View: 1574|Reply: 0
|
EDEMA DAN SEMBAP SEMASA HAMIL
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum MOD. Sekadar berkongsi pengetahuan. Kalau thread ni dah ada minta maaf. tak perasan.
Edema atau sembap semasa hamil adalah perkara biasa. Di antara 50 hingga 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Kaki yang bengkak boleh menyebabkan rasa tidak selesa.
Ada beberapa cara untuk mengawal bengkak kaki iaitu :
1. Meninggikan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda.
2. Baring mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan.
3. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat dan jangan menyilang kaki semasa duduk.
4. Minum banyak air, bersenam selalu terutamanya berjalan, berenang atau menggunakan basikal senaman.
5. Memakai stokin tekanan@compression stockings. Stokin ini berfungsi secara perlahan-lahan mengurangkan tekanan pada bahagian buku lali ke peha, sekali gus meningkatkan aliran darah secara betul ke bahagian jantung. Kebaikan lain, mencegah varicose veins dari terbentuk. Last edited by bosanbetul on 1-7-2014 10:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|