CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 6

10 Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

[Copy link]
Post time 20-8-2014 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Adakah anda tahu bahawa makanan berserat atau fiber membantu anda menguruskan badan?




Inilah masa yang anda perlu tahu! Kajian saintifik menunjukkan diet serat yang seimbang bukan sahaja untuk sistem pencernaan yang baik dan melancarkan pergerakan kumuh/tahi dalam usus besar manusia malah ianya juga membantu menurunkan berat badan!

Jadi pentingnya untuk anda memasukkan serat sebagai komponen diet anda sebagaimana memberikan kita rasa 'kenyang' dan paling penting, TIDAK menggemukkan.Berikut senarai sumber serat yang anda boleh cuba masukkan dalam diet harian anda.


1. Bran
Dedak gandum, dedak jagung contoh yang terbaik untk serat yang maksimum berbanding makanan lain. Ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi berbanding oat.


2. Kacang
Kacang rebus membekalkan kandungan serat yang agak tinggi. Secawang kacang pea sahaja membekalkan 8.8g serat.


3. Berries
Berri juga sumber terbaik membekalkan serat. Secawan berries boleh memberikan 8 ke 10 g serat untuk anda. Berries juga boleh dimakan mentah untuk kesan yang baik!


4. Cocoa
Banyak juga kajian menunjukkan coklat terutamanya dark coklat(mentah) memberikan kebaikan kepada kesihatan. Dark chocolate (coklat hitam) ini sumber iron dan potassium yang mantap selain hidangan sebanyak 100g boleh memberikan 33.2 g serat. Bagaimanapun, coklat yang bersusu yang tidak mengandungi serat yang mencukupi haruslah dielakkan.


5. Bijian
Kebaikan bijian ini tidak dapat dinafikan kerana  bijian/bijirin ini digunakan dalam setiap masakan dan roti untuk meningkatkan serat dalam makanan. Jadi tidak ada masalah untuk anda mendapatkan serat dalam diet anda.


6. Kekacang
Sumber kekacang seperti gajus, kacang tanah dan kacang almond merupakan sumber serat mudah yang boleh didapati di mana mana. 100g hidangan kacang almond sudah cukup membekalkan 12.2g serat. Apa tunggu lagi?


7. Sayuran
Sayuran kaya dengan iron dan juga serat. Pastikan makanan harian anda ada  sayuran untuk meningkatkan serat dalam pemakanan. Anda boleh cuba bayam atau lobak atau apa apa sahaja yang anda rasa itu sayuran tapi pastikan serat.


8. Artichoke
Artichok mengandungi serat, vitamin K dan folate. Ianya juga sumber vitamin C, magnesium, manganese dan potassium yang bagus.


9. Lentils
Kacang dalca atau dal contoh amat baik dalam memberikan sumber serat. 1 cawan lentils yang dimasak mengandungi 15.6g serat.


10. Herba
Mengandungi vitamin dan mineral yang banyak, herba yang dikeringkan ini juga sumber serat. Contoh kulit kayu manis memberikan 53.1g per 100g hidangan. Banyak bukan? Cuba untuk masukkan ramuan herba dalam masakan anda, anda tidak perlu khuatir lagi tentang serat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 03:35 PM | Show all posts
kalo nk gemuk pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 03:41 PM | Show all posts
DOUBLE7 posted on 20-8-2014 03:35 PM
kalo nk gemuk pulak...

makan burger
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 04:41 PM | Show all posts
piao posted on 20-8-2014 03:41 PM
makan burger

da try.. tapi xjalan jgk... mcm2 da makan tapi still xde effect...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
DOUBLE7 posted on 20-8-2014 03:35 PM
kalo nk gemuk pulak...

Ada yng nk kurus...ada yng nk gemuk...heheee....luumrah kehidupan.....tt boleh try set tmbh bert badan shaklee....ok sesngt tu....tp kena pilih penjual yng guide betul2 ttng cara makan...kalau tak...tak menjadilah kn...tt boleh je tanya dila sbb dilla pun sid jygak..terpulng kat tt lh k...hehee
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:52 AM | Show all posts
shahadilla posted on 20-8-2014 10:51 PM
Ada yng nk kurus...ada yng nk gemuk...heheee....luumrah kehidupan.....tt boleh try set tmbh bert b ...

ok ke...? dilla da try ke...? mcm mana kesan dia...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
DOUBLE7 posted on 21-8-2014 09:52 AM
ok ke...? dilla da try ke...? mcm mana kesan dia...?

Dilla tak de lh try...sebb berat dila normal..tapi kazen dilla ambil set tu..alhamdulillah...ada nmpak perubahan..perut memng lapar je...selera makan pun bertambah..memg berbaloi lh beli..puas hati..jadual yang dilla beri mesti ikut.....mesti berjaya punya...hihii...kazen yng beli kat dilla tu.pun masih mengejar target berat idaman...cehwahhh...hihii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.072554 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list