Batang Wali atau dikenali juga dengan nama patawali, putawali dan brotowali sinonim dengan khasiatnya yang mampu menyembuhkan penyakit kencing manis jika diamalkan dengan cara yang betul dan juga berterusan. Batang wali merupakan sejenis pokok yang menjalar dan mempunyai batang yang berkerutu dan hidup dipagar2 yang terbiar.
keseluruhan pokok ini mempunyai rasa yang amat pahit.Rasanya yang sememangnya pahit dapat meneutralkan darah dalam badan sekaligus mampu mengubati pelbagai jenis penyakit bukan sahaja kencing manis, malahan darah tinggi demam kuning dan juga gout. Oleh sebab itu, batang wali telah dikormesialkan dalam bentuk kapsul agar memudahkan orang ramai mendapat khasiat nya tanpa perlu menahan rasa pahit tersebut. Terdapat beberapa laman web yang mengkormesialkan produk ini antaranya berkatherba.com
Dari segi perubatan, batangnya merupakan bahagian utama yang mengandungi khasiat yang paling tinggi. Berdasarkan kajian saintifik pula, tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang mampu mengatasi penyakit demam malaria. Walaupun kaya dengan khasiat, batang wali tidak boleh diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana kesan ubatnya yang begitu kuat.