View: 6934|Reply: 0
|
Lakar sejarah Renault Fluence
[Copy link]
|
|
RENAULT bakal melakar sejarah baharu dalam persada automotif Malaysia dengan pelancaran model terbaharu syarikat itu, Renault Fluence 2.0L.
Fluence yang menjadi model global dengan melibatkan kerjasama Renault dan Nissan peringkat antarabangsa akan dipasang di sini.
Pelancaran Renault Fluence baru-baru ini bakal memberikan saingan kepada kenderaan lain dalam segmen C.
Tidak mustahil ia dapat menambat hati apalagi jentera edaran Tan Chong Motors itu melengkapkannya dengan teknologi moden selari kehendak pelanggan masa kini.
Bagi pemandu kini yang semakin mencari kereta mengikut keperibadian dan gaya, tetapi pada masa sama, tidak mahu kompromi keselesaan dan perjalanan menyeronokkan, Fluence ini mungkin boleh jadi pilihan.
Diproduksi berdasarkan platform Renault-Nissan C (termasuklah yang menyokong Renault Megane dan Koleos, Fluence untuk pasaran Malaysia) ini hanyalah model penambahbaikan atau pun facelift.
Bagaimanapun Fluence tetap tampil dengan reka bentuk inovasi dan dinamik.
Memiliki ketinggian 1,485mm dengan lebar pula 1,813 mm, manakala panjang kerangkanya berukuran 4,618 mm, model ini kelihatan teguh dengan imej dibawanya.
Reka bentuk dalamannya juga diberikan penekanan imej moden. Bagi memberikan keselesaan maksimum kabinnya didatangkan dengan penggunaan upholsteri kulit penuh.
Renault Fluence menitikberatkan teknologi keselamatan dan pastinya keselesaan buat penumpang - kunci pintar, kawalan kelajuan, pendingin hawa zon berkembar dan corong pendingin hawa bagi tempat duduk penumpang belakang.
Ciri-ciri inovasi sistem multimedia masa kini ditampilkan dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci dengan Renault R-Link, navigasi, pengecaman suara, Bluetooth, MP3, CD, USB dan paparan kamera undur.
Malah bagi hiburan yang lebih memuaskan, sistem bunyi 3D Arkamys berserta enam pembesar suara turut ditampilkan.
Tawaran enam beg udara, ESP, ASR dan kerusi Isofix bagi keselamatan sedan ini memantapkan lagi jentera ini.
Memantapkan lagi sedan ini dengan aspek keselamatan yang diyakini termasuk enam beg udara, ESP, Anti Skid Regulator (ASR) dan kerusi Isofix ditawarkan.
Dijana enjin 2.0L
Hanya ditawarkan dengan satu varian iaitu Renault Fluence 2.0 16v 140 X-Tronic, jentera sedan ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder. Ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum 143 hp pada tahap 6,000 rpm dan tork puncak 195 Nm pada 3,700 rpm.
Ia dipadankan dengan transmisi X-Tronic CVT. Fluence mampu dipecut secara maksimum pada kelajuan 195 km/j. Malah juga mampu dipecut dari titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 10 saat.
Mengikut ujian dilakukan oleh European Cycle, seperti kebanyakan model masa kini, ia turut menjanjikan penggunaan bahan api yang lebih efisien iaitu 7.7 liter bagi setiap kilometer.
Renault Kangoo merupakan model pertama jenama Perancis itu yang menjalani pemasangan tempatan pada 2004 oleh pengedarnya di sini, TC Euro Cars Sdn Bhd, yang bernaung di bawah Kumpulan Tan Chong. Dalam tempoh berkenaan sehingga kini, hanya model Renault berkenaan sahaja yang dikeluarkan di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen berkata, Fluence mampu ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif, iaitu bermula RM115,000, penawaran terbaik bagi kereta dengan kapasiti enjin 2.0 liter.
Fluence didatangkan dengan pilihan warna Ultra Silver, Black Metallic, Mars Grey dan White Pearl.
Dengan penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau 40,000 km (mana yang hadir terlebih dahulu), pembeliannya juga dilengkapi waranti standard selama lima tahun tanpa perbatuan terhad.
Spesifikasi:
Enjin: 1,997cc, 4 silinder 16 injap 140 Series petrol (Timing chain)
Kuasa maksimum: 143hp @ 6,000rpm
Tork maksimum: 195Nm @ 3,700rpm
Transmisi: CVT X-Tronic
Ciri-ciri keselamatan: ABS + EBA, 6 beg udara, ESP dengan ASR, Immobiliser.
Harga: Bermula RM115,000
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|