CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2627|Reply: 3

Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?

[Copy link]
Post time 27-7-2014 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?Noor Azam Shairi,Astro Awani |Kemas kini:Julai 27, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 27, 2014 09:00 MYT)




Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?

SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai "iftar"? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata "buka puasa"? Kenapa "iftar"?

Kalau segan sebut "buka puasa", kenapa tidak kata "sungkai"? "Sungkai" dalam ejaan baku atau "sung-kei" dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud "buka puasa". Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.

Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk "buka puasa"? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?

Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang "iftar" berbanding mereka yang "buka puasa"? Wallahu'alam.

Bagi sebuah negara yang Islamnya disekutukan dan diinstitusikan dengan Melayu serta tidak boleh lekang dengan Melayu -- bahawa Melayu itu Islam dan masuk Islam itu masuk Melayu -- kenapa "buka puasa" jadi Arab dan tidak jadi Melayu?

Sehari dua ini pula, sesetengah daripada mereka melayangkan ucapan "Eid Mubarak", bukan lagi "Selamat Hari Raya". Apa dosanya mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"? "Aidilfitri" pun ditukar jadi "Eidul Fitr".

Ini bukan masalah "iftar" dan "eid mubarak" sahaja. Ini masalah sejak sembahyang jadi solat, tudung jadi hijab. Sedekah yang sudah memang asal perkataan Arab itu pun tidak lagi cukup untuk mengungkapkan pemberian harta kepada orang lain maka sekarang disebut infaq.

Kata Melayu yang hendak jadi Arab: "Kalau anta senyum, itu pun sedekah tapi kalau anta beri duit, itu namanya infaq."

"Okay, bro. Tapi kenapa telekung jadi busana solat?" tanya Melayu yang bertahan cuba jadi Melayu.

Dari mana asal-usulnya semua ini sehingga Melayu hendak jadi Arab? Kenapa Melayu gila hendak jadi Arab? Kenapa NGO Melayu tak beri perhatian soal Melayu tak mahu jadi Melayu ini? Bukankah kalau Melayu jadi Arab maknanya nanti Melayu akan hilang di dunia?

Adakah ini kesan panjang sejak Ayatollah Ruhollah Khomenei pulang ke Tehran pada 1 Februari 1979 dan memulakan revolusi agung terakhir, sekaligus membuka imaginasi seluruh dunia tentang Islam dan negara Islam. Sejak itu, Tanah Melayu ini diislamkan semula selepas pengislaman pertama oleh para pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa zaman kesultanan Melayu lama.

Atau apakah mungkin sebab lidah orang Melayu sekarang lebih mengenal nasi Arab berbanding nasi minyak dan nasi tomato atau setidak-tidaknya nasi ulam?

Di satu sudut Kampung Baru, kawasan petempatan tradisional orang Melayu tidak jauh dari KLCC yang dipertahankan bermati-matian biarpun terus diasak pembangunan dan pemodenan, sekurang-kurangnya ada empat buah restoran nasi Arab berderet di sebatang jalan.

Adakah itu sebabnya? Wallahu'alam.

Kepada Melayu-Arab, eid mubarak. Kepada Melayu yang lain-lainnya, selamat hari raya.

p/s: Orang Arab Islam menyambut Aidilfitri hanya sehari. Orang Melayu yang Arab atau yang lain-lain, Aidilfitrinya tidak usahlah terhentak sampai ke Hari Raya Haji.



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/melayu-kenapa-kau-nak-jadi-arab-40752?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 06:46 PM | Show all posts
melayu biasa la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 01:19 AM | Show all posts
hanya tiru omputih tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 01:33 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Takde pahala lebih pong guna bahasa Arab...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.163678 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list