CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2479|Reply: 0

Chevrolet Malibu sedia berentap

[Copy link]
Post time 8-9-2014 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Chevrolet Malibu sedia berentap



Sejarah kewujudan model Malibu bermula lama dahulu sebelum pengenalan rasmi generasi kelapannya yang dilancarkan oleh Naza Quest Sdn Bhd untuk pasaran Malaysia Selasa lalu. Generasi pertama model ini mula diperkenalkan pada 1964, ditengah-tengah keghairahan era berkenaan terhadap kenderaan yang dikenali kini sebagai ‘muscle car’ Amerika.

Ketika itu, Malibu seperti terhasil daripada pertembungan reka bentuk kereta bersaiz besar dengan sentuhan sporty. Namun, pada 1966, model Chevelle SS meneruskan aspirasi sport berkenaan, manakala Malibu dikekalkan sebagai sebuah kereta yang lebih premium dalam kalangan barisan kenderaan yang di perkenalkan Chevrolet.

Merentasi waktu sehingga hari ini, Malibu berada di dalam generasinya yang ke-8, yang mula diperkenalkan untuk pasaran global sejak 2013. Setelah menanti untuk beberapa lama, Malibu akhirnya diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia minggu ini, dengan mencatatkan sejumlah 800 tempahan pra-pelancaran menurut pengedarnya.

Penambahbaikan drastik



Generasi terbaharu ini juga tidak lekang daripada perubahan drastik seperti disaksikan sejarah pada model terawalnya dahulu; hanya selepas 18 bulan diperkenalkan, Malibu di dalam penawaran terbaharu General Motors diberi perubahan ketara, dengan sentuhan lebih matang untuk mengekalkan daya saing dan penerimaan pasaran global terhadapnya.

Bagi pasaran Malaysia, Chevrolet Malibu yang dijual diimport dari Korea Selatan, dengan dilengkapi enjin 2.4 liter Ecotec. Walaupun terdapat beberapa pilihan enjin lain yang turut ditawarkan bagi model ini di pasaran lain dunia, Presiden, Operasi Asia Tenggara GM, Tim Zimmerman berpendapat bahawa penawaran berkenaan lebih praktikal untuk pasaran Malaysia.

“Sebelum menentukan spesifikasi yang paling sesuai untuk pasaran Malaysia, kami sudah menjalankan pelbagai kajian dan mendapatkan maklum balas pasaran untuk mengenalpasti model terbaik untuk pengguna di sini. Antara faktor yang diambil kira ialah kualiti petrol, permukaan dan reka bentuk jaringan jalan raya dan nilai untuk wang yang dibelanjakan bagi memiliki kenderaan dari segmen D di sini,” ujar Tim.

Enjin praktikal

Enjin berkenaan, tanpa teknologi desakan turbo, mampu menjana sejumlah 165hp dan 225Nm tork. “Dengan enjin 2.4 liter empat silinder ini, kuasa yang disalurkan akan lebih lancar dan bersahaja, menawarkan karektor pemanduan yang lebih elegan,” tambah Tim. Enjin Malibu dipadankan dengan sistem transmisi automatik 6-kelajuan dengan Shift Control.

Setakat ini, hanya satu varian ditawarkan, Chevrolet Malibu LTZ yang dijual pada harga RM153,888 (tanpa insurans). Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri inovatif, antaranya Remote Engine Start dengan PEPS (Passive Entry Push Start), sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) serta ciri keselamatan terbaik seperti empat beg udara, ESC, ABS dan sebagainya.

Malibu merupakan model ke-enam jenama Chevrolet yang diperkenalkan oleh pengedarnya untuk pasaran tempatan, selepas Captiva, Cruze, Colorado, Orlando dan Sonic. Menurut Ketua Pegawai Operasi Naza Quest Sdn Bhd, Norzahid Mohd Zahudi, Malibu menjadi model penting untuk jenama itu kerana ia model pertama yang dipertaruhkan bagi kenderaan segmen D di Malaysia yang secara tradisinya di dominasi oleh jenama Jepun.



SPESIFIKASI

Chevrolet Malibu LTZ

Enjin: 2.4 liter Ecotec, 4 silinder

Kuasa maksimum: 165hp @ 5,800rpm

Tork maksimum: 225Nm @ 4,600rpm

Transmisi: Automatik 6-kelajuan dengan Shift Control

Penggunaan minyak: 7.8L / 100km

Kapasiti tangki minyak: 73 liter

Keluasan kargo: 426 liter

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.648407 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list