CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4040|Reply: 13

Bin/Binti/Bte Tidak semestinya Islam.

[Copy link]
Post time 25-3-2014 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Bin/Binti/Bte Tidak semestinya Islam.

"Blog ini juga boleh dikunjungi dengan alamat www.pengerindu.net, isi kandungan yang sama cuma paparan yang lebih menarik dan laju" - Mr.J
Masih ramai penjawatan awan khususnya di JPN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara masih lagi "kurang sedar atau peka " dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak .

Bumiputra Sabah pun Kena em.... Dorang ingat Binti/Bin/Bte tu mesti Melayu / Islam ?

Untuk pengetahuan semua Sarawak dan Sabah TIADA Agama Rasmi yang mana sesuatu Bangsa Harus menganuti Agama yang diperuntukan, di Sabah & Sarawak bebas memilih Agama masing - masing dan  Agama Islam adalah Agama Rasmi di Persekutuan tetapi tidak di malaysia Borneo .

Sila rujuk kembali Perjanjian Perkara 18/20 Sabah & Sarawak iaitu Perkara Pertama:

Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.

JPN masih kurang sedar mengenai Masyarakat Sabah & Sarawak. Harus balik sekolah dulu.
Sebilangan masyarakat malaysia amnya masih jahil tentang "Bin/Binti/Bte" di Sabah & Sarawak malah sebelum pembentukkan Negara dalam Negara Malaysia penggunaan "Bin/Binti/Bte" telah digunapakai sejak zaman british malah sebelum kedatangan british lagi.

"Bin/Binti/Bte" mungkin masyarakat melayu semenangjung bukan semua hanya sebilangan sahaja merasakan bahawa penggunaan "Bin/Binti/Bte" adalah merujuk kepada orang melayu dan sekaligus on the spot terus merujuk kepada agama islam .

Nama-nama kristian di Sarawak dan Sabah.
Gambar diatas adalah nyata dan jika anda mempunyai rakan daripada Sabah sila rujuk Kad Pengenalannya nescaya anda akan terkejut dengan nama yang mempunyai "Bin/Binti/Bte" tetapi bukan islam , dan apakah tindakan anda?

A. Terkejut Beruk
B. Melaporkan kepada Jais bahawa rakan anda murtad?
C. Putuskan hubungan Kawan .

Jadi sekiranya anda memilih ketiga - tiga diatas maka andalah manusia paling 'kurang bergaul' dengan orang luar atau anda tidak pernah ada kawan dari Borneo.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2014 11:31 PM | Show all posts
terkejut cimpanzhi!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 01:51 AM | Show all posts

Hmmm...



Melabelkang bin atau binti sebagai Islam sama seperti melabelkang Melayu itu Islam walhal kita sememangnya tahu sebetolnya tidak semestinya begitu...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 09:55 PM | Show all posts
mmg benar kenyataan di atas tu saudara. bin/binti di borneo tidak semestinya mreka ni islam... dan kdg2 ada nama rose binti hasan-- klu dia x pki tudung, tanya dulu agamanya apa.. x semestinya Islam. jgn tuduh dia murtad. tp mmg begitulah keadaannya di borneo
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 01:19 AM | Show all posts

Huh!

popjack posted on 25-3-2014 11:31 PM
terkejut cimpanzhi!



Seb baek lar ko ni takde lemah jantong kan...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 12:00 PM | Show all posts
AceHand posted on 13-4-2014 05:19 PM
Seb baek lar ko ni takde lemah jantong kan...?

hahahahahah
tp mmg rata2 pakai bin/ti disana...mule aku terkejut
tp dah lama baru tau cerita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2014 01:18 PM | Show all posts
slow2 tak kawan ngn dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 01:41 PM | Show all posts
norlinda binti nanuwil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 01:44 AM | Show all posts

Hmmm...

popjack posted on 14-4-2014 12:00 PM
hahahahahah
tp mmg rata2 pakai bin/ti disana...mule aku terkejut
tp dah lama baru tau cerit ...



Kalau kat Indonesia lagi berlambak Cina 'nama Melayu'...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 02:49 AM | Show all posts
AceHand posted on 26-3-2014 01:51 AM
Melabelkang bin atau binti sebagai Islam sama seperti melabelkang Melayu itu Islam walhal kita s ...

Di Brunei, semua rakyat tempatan adalah Bangsa Melayu yg guna bin & binti. Tapi, tak semua islam.

Bangsa Melayu terbahagi kepada 7 puak jati:
Melayu Brunei, Melayu Kedayan & Melayu Tutong adalah 100% islam.
Melayu Dusun, Melayu Bisaya & Melayu Belait mix islam, kristian atau tanpa agama.
Melayu Murut majoriti  beragama kristian.

Puak Iban tidak dianggap jati Brunei berorigin Sarawak, tapi, some ada full kerakyatan Brunei, perm. residen atau taraf pendatang.

Cerita: Masa kat sekolah menengah, kami dpt guru agama baru dari 'malaya'. Sorang klasmet murut kristian tak pakai tudung. Nama dia Rosita binti Abdul Fatah. Masa buat introduction dia kena marah sebab tak pakai tudung. Memang saspen ler cikgu tu, tengok binti nama cantik, Abdul Fatah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 07:24 AM | Show all posts
sabah sarawak memang ada yg pakai bin / binti
kalo sarawak biasanya terdiri daripada suku kaum melanau yg ada pakai
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 11:07 PM | Show all posts
Abu Lahab pun islam....No
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:53 AM | Show all posts

Hmmm...

AwgSagi replied at 15-7-2014 02:49 AM
Di Brunei, semua rakyat tempatan adalah Bangsa Melayu yg guna bin & binti. Tapi, tak semua islam.
...

[AceHand SPECTaceLAR]

Betol tu...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 18-1-2021 01:53 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Betol tu...

wow... 7 tahun baru dpt jawapan hahaha... punya lama file saya terperap kat meja kerani tak naik2 lagi hahaha... apapun terimakasih replynya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.123407 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list