CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18100|Reply: 6

Khasiat Buah Kiwi

[Copy link]
Post time 9-6-2014 06:59 PM | Show all posts |Read mode


Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet  harian anda untuk kesihatan menyeluruh. Buah kiwi mempunyai banyak  manfaat kesihatan. Ia kaya dengan nutrien yang membantu mencegah  penyakit, memberi tenaga selain merupakan pilihan diet harian yang  mudah.

Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin  E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia  sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis  kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi  kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

"Bagi sesetengah pengguna, nilai nutrisi mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu. Fakta mengenai kebaikan  buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari  oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh," kata Pengurus  Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson.

Menurutnya,  buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh  juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan  kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

Tambahnya  lagi, ketakutan warga seluruh dunia mengenai penyebaran wabak influenza  H1N1 juga menyebabkan mereka lebih berhati-hati dengan pengambilan  makanan.

"Kini kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi," kata Mathiesen.

Sementara  itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr Norzita Mohd Yusof berkata, buah kiwi  merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta  orang dewasa.

"Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya," katanya.

Menurutnya  lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari  usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada  makanan berproses.

"Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah  memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema,  demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi  buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus," ujarnya.

Dengan  pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi  bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana  buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan. Antara buah kiwi terbaik di Malaysia adalah keluaran Zespri  . Selamat mencuba

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2014 08:06 PM | Show all posts
kiwi mmg bagus. especially yang kaler gold.

tapi mahal. tak semua org mampu nak makan hari2.

makan supplement lebih senang. murah pun murah.

tapi kalo sesapa yg mampu makan kiwi hari2 ~ memang laa sangat bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 08:39 PM | Show all posts
kiwi bagus, epal bagus, limau bagus, papaya bagus, asparagus bagus...

petai pun bagus.........


semua bagus lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2014 08:53 PM | Show all posts
Semua buah bagus, tapi ada khasiat yg lebih pada satu buah tu dari yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 10:43 AM | Show all posts
mkn bersama kulit?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 03:33 AM | Show all posts
kiwi ni aku start makan masa tempah pavlova...sedap juga
mcm2 menu blh buat selain makan begitu saja
janji mmg bagus mcm buat limau gak kan khasiatnya
http://bit.ly/1o4Gq4w
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2014 11:20 PM | Show all posts
Sodap kalau kena gayanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.053024 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list