rumah then tutup pintu , dalam hati aku 'sah nak buang air la tu'
Aku pun jalan ke rumah sambil usung baisikal,letak bawah rumah then ketuk pintu rumah,Mak pun bukakkan pintu dan bertanya kenapa lambat sangat balik , aku pun bagitahu yang basikal putus rantai .

Mak : Makanan tadi dah bagi kat Kak iton ?
Aku : mau bagi mcm mana kalau kak iton ndak ada dirumah.
Mak : Habis makanan tadi mana bah ?
Aku : Tadi letak je kat depan pintu rumah kak iton .
Mak : Nanti ndak pasal-pasal binatang yang makan,bukan iton yang makan .
Aku : nanti mak masak juga lagi kan .
Mak : macam-macam bah kau ni.dah pergi mandi , sudah malam ni

Aku pun pergi ambil towel siap2 nak pergi mandi , tandas rumah aku ni terletak di luar rumah,biasalah rumah kampung , tengah nak mandi tiba2 terdengar bunyi seretan atas bumbung zink tandas "shhhhhh shhhhhh" ,  so aku pun buat xtau je maybe bunyi daun agaknya.So aku teruskan mandi macam biasa , selepas tu dengar pula mcm anjing nak terkam something " grrrrrrrrrrr " .
tengah perhatikan betul2 bunyi "baaammm baaammm" macam ada orang tendang pintu tandas , bagai nak roboh,cepat2 aku ni bukak dan tengok siapa punya kerja,bukak je xde apa2 pun dekat luar.dalam hati aku mungkin anjing.selesai je mandi aku terus naik kerumah.Mak aku pandang aku dan bertanya ...

Mak : Kenapa bah tadi tu di luar ? main baling2 bumbung  rumah .
Aku :Mana ada baling apa2 mak .Tadi aku kan mandi.Tadi juga mcm ada orang tendang pintu tandas .Mungkin budak2 nakal ni.

Kelihatan mak diam saja lalu menyuruh aku makan makanan yang sudah mak hidangkan di dapur . Time makan2 dengan mak ceritakan pengalaman yang si mamat ni nampak mcm ada orang di dalam rumah kak iton,tp dipikirkan balik memang tiada orang , mak pun hanya diam makan sambil pegang perut . Aku pun buat mcm biasa tanpa pikir apa2 . Time tido pun dah tiba.Kisahnya bermula .

Mata dah mengantuk tapi tak dapat nak melelapkan mata , guling punya guling lg skali dengar bunyi yang sama seperti kejadian semasa mandi tadi ,time ni jelas kedengaran 'shhhhh kikiki shhhh' , bunyi betul2 di atas bumbung bilik , dalam hati aku kata apa benda pula yang mengacau ni,tiba2 pintu bilik di ketuk ...

Mak : Mak x sedap hati bah .
Aku : Mak dengar bunyi juga ? Bunyi apa tu mak ?
Mak : Ndak tau la buyi apa tp bukan bunyi binatang tu .
Aku : Mak tidur dengan aku jak bah kalau mcm tu .

Aku pun bg mak tidur atas katil dana ku baring atas lantai berlapikkan cadar sahaja , jam dah mula menunjukknan pukul 2.30a.m , tiba-tiba " kik kik kik " bunyi betul2 dekat pintu bilik , disebabkan mak aku dah tidur malas la nak ganggu . aku ambil keputusan untuk jenguk ke luar , perasan di sebalik batang2 pokok kelapa nampak benar ada benda yang bergerak2 , aku pun perhatikan dengan teliti , sangat jelas nampak seperti benda yang hampir tinggi dengan pokok kelapa ,kurus mcm ranting kayu tengah memandang aku

, aku pun apa lagi mula la tutup tingkap dan terus baring and tutup muka dengan bantal , dalam hati aku mungkin ni la benda yang si mamat nampak tadi ,lama kelamaan dengar bunyi di dapur 'pang ......' periuk jatuh , disebabkan baru nampak benda yang tak sepattnya aku buat bodoh je .




Last edited by LabuLabi69 on 19-3-2014 11:20 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:46 AM | Show all posts
best.. sambung lagi TT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2014 11:52 AM | Show all posts
hijau_serindit posted on 19-3-2014 11:46 AM
best.. sambung lagi TT.

jap ea .. tngah ingat balik kisah lama ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:53 AM | Show all posts
LabuLabi69 posted on 19-3-2014 11:52 AM
jap ea .. tngah ingat balik kisah lama ni ...

sila refresh memori ye..:-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2014 12:49 PM | Show all posts

Balan-Balan (Part 3)


Selepas dalam ketakutan aku pun mula terlelap , senang sedap tido tu terasa seperti lipas tangah lalu dekat kaki,dah la tido mmg xsuka pakai selimut,so aq ku tepis je dengan keadaan mamai,lagi sekali LIPAS tu dok usik kaki ni aku pun bengang la ingat nk bunuh je lipas tu , sekali buka mata.jantung bagai nk berhenti berdenyut,jelas sangat kelihatan susuk rambut yangkusut masai dh mcm kak limah tu tp lg kusut dan mengerbang , just kepala and tiada badan pelahan2 dia pusing memandang kearah aku ni , dengan buka putih mcm kertas A4 (pusat) , mata terbeliak ,lidah terjelir , pandang je bawah jelas sangat nampak usus perut dengan terburai ,bau dia xpayah cakap la ,mcm busuk ditambah dengan bau masam2 cuka. niat nk kejutkan mak aku tapi badan kaku dengan suara yang tak terkeluar untuk kejutkan mak aku . Kepala tanpa badan tu lama2 makin dekan dengan muka aku lepas tu 'zassss' terbang keluar ikut tingkat dengan bunyi 'ki ki ki ki ' ...

Dengan perasaan yang separuh mati(Terkejut) aku berlari ke dapur cuci kaki disebabkan ada titisan darah yang busuk , masih lagi perasaan takut dan terkejut itu , tak mungkin khayalan sbb mmg dah betul2 bangun dh ni siap basuh muka, aku pun apa lg pasang lampu pelita kat dalam bilik , tapi tak peliknya mak aku ni tak perasan ke apa yang berlaku ,  aku kejutkan mak aku . Mak aku pun bangun dengan keadaan mamai sambil pegang ibu jari kakinya...

Mak:Aduh sakit kaki mak nih bah.
Aku:Bah kenapa ni mak ? kebas ka ?
Mak:Bukan,tapi sakit sangat ni ,
Aku:Ndak ada apa2 la tu , mungkin tadik mak salah tidur kali.
Mak:Mungkin kali .
Aku:Udah la mak , masih malam lagi nih ,Tidor jak bah .

Mak aku pun kembali baring , dalam hati aku mesti makluk tanpa badan tadi punya kerja , niat hati ingin nak ceritakan apa yang berlaku td dekat mak aku , tp takut kene marah lak . so malam tu memang aq berjaga je sebab xnak benda tadi berlaku, niat nk berjaga kononnya last2 tertido gak sampai ke pagi .

Jam menunjukkan pukul 10 pagi , aku pun bangun dan terus ke bilik air untuk mandi , ambil gayung dan basahkan badan aku terasa pedih dan perit di kaki sebelah kiri ni , aku pun pandang ke bawah dan ada kesan seperti melecur je dekat bahagian kaki kiri aku ni , aku pikir balik mesti sebab makluk tak guna malam tadi yang dok menganggu aku ni sebab apa pun tak tahu , siap2 je mandi aku pun breakfast dengan mak aku masakkan nasi lemak sambal sotong pagi tu , dan perbualan aku dengan mak atas meja makan pun bermula la ...


Aku : Mak , malam tadi ndak perasan apa2 yang berlaku ?
Mak : Ndak ada , kenapa nih ?
Aku : Ndak ada la , malam tadi masa kita sedang syok tidur aku nampak balan-balan mak .
Mak : Bah , di mana kau nampak tu ? mimpi kali .
Aku : bukan mimpi bah mak , benda tu dekat ...

Semasa tengah berborak dengan mak tiba-tiba si kak iton  ni ketuk pintu rumah , so benda yang nak diceritakan terbantut disebabkan kak iton datang ke rumah .Jadi mak aku basuh tangan terus ke ruang tamu bukakan pintu .Dalam hati aku time orang nak bercerita juga nak datang ke rumah , haihh ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2014 12:59 PM | Show all posts
tr11 posted on 18-3-2014 09:25 PM
tunggu update dr tt....

ok sudah updated.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.217211 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list