View: 2810|Reply: 12
|
Nasi Budget semurah RM2.90 di Kuala Terengganu
[Copy link]
|
|
- Safniza menunjukkan kain rentang yang dipamerkan di hadapan gerai Nasi Budgetnya di tepi jalan di Kuala Ibai
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
KUALA TERENGGANU - Prihatin terhadap kesan kenaikan harga barang dan makanan, sepasang suami isteri mengambil inisiatif membuka gerai menjual nasi berlauk dengan harga serendah RM2.90 sebungkus berdekatan kediaman mereka di Kuala Ibai.
Safniza Yusoff,
44
, berkata, pada mulanya idea menamakan Nasi Budget untuk nasi berlauk yang dijualnya itu dicetuskan suaminya, Mohamad Syafie Muda, 52, selepas melihat sebuah gerai sama yang menjual nasi dengan harga murah di Gong Badak.
“Sebenarnya, nasi berlauk dengan harga murah ini telah banyak dijual terutama jika berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan.
"Di sini pun ramai juga yang jual nasi berlauk dengan harga murah kerana kita faham kehendak pelanggan terutama mereka yang bekerja dan pelajar," katanya.
Menurut Safniza, kebanyakan pelanggan mereka dalam kalangan kakitangan awam dan swasta serta golongan pelajar.
"Kita faham mereka yang sibuk bekerja juga mahu berjimat kerana kedudukan ekonomi dan kos hidup yang tinggi masa kini,” katanya.
Katanya, dia dan suami membelanjakan hampir RM300 sebagai modal untuk membuka gerai Nasi Budgetnya yang baru beroperasi empat bulan sejak Mei lalu.
“Kami membelanjakan RM300 sebagai modal termasuk membeli peralatan menjual selain bahan mentah.
"Kami menetapkan harga RM2.90 bagi sebungkus nasi bersama lauk ayam, sayur timun, sambal belacan dan kuah kari," katanya.
Katanya, sebelum musim perayaan dahulu, jam 1.30 petang gerainya sudah ditutup kerana nasi yang dijual sudah habis.
Kini selepas musim perayaan jualan agak perlahan, bagaimanapun mereka masih menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
Safniza berkata, sebelum ini dia dan suami sahaja aktif menjual, kini dia mempunyai seorang pekerja untuk membantu menjual Nasi Budget itu.
“Saya pun tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang datang ramai dalam satu masa, sebab itulah ambil keputusan untuk mengambil pembantu.
“Dalam sehari, enam hingga tujuh ekor ayam dipotong 16 habis dijual. Biasanya saiz ayam untuk Nasi Budget ini agak kecil sedikit berbanding nasi berlauk yang dijual pada harga biasa,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
murahnya......kalau duk sana kn best,safe byk |
|
|
|
|
|
|
|
Sewa kedai tak payah dah,boleh lah jual murah....cuba sewa kedai dah rm3k sebulan |
|
|
|
|
|
|
|
hrp2 sedap la...
kekadang kalo murah sgt...rs ntah ape2...
aym berbau le...ns skit sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
pasar mlm, beli ayam goreng 2 ketol...rm10 gile babiks bek g mkn kepsi je..air dptx coslow dpt mash potatoes dpt..bun dpt... |
|
|
|
|
|
|
|
Harga makanan kat pasar mlm agak mahal skrg |
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 5-9-2014 07:19 AM
hrp2 sedap la...
kekadang kalo murah sgt...rs ntah ape2...
aym berbau le...ns skit sgt...
Eiii..paling tak suka makan ayam yg berbau...takleh telan
|
|
|
|
|
|
|
|
amirgo posted on 9-9-2014 06:34 PM
Eiii..paling tak suka makan ayam yg berbau...takleh telan
nk2 lg yg ade drh lg....eeeuuuuwwww
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti balik kg bole ler try.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu nok sedak makam tengah hari boleh try gi restoran mat binjai,sedap gop |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu nok sedak makam tengah hari boleh try gi restoran mat binjai,sedak gop |
|
|
|
|
|
|
|
Meh lah buka gerai kat Paka...Makanan mahal sgt sinim... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|