CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30609|Reply: 18

Kegemaran Suami Melancap Walau Isteri Di Sebelah.

[Copy link]
Post time 4-10-2014 10:21 AM | Show all posts |Read mode

SOALAN :
SAYA wanita berumur 27 tahun, sudah empat tahun berkahwin dan ada anak perempuan berumur tiga tahun. Saya dan suami berkahwin selepas tujuh tahun menyulam cinta. Dia suami yang baik dan penyayang.
Bagaimanapun, ketika hamil hidup saya mula tertekan selepas dapat tahu suami gemar beronani. Apabila dia menonton filem Hindustan wanita menari dan pakai pakaian seksi, dia beronani sehingga klimaks. Dia ingat saya tidak tahu. Sebenarnya saya tahu tapi mendiamkan diri kerana tidak mahu dia malu. Namun, saya akhirnya hilang sabar apabila dia masih teruskan tabiat itu di belakang saya.
Lama kelamaan perangai gila seks suami saya makin parah. Satu hari Allah sengaja nak tunjukkan pada saya. Suami sangka saya tidur ketika dia asyik menonton cerita Hindustan di televisyen. Saya lihat dia menyentuh kaca televisyen yang ketika itu menayang dada perempuan menari. Malah, dia juga menjilat dada perempuan dalam kaca televisyen itu.
Hancur luluh hati melihat suami bersikap gila seks begitu. Ketika itu umur anak kami setahun. Saya menasihatinya cara baik, tapi dia hanya diam dan senyum. Di belakang saya, dia masih melakukan perbuatan memalukan itu. Ketika anak berumur dua tahun, saya ulangi nasihat kepadanya dan memberitahu perbuatannya berdosa, namun dia masih melakukannya.
Kadangkala dia tidak melakukan hubungan kelamin bersama saya sehingga lebih sebulan, tetapi dia puaskan dirinya dengan onani dan berimaginasi mengenai wanita seksi yang ditontonnya dalam televisyen. Saya tidak sangka mendapat suami gila seks seperti ini.
Pernah satu hari dia tinggalkan saya di rumah kawan pada waktu malam dan pulang ke rumah. Ketika itu adik perempuan saya tinggal dengan saya. Selepas itu adik saya beritahu, suami saya bersikap lain macam dengannya. Tidak mahu perkara buruk berlaku, saya terus hantar adik saya pulang ke kampung. Ini kerana saya pernah lihat cara suami memandang adik saya dari bawah ke atas penuh bernafsu.
Ketika menulis surat ini, tangan saya menggigil dan hati saya hancur. Saya kini berubah menjadi pendiam, tapi suami tak pernah kisah.
Saya bangun malam untuk menunaikan solat tahajud dan berdoa semoga dia berubah. Saya pernah bertanya adakah dia tidak puas bersama saya dan sebab itulah dia suka beronani, tapi dia buat tidak tahu.
Kebelakangan ini dia suka merakam aksi perempuan tidak berbaju untuk disimpan dalam telefon bimbitnya. Mungkin mudah untuk dia beronani di luar rumah tanpa pengetahuan saya. Saya sudah letih dengan hal ini dan sangat tertekan.
Saya masih menghormatinya sebagai suami. Saya sanggup bekerja biarpun sebagai kuli demi meringankan beban suami yang gaji tidak seberapa. Saya juga beritahu suami, jika ada perempuan lain yang dia suka, kahwinlah. Saya reda jika Allah takdirkan saya hidup bermadu. Namun, saya tidak mahu bercerai kerana tidak rela anak saya hilang kasih sayang ayahnya.
Demi Allah, saya reda biar hati saya menderita asalkan anak bahagia. Saya tidak tahu apakah suami saya mampu berubah, cuma saya harap dia bertaubat sebelum sakaratul maut. Saya ubah rambut, jaga kesihatan dan berat badan. Saya sentiasa mencantikkan diri dengan alat solek dan melakukan diet senaman, tapi saya rasa seperti sia-sia.
JAWAPAN:
*Apabila sampai ke tahap menjilat kaca televisyen yang memaparkan perempuan seksi dan lebih sebulan tidak meniduri isteri, sebaliknya nafsu dipuaskan dengan beronani, saya berpendapat suami puan termasuk dalam kategori berpenyakit atau orang sakit.
Puan, orang sakit perlu dibawa berjumpa doktor pakar yang mampu mengubatnya.
Mungkin, pakar sakit tuan seperti Dr Ismail Thambi paling sesuai untuk puan dan suami jumpa atau hubungi bagi mendapatkan nasihat. Atau mungkin juga suami puan boleh dirujuk kepada pakar psikologi kerana masalah dicetuskannya ada kaitan dengan masalah jiwa dan mental.
Bagaimanapun, saya percaya besar kemungkinan suami puan keberatan berbuat demikian.
Biasalah, orang yang sakit mental biasanya tidak mengaku mereka menghidap penyakit itu. Jika betul telahan saya, puan jangan kecewa, sebaliknya tidak salah jika puan pergi berjumpa pakar itu bersendirian kerana sekurang-kurangnya ada nasihat yang boleh puan gunakan untuk berdepan suami.
Saya bukan pakar dalam bidang ini, justeru saya minta maaf kerana tidak dapat banyak membantu puan. Lagipun saya bimbang, memberi nasihat salah pasti memburukkan lagi keadaan.
Bagaimanapun, tidak salah rasanya untuk saya sekadar menasihatkan puan supaya tabah, banyak bersabar dan jangan berterusan menyimpan persepsi buruk terhadap suami. Saya akui, masalah dicetuskannya memang mengecewakan puan sebagai isteri.
Sudah lumrah, isteri manapun pasti berperasaan seperti puan jika suami mereka bersikap seperti suami puan. Cuma, puan perlu rasional dan tidak boleh terburu-buru. Sebab itu saya mahu puan melihat masalah suami sebagai satu penyakit.
Dengan berpandangan begitu, sekurang-kurangnya puan faham dia perlukan bantuan dan rawatan. Saya puji sikap puan yang masih melayan dan menghormatinya sebagai suami. Ya, begitulah seharusnya dan teruslah dengan tindakan terpuji itu sambil berusaha memastikan suami puan mendapat rawatan pakar.
Saya juga tidak mahu puan menganggap usaha puan mengubah gaya rambut, jaga berat badan dan mencantikkan sebagai sia-sia. Percayalah, jika itu tidak puan lakukan, masalah mungkin menjadi lebih rumit. Jangan lupa, isteri mencantikkan diri untuk kegembiraan suami adalah perkara yang digalakkan Islam.
Melakukannya dengan ikhlas, insya-Allah puan mendapat pahala. Jadi, ia bukan perbuatan sia-sia. Akhir sekali, pada pandangan saya yang kurang arif dalam hal hubungan seksual dan masalah mental ini, masalah kurang komunikasi mungkin menjadi antara punca suami puan berperangai seperti gila seks dan bersikap dingin terhadap puan. Maksud saya, memang resam orang Melayu menganggap seks sebagai perkara sensitif dan tidak boleh dibual atau dibincangkan, biarpun antara suami isteri.
Sedangkan antara keperluan untuk pasangan suami isteri mencapai kepuasan maksimum dalam melakukan hubungan seks ialah belaian dan perbualan romantik, selain berterus-terang mengenai ‘apa yang lebih dan apa yang kurang’. Nyata situasi itu tidak berlaku pada puan kerana bila puan bertanya suami adakah dia tidak puas melakukan hubungan seks dengan puan, dia hanya buat tidak tahu.
Oleh itu, memandangkan suami puan agak pasif dan bersikap tertutup dalam membicarakan soal seks, puan perlu memainkan peranan lebih dominan untuk mengubah sikapnya dengan cara sering mengajaknya berbual mengenai hubungan seks anda berdua.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2014 10:50 AM | Show all posts
gile lah.....kenapa org camni pun ada ek.. tengok hindustan pun leh jadi sangap
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 05:02 PM | Show all posts
Lokkk hindustan je pun..mmg tahap parah dah ni! Sian pn bini
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 02:57 PM | Show all posts
Ini dah kes parahh, isteri pun tak boleh nak tolong...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 11:15 PM | Show all posts
sehingga menjilat tv

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 04:44 PM | Show all posts
ohh tidak mengapa sebegini rupa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2015 01:47 PM | Show all posts
ada yg halal, tidak di jamah..tv berdebu tu yg dijilatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 02:13 PM | Show all posts
tabah yer kak...setiap yg berlaku pasti ade jln penyelesaian dan pasti ade hikmahnye...








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2015 06:59 PM | Show all posts
tak terkata
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhfhhh...
Sakit mental ni.



Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
biggirlduncry replied at 10-2-2015 01:47 PM
ada yg halal, tidak di jamah..tv berdebu tu yg dijilatnya..

Hahahahahaaa...

Itu la pasal...
Apasal la lidah dia xkena karen
Mase dok sedap jilat kaca telebisen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 06:26 PM | Show all posts
pehhhh part jilat tv tu yg xtahan tu

haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 01:55 PM | Show all posts
aku nak reply yang statement dekat picture je...kenapa suami suka melancap walaupun isteri di sebelah...

nak tanya satu benda je, kalau isteri di sebalah tapi kalau 100x suami mintak nak beromen hanya 10x dapat..5x kena paksa...lepas tu malas nak melayan walaupun tgh main...agaknya suami tu tak kembali ke tabiat melancap sebelum kawin...

dalam thread tu mmg suami tu salah kalau sampai thap nak try adik...tapi kalau tgk suami tu kembali melancap dan sebagainya cuba tanya diri sendiri dulu macam mana layanan batin isteri pada suami
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
hantu90 replied at 15-9-2019 12:55 PM
aku nak reply yang statement dekat picture je...kenapa suami suka melancap walaupun isteri di sebela ...

Hehehehe dah dia dpat suami nafsu seks tinggi, dia kena pandai layan la. Klau tak larat nk ngeseks, bg la hasben melancap dn bantu sama2 fantasi sama2. Kalau xlarat jugak, bg je hasben kahwin lg.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 01:15 AM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Cerita pasal diri sendiri ka...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mustahil nak berubah kalau dah sampai tahap ni... Pilihanbdi tangan pasangan, nk tunggu or keluar dari dunia gila tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:13 AM | Show all posts
dah 10 tahun, apa dah jadi dgn dia sekarang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.410909 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list