View: 2658|Reply: 2
|
Husqvarna tiba di Malaysia?
[Copy link]
|
|
NAMA Husqvarna cukup gah dan dikenali di serata dunia terutamanya dalam kalangan peminat sukan lasak motocross.
Kepada para peminat sukan perlumbaan MotoGP, nama Huqsvarna mungkin tidak asing lagi selepas Husqvarna menyertai sukan bertaraf antarabangsa dalam kelas Moto3. Secara rasmi, pasukan itu dikenali sebagai Red Bull Husqvarna Ajo yang diterajui Aki Ajo dan ditunggang pelumba Britain, Danny Kent.
Pengeluar ini mula mengeluarkan motosikal sendiri pada tahun 1903. Motosikal pertama mereka yang diberi nama “Husky” yang menggunakan enjin import sehingga tahun 1918 sebelum Husqvarna mula mengeluarkan mesin sendiri sepenuhnya.
Menjelang 1920, Husqvarna memiliki kilang enjin sendiri dan menghasilkan enjin berkapasiti 550cc V –twin. Walaupun jenama ini pernah mengeluarkan motosikal untuk kegunaan jalan raya biasa dan memiliki rekod perlumbaan di litar seperti Isle of Man TT sebelum Perang Dunia ke-2, mereka lebih dikenali sebagai pengeluar motocross dan jentera enduro. Pengeluar motosikal terbesar di Sweden ini mendominasi pelbagai kejohanan motocross sepanjang tahun 1960-an dan 1970-an.
Sebagaimana yang sudah maklum, Husqvarna dikatakan sudah berpindah milik kepada Pierer Industrie AG yang dikelola Stefan Pierer, Ketua Pegawai Eksekutif KTM-Sportmotorcycle AG daripada pihak BMW.
Tidak lama kemudian, KTM Sportmotorcycle AG menggabungkan Husqvarna dengan Husaberg di bawah satu bumbung.
Generasi baharu Husqvarna dibina di kilang yang sama di mana Husaberg dihasilkan. Dari segi prestasi dan kualiti pandangan, ia akan membawa kualiti yang dimiliki oleh pengeluar Autria tersebut.
Usaha pemasaran jentera hasil Husqvarna dijangka akan lebih baik berbanding usaha pemasaran sebelum ini yang agak tidak menentu di bawah CAGIVA dan BMW. Namun begitu, Husky telah kehilangan skim warna warisan - pakej grafik putih dan merah yang digantikan dengan skim warna putih/biru/kuning milik Husaberg.
Bagi tahun 2014, barisan Husqvarna dibahagikan kepada dua kategori: enduro dan motocross. Enjin silinder tunggal dua lejang digunakan kepada 125cc, 250cc, dan anjakan 300cc di bawah model TE.
Manakala di bawah kod nama FE yang menggunakan sistem suntikan Mikuni kepada enjin silinder tunggal empat lejang terbahagi kepada anjakan 250cc, 350cc, 450cc dan 510cc.
Motocross Husqvarna pula ditawarkan dalam kelas 125cc dan 250cc di bawah barisan model TC dua lejang. Model empat lejang pula ditawarkan dalam 250cc, 350cc dan 450cc. Kesemua model Husqvarna mempunyai casis baharu dengan sokongan sistem suspensi WP dan subframe inovatif yang diperbuat daripada komposit ringan dan tahan impak.
Selaku pemain industri global, Husqvarna bakal melancarkan jentera kecil, ringan dan padat dengan kuasa – FusionExcel (FE) 250 di negara jiran tidak lama lagi. Husqvarna FE 250 dikuasakan oleh enjin 249cc silinder tunggal empat lejang sejukan air. Kuasa enjin diagih melalui kotak gear enam kelajuan dengan klac basah.
Enjin ini disesuaikan untuk fungsi enduro dengan cam yang direka khusus untuk meningkatkan tenaga pada kitaran pertengahan dan menghantarkan jumlah tork yang besar di samping keupayaan kegunaan trek motocross.
Husqvarna FE250 menggunakan fork hadapan terbalik 48mm 4CS buatan WP bagi mendapatkan pengendalian lebih responsif dan juga manfaat pengurangan berat badan keseluruhan.
Manakala, pada bahagian belakang turut menggunakan sistem penyerap hentak tunggal WP berprestasi tinggi dengan tujuan untuk mendapatkan maklum balas maksimum serta memberikan keselesaan penunggang.
Sistem penyerap hentak belakang boleh laras untuk kesesuaian mampatan kepada pelbagai corak tunggangan dan tahap kelajuan.
Khabarnya, Huqsvarna bakal menemui pasaran di Malaysia melalui Premium World Motorsports (PWM). Namun, ia masih belum dapat ditentukan sehingga ia dirasmikan. Melalui media sosial facebook, PWM sudah pun mula mempromosikan TE125, TE250, TE300, TC85, TC125 dan TC250.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku ingatkan brand ni jenama selipar je |
|
|
|
|
|
|
| |
|