CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2272|Reply: 1

Defisit dan Permasalahannya

[Copy link]
Post time 13-8-2014 03:55 AM | Show all posts |Read mode
Defisit dan permasalahannya
Amin Ahmad
Published: 4 April 2014

Saya masih ingat, semasa menjadi ahli panel jemputan perbincangan Belanjawan 2013
di sebuah saluran televisyen swasta, antara penekanan yang dinyatakan ialah
kepentingan untuk menangani defisit fiskal.

Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sidang Kemuncak Ekonomi Negara Mac lalu,
beliau mengaku defisit dan hutang mampu membahayakan negara, tetapi ia tidak semestinya buruk.

Beliau memberi gambaran masalah defisit antara lain disumbangkan oleh peningkatan subsidi,
iaitu RM44 billion, meningkat daripada sekitar 15% kepada lebih 21% antara 2010 dan 2012.

Untuk rekod, sejak 1970 hingga 2013, Malaysia mengalami defisit sebanyak 41 kali.
Mengikut Laporan Ekonomi Malaysia 2013/2014, hutang negara meningkat
daripada 36% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 1998 kepada 52.6% KDNK.

Dalam konteks ekonomi, ada yang memberi justifikasi hutang negara pada masa ini
bukan masalah besar kerana peratusan besarnya adalah hutang domestik.
Selain itu, justifikasi turut sama diberikan terhadap defisit
sebagai keperluan untuk pembangunan, berasaskan teori ekonomi Keynesian.

Defisit dan hutang

Apakah defisit?
Defisit bermaksud dalam belanjawan kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatannya (baca: cukai yang dikutip).
Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain untuk menampung belanjawan.

Defisit lazimnya ditunjukkan dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi defisit tahun-tahun sebelumnya.

Baik buruk hutang bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk membayar balik pada masa akan datang.
Kajian ahli ekonomi IMF, Abdul Abiad dan Jonathan Ostry menunjukkan tahap hutang yang munasabah ialah
pada kadar 30% KDNK sesebuah negara.

Masalah defisit

Antara keburukan defisit dan hutang ialah

1) penambahan hutang dan faedah hutang (kos dilepaskan)
2) inflasi
3) kesan himpitan keluar (crowding out effect) serta
4) peningkatan cukai dan kadar faedah.

Apabila sesebuah negara berhutang, sama ada di peringkat domestik atau luar,
hutang ini masih tetap perlu dibayar. Setiap hutang ini mempunyai faedahnya tersendiri.
Semakin besar jumlah hutang, maka semakin besarlah faedah yang perlu dibayar.

Dengan jumlah hutang sebesar RM500 billion, faedah sekecil satu peratus bersamaan dengan nilai RM5 billion.
Itu jika nilainya satu peratus. Jika nilainya lima peratus, ia bermaksud nilainya ialah RM25 billion.
Menurut Laporan Ekonomi Malaysia, jumlah bayaran sebenar perkhidmatan hutang negara ialah 10.7%
(anggaran belanjawan) atau bersamaan dengan hampir RM23.2 billion
.

Lazimnya, bon akan dikeluarkan untuk menangani defisit. Jika bon ini dikeluarkan kepada orang ramai,
maka defisit tidak akan menghasilkan inflasi. Ini kerana tidak ada wang baru dikeluarkan.
Orang ramai membeli bon ini daripada simpanan mereka sendiri.

Tetapi, bon ini juga mungkin dijual kepada sistem perbankan.
Melaluinya, wang baru dikeluarkan dan ia  akan menghasilkan inflasi.

Himpitan keluar bermaksud pihak selain kerajaan dinafikan atau diminimakan peluang untuk meminjam,
melabur atau membelanjakan simpanan atau pendapatan mereka.
Apabila kerajaan melakukan sesuatu perkara, peranan pihak lain semakin berkurangan.

Sebenarnya, semua hasil cukai yang dikutip kerajaan menghimpit keluar perbelanjaan sebenar
yang mungkin akan dibuat oleh pihak yang dicukai.
Selain itu, himpitan keluar berlaku apabila kadar faedah untuk meminjam naik disebabkan pinjaman besar kerajaan.
Ini menghalang pihak selain kerajaan untuk meminjam dan melabur.
Di sini jelas, meskipun pembelian bon dibuat oleh orang ramai,
tidak dibiayai oleh bank, ia masih mempunyai kesan himpitan keluar.

Kadangkala, sesebuah kerajaan menangani masalah defisit dengan memperkenalkan cukai baru atau meluaskan lagi kutipan cukai.

Sebagaimana pernah diungkapkan oleh Cyril Northcote Parkinson dalam Parkinson's Law: The Pursuit of Progress:
"erbelanjaan akan ditingkatkan untuk menyamai pendapatan".
Dalam kata lain, jika kerajaan mahu melakukan defisit pada kadar tertentu, katakan 5%,
maka ia akan memastikan, meskipun jumlah pendapatan yang ada sudah cukup besar,
perbelanjaan ditambah selari dengan nilai defisit itu.

Kadangkala, inflasi disamakan dengan cukai. Cuma inflasi adalah cukai tidak langsung.
Jika inflasi sering dianggap masalah, maka cukai juga perlu dilihat sebagai masalah.
Tetapi sebenarnya cukai adalah lebih buruk. Dengan inflasi, sekurang-kurangnya lebihan bayaran itu
masih boleh digunakan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang kita perlukan.
Sebaliknya wang yang diberikan atas cukai akan diguna oleh kerajaan untuk tujuan yang mungkin kita tidak perlukan.

Tidak ada jalan pintas yang mudah untuk menangani defisit yang besar.
Langkah tegas perlu diambil oleh kerajaan ialah mengurangkan perbelanjaannya.
Saya akan cuba menulis mengenai di mana dan bagaimana defisit ini boleh ditangani dalam tulisan akan datang, insyaAllah. – 4 April, 2014.

* Penulis ialah Pengarah Institute for Leadership and Development Studies dan Pengasas Bersekutu, Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas).

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


p/s: Negara berhutang dgn siapa? Nk bayar dgn faedahnya skali tu kt siapa pulok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2014 03:28 AM | Show all posts
10.        Sebenarnya perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.

11.        Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi. Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami deficit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini.

12.        Biasanya dalam Kerajaan kita mengadakan belanjawan – iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.

13.        Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.

14.        Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.

- Chedet.cc

Cer recall Amireka...





p/s: RM5.9k tu petik mana ek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.043273 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list