|
Ayda Jebat
SUKA tertawa, periang dan kuat berjenaka sudah cukup untuk menggambarkan peribadi gadis ini. Mungkin bukan nama asing bagi orang industri tetapi kebanyakan peminat seolah-olah baru mengenali Ayda Jebat itu sejak drama Rindu Awak 200% meletup sejak ditayangkan.
Tidak kisah kurang dikenali sebelum ini, Ayda tahu kemunculannya dalam industri bukan baru sehari dua. Lebih tiga tahun dia mengharungi kehidupan sebagai anak seni dan baru sekarang orang memberi perhatian kepadanya.
Tiada sesal apatah lagi rasa kurang yakin dengan semua yang berlaku. Bagi Ayda sepanjang bergelar anak seni pastinya dia sudah awal-awal lagi meletakkan misi dan visinya.
“Sekarang pun saya bukan popular sangat. Orang pun tak mengenali siapa Ayda Jebat lagi," luahnya merendah diri.
Baginya dia tidak pernah sesekali meletakkan syarat untuk menjadi popular meskipun sudah beberapa tahun berlakon dalam belasan buah drama dan beberapa buah filem sepanjang bergelar anak seni.
“Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan populariti di hadapan berbanding dengan soal bayaran yang setimpal. Bagi saya isu bayaran lebih penting yang saya berikan kepada setiap produksi.
“Apabila saya meletakkan bayaran dahulu bukan pula bermakna saya mata duitan tetapi saya tidak akan terlibat dalam drama-drama yang hanya memberikan populariti tetapi membayar pelakonnya dengan murah.
“Sebagai pelakon ini realiti yang terpaksa dihadapi. Ada segelintir produksi menawarkan populariti tetapi bayarannya sangat kecil dan tidak berbaloi. Untuk tawaran begitu saya akan tolak terus," tegas Ayda.
Tambah pelakon yang berusia 22 tahun ini lagi, dia seboleh-bolehnya enggan menjadi mangsa. Soalnya, populariti bukan perkara yang perlu dikejar sebaliknya akan datang sendiri jika kena pada tempat dan masa.
Ditebak dengan soalan adakah Ayda Jebat terlalu demand, dia menafikan perkata tersebut. Cuma dia enggan menjadi hamba populariti sekiranya bayaran kepada titik peluhnya tidak setara dengan komitmen yang telah diberikan.
Baginya setiap pelakon mempunyai strategi masing-masing dan mereka juga mempunyai kehendak tersendiri.
Malah tegas Ayda, pelakon sepertinya juga layak dan berhak untuk dihargai.
|
|
|
|
|
|
|
|
suka dia sejak die berlakun rindu awk 200peratus |
|
|
|
|
|
|
|
apsal nampak muka dia mcm rosnah mat aris je |
|
|
|
|
|
|
| |
|