View: 13499|Reply: 22
|
Kaki bengkak ketika hamil
[Copy link]
|
|
Kaki bengkak ketika hamil
Mengapakah buku lali dan jari kaki mengalami bengkak ketika kandungan sudah mencecah sembilan bulan? Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bengkak tersebut?
Apabila bayi anda semakin membesar, rahim memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.
Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang-kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa dan ini menambahkan lagi kebengkakan atau sembap tersebut. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, sebelum lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam.
Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya. Sementara itu, menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.
Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu simptom praeklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi.
Kurangkan bengkakUbat-ubatan jenis diuretik tidak sesuai digunakan semasa hamil yang akan membuatkan buah pinggang mengeluarkan air dan garam sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara itu.
Anda boleh mencuba cara lain untuk mengawal kebengkakan iaitu dengan menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan. Anda juga perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat.
Selain itu, jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings). Stoking tekanan boleh didapati di farmasi.
Anda juga dinasihatkan minum banyak air, bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki. Makan makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tinggi kandungan sodium dan garam seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering. Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin menyebabkan rasa tidak selesa, keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak.
|
|
|
|
|
|
|
|
ler igtkan luahan dari ibu mengandung...rupanye dari abam ketiak..
baru nk baca.. terus tak jadi baca...hahaahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kena supplement ngan pil kalsium jugak. ramai yg abaikan.
kalsium sangat2 penting time peknen, sbb kalsium di badan kita semua diserap oleh baby.
tu salah 1 bengkak2 terjadi (selain sengal2, tak boleh tido malam) |
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 10-6-2014 05:16 PM
ler igtkan luahan dari ibu mengandung...rupanye dari abam ketiak..
baru nk baca.. terus tak jad ...
ohh bencinya awak kt abang
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 11-6-2014 02:24 PM
ohh bencinya awak kt abang
hohoho..mne ada benci la..tak jadi baca la, sbb abam kan lelaki, mne ada pengalaman hamil...
|
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 11-6-2014 02:26 PM
hohoho..mne ada benci la..tak jadi baca la, sbb abam kan lelaki, mne ada pengalaman hamil...
...
hehe hamil ni susah x?
|
|
|
|
|
|
|
|
treringat masa pregnant dulu, memang bengkak sungguh kaki ai..
dah ghuper kaki gajah jee
bila byk rehat, urut sikit-sikit, memang surut bengkak tu..
start je jalan ke sana ke mari..bengkak ler balik..
tapi, lepas bersalin tu..terus slim balik kaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 11-6-2014 02:35 PM
msti la susah..asyk muntah je, rasa senak, bengkak kaki, lenguh2..pastu nk beranak lg..contraction ...
ok mari kita jalinkan hibungan... pm la abang
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 11-6-2014 04:47 PM
ok mari kita jalinkan hibungan... pm la abang
choiii
|
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 11-6-2014 04:58 PM
choiii
setuju x? kita kwn pastu couple la
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 11-6-2014 05:03 PM
setuju x? kita kwn pastu couple la
hoho tak nak la..ngeri tgk ketiak abam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 11-6-2014 05:07 PM
hoho tak nak la..ngeri tgk ketiak abam tu
reject abang ke kenal la dulu cintan2 dlu bunga rose dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 13-6-2014 05:36 PM
reject abang ke kenal la dulu cintan2 dlu bunga rose dulu
hahahahaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 13-6-2014 05:41 PM
ok la.. xpe la
ala..gedik la abam ni..p cium ketiak puas2..nt hilang la sedih tu
|
|
|
|
|
|
|
|
duniaku85 posted on 13-6-2014 05:42 PM
ala..gedik la abam ni..p cium ketiak puas2..nt hilang la sedih tu
jum berbuka n abang nak x? pastu kita main mercun naga sama2
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 16-6-2014 12:58 PM
jum berbuka n abang nak x? pastu kita main mercun naga sama2
makan roti canai mamak ke..tak nk la
|
|
|
|
|
|
|
|
Mostly ibu hamil yg kakinya bengkak sebab preggykan baby boy. Ask your hubby to massage n gently rub your feet. Pakai socks |
|
|
|
|
|
|
| |
|