CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2703|Reply: 4

Insurans kenderaan bermotor mungkin mahal disebabkan GST

[Copy link]
Post time 19-9-2014 10:49 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Petaling Jaya: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkemungkinan menjejaskan harga produk insurans pada masa depan kerana secara umumnya ia meningkatkan kos produk dan menurunkan margin dalam segmen kawalan tarif seperti insurans Motor dan Kebakaran.
[size=0.9em]Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (IIM) Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, perkara terbabit akan berlaku berikutan produk dan perkhidmatan disediakan syarikat insurans dipercayai dikecualikan daripada GST dan tidak layak bagi tuntutan kredit cukai input.
[size=0.9em]
“GST memang diakui akan menjejaskan sesetengah perkara dalam industri ini, namun ia perlu dilihat secara keseluruhan kerana cukai ini akan memberi manfaat kepada pengguna dalam tempoh jangka panjang,” katanya pada Konvensyen Ejen Insurans Am di sini, semalam.




[size=0.9em]Acara tahunan yang menghimpunkan ejen insurans am itu turut menyaksikan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Mark Lim.
[size=0.9em]
Mengulas lanjut mengenai impak GST terhadap insurans am, beliau berkata kos tuntutan bagi insurans dijangka menurun dalam satu tempoh masa tertentu selepas pelaksanaan GST, sekali gus membawa perubahan kepada statistik keseluruhan industri.
[size=0.9em]
“Sebagai contoh, tuntutan insurans kenderaan bermotor membabitkan dua perkara iaitu alat ganti dan buruh di mana apabila individu membayar tuntutan kepada pemilik bengkel maka mereka akan mengenakan caj cukai perkhidmatan pada kadar harga tetap.

[size=0.9em]“Melalui pelaksanaan GST, mereka boleh menuntut pembayaran balik melalui pulangan input cukai apabila membeli alat ganti daripada pemborong dan ia menyumbang kepada penurunan harga tuntutan secara keseluruhan,” katanya. Sementara itu, Ahmad Maslan berkata, kementerian tetap yakin bahawa sasaran minimum untuk mendaftarkan 123,00 syarikat di bawah sistem GST akan tercapai berdasarkan jumlah purata pendaftaran sebanyak 1,000 hingga 1,400 syarikat dalam tempoh satu hari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2014 11:57 PM | Show all posts
Bukan ahmad maslan kata gst akan turunkan harga barang ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:06 AM | Show all posts
Kenaikan tidak membebankan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 11:30 AM | Show all posts
Masih murah berbanding negara lain....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 02:53 PM | Show all posts
kalau tak suka, sila berambus dari negara ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.083222 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list