CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2294|Reply: 3

Mengapa Anda Perlu Insurans Kemalangan Peribadi?

[Copy link]
Post time 20-6-2014 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa Anda Perlu Insurans Kemalangan Peribadi?

Hampir setiap hari kita mendengar dan membaca berita mengenai kemalangan jalan raya di media massa. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ini kebanyakannya adalah penunggang motorsikal. Malah risiko mereka terlibat dalam kemalangan juga amatlah tinggi.

Seperti baru-baru ini kes kemalangan maut yang melibatkan pasangan suami isteri yang menunggang motorsikal di mana mereka menjadi mangsa sebuah kenderaan yang secara tiba-tiba membelok seterusnya melanggar motor yang dinaiki pasangan terbabit seterusnya terjatuh di bawah sebuah lori yang kemudiannya menggilis badan isteri penunggang tersebut.

Penunggang motorsikal sering kali menjadi mangsa nahas maut di jalan raya kerana mereka perlu berdepan dengan pemandu kereta, lori dan bas. Ramai yang takut apabila mendengar dan melihat tragedi tragis sebegini. Namun adakah kita pernah terfikir untuk mempersiapkan diri dengan perlindungan tambahan seperti insurans kemalangan diri untuk melindungi diri dan orang yang tersayang.

Sejauh Mana Pentingnya Insurans Kemalangan Peribadi?

Kemalangan Tak Dapat Dijangka

Dalam kehidupan kita sentiasa bergerak. Setiap hari kita mempunyai rutin harian iaitu pergi dan balik ke tempat kerja. Malah setiap hari ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan. Hal ini sesungguhnya begitu membimbangkan, lebih-lebih lagi bagi penunggang motorsikal kerana risiko mereka lebih tinggi. Mengambil langkah berhati-hati shaja tidak mencukupi, kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dijangka. Selain dari mengambil langkah berhati-hati tidakkah anda rasa mengambil langkah tambahan seperti melindungi diri dengan insurans kemalangan peribadi dapat memberi perlindungan kewangan sewaktu diri dilanda musibah yang tidak dijangka.

Wang Simpanan Tidak Mencukupi

Kehidupan di bandar metropolitan sememangnya amat mencabar dan memerlukan kos yang amat tinggi demi untuk menampung kehidupan seharian. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan daripada kita tidak mempunyai simpanan atau hanya dalam jumlah yang kecil.

Pernahkah terfikir bagaimana jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan anda hilang upaya dan secara tidak langsung  hilang punca pendapatan. Adakah duit simpanan anda mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian dan membayar segala komitmen yang ada tanpa pendapatan tetap? Itu baru sahaja komitmen belum dikira jika anda adalah satu-satunya pencari nafkah buat keluarga.

Lebih malang lagi jika seseorang itu terlibat dengan kemalangan  maut. Sudah pasti keluarga, anak-anak dan insan yang tersayang akan sedikit terbeban lebih-lebih lagi melibatkan sumber kewangan. Pelbagai lagi faktor yang boleh membuatkan anda berfikir kembali mengapa perlu melindungi diri dengan insurans kemalangan peribadi. Walau bagaimanapun terpulang pada anda untuk membuat keputusan untuk membeli dan memilih polisi insurans kemalangan peribadi yang mana bakal memberi perlindungan diperlukan.  

Insurans Disediakan Majikan Terhad

Menjadi kelebihan buat seseorang itu jika majikannya menjaga kebajikan dengan menyediakan perlindungan insurans. Namun jangan terlalu bergantung harap pada insurans yang disediakan majikan kerana kita hanya akan dilindungi selama mana kita berkhidmat terhadap syarikat tersebut. Jika secara tiba-tiba anda diberhentikan dan kehilangan kerja atas sebab tertentu bagaiamana?

Selain itu, kadang-kala kerja anda mungkin mempunyai risiko fizikal dan insurans tempat kerja tidak melindungi. Kebiasaanya  perlindungannya adalah atas budi bicara majikan dan selalunya terhad. Jadi tidak salah untuk memiliki polisi tambahan yang serendah RM100 setahun seperti insurans kemalangan peribadi sebagai perlindungan tambahan. Apapun anda jua yang mempunyai kebebasan memilih pelan yang sesuai dan perlindungan benar-benar anda perlukan. Tepuk dada tanya selera.

Last edited by easicircle on 20-6-2014 04:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2014 10:51 AM | Show all posts
cuba bagi cadangan pakej terus, bagi artikel bukan ada cadangan apa-apa pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2014 10:06 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 22-6-2014 10:51 AM
cuba bagi cadangan pakej terus, bagi artikel bukan ada cadangan apa-apa pun

Maaf yer, thread ni untuk pendapat atau aduan tidak boleh disalahguna untuk promosi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 01:28 PM | Show all posts
easicircle posted on 23-6-2014 10:06 AM
Maaf yer, thread ni untuk pendapat atau aduan tidak boleh disalahguna untuk promosi.

susahlah kalau sebegitu, namti ummah tersalah pillay pakej, dalam banyak-banyak pakej tu musti ada yang thorbaik punyerrrrrrr mengatasi pakej-pakej yang lelain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061966 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list