View: 23634|Reply: 126
|
Pengalaman kena buli - jom kongsi
[Copy link]
|
|
Kalau dah ada thread ni mohon katup ya.
makin menjadi plak kes buli sekarang.. Perubahan sikap atau teknologi yang banyak mendedahkan kita pada isu ini. Zaman dulu2 rasanya mesti ada gak kes buli tapi sebab takde hp, cctv maka tak de la terdedah n tersebar seperti sekarang. Macam masuk asrama, kompem2 kena buli dgn senior. Cuma tahap keparahan dan kekejaman saja yang berbeza.. Dan buli bukan sahaja dari segi fizikal..mental pun akan memberi impak besar dalam tumbesaran seorang mangsa buli.
aku dulu masuk asrama penuh start form 1 (aku pompuan hokay). Tak de la kena buli fizikal. Tapi banyak kepada mental.. Cultural shock pun ya.. Dan ada insiden2 yg masih berbekas dalam hati sampai hari ini. Tekanan aku daripada pelajar lelaki.. Buku2 aku pantang ada tertinggal kat meja, mesti kena conteng .. Ada skali malaun mana letak gula2 getah (yg dah kunyah la) bwh meja aku..bila kita duduk dan lutut tekena bhgn bawah meja, habis melekat kat kain.. Kadang2 buku aku hilang n ada nota kalau nak balik kena jumpa aka dating (??? Kecik2 dh pandai ajak dating??)... Yang paling aku tak tahan ialah masa outing, masa tu mak bapak boleh amik student bw balik or keluar. Tapi tak boleh bawa masuk keta ke kawasan asrama ( macam zaman dulu byk sgt keta).. So utk keluar ke gate tempat mak pak menunggu, aku terpaksa melintasi 2 blok asrama lelaki di mana setiap langkah aku beroda semoga aku jadi halimunan... Mengkala nampak je kelibat pelajar pompuan (xsemua) akan kedengaran jeritan2 mcm2 n panggilan yang membuat aku teramat la malu.. Andaikata tuhan makbulkan doa aku ketika n saat itu, harus la 2 blok tu jadik kandang dgn isi nya menjadi monyet.. Lama2 aku tak tahan dgn environment gitu, hari2 aku minta bapak kluar dari sekolah tu..masa tu mana la ada sesi kaunseling semua.. Sampai kan setiap kali balik umah weekend, bila nk balik semula asrama aku jadi nervous breakdown, menggigil...takut n tak keruan...tapi pendam sorang2 la kan..sampai la aku tak bagi anak2 aku g asrama.. Fobia tak hilang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kain kosong harus dicorakkan ikut dgn penyesuaian permintaan pelanggan2. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah rendah, darjah 3 - ade senior slalu makan bekal aku. Die tinggalkan 1/3 je kat aku. Last2 tak bawak bekal dah
Sekolah menengah, form 2 - penah kene lempang dengan senior (alasan die sebab muke aku jambu). siot je. name die Azman (name sebenar). muke memang aku ingat la. sampai harini aku dendam kot. menangis aku time tu. merah pipi. hehehe Last edited by sham-xv1986 on 9-11-2014 01:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
SoalanSaya posted on 9-11-2014 01:42 AM
Kain kosong harus dicorakkan ikut dgn penyesuaian permintaan pelanggan2.
Errr soalan saya kepada inche 'soalansaya'.. Apa maksud statement u tu.. Tak berapa nak hadam utk dipikirkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
adik beradik kroit semua kena buli
5 orang semuanya, 2 lelaki, 3 perempuan. sekolah harian biasa je kut. sedih bila teringat balik..
Abang kroit: SMK, kejadian 1 - kena belasah dengan senior pengawas.
Kami datang lewat ke sekolah, naik motor, masuk pintu pagar belakang la jawabnya. Kena tulis nama, akak pengawas catit. Bila kami beritahu sebab lewat, dia tak percaya. Abang kroit bengang la, nanti dia cakap sendiri dengan cikgu.. Tapi akak pengawas tak guna tu, tak faham bahasa, dia ingat abang kroit kurang ajar, cabar dia. Dia ngadu kat pengawas senior yang lain, form 5 semuanya. Waktu balik, dia kena panggil naik tingkat paling atas sekolah, sebab dah kosong, takde sape. Dia kena pukul, tendang oleh beberapa kononnya pengawas yang nak ajar supaya respect senior. Along tak bagitau sesape pasal benda ni, mengadu kat cikgu, cikgu akan tutup mulut, buat bodo takde apa, protect pengawas, gile ke hape. Bagitau parent pun tak guna jugak, parent kami sangatlah tradisional. Kalau benda kecik tu mengadu, alamatnya balik rumah pun kena libas jugak nanti. Maka kami pendam je.. Aku dendam dengan semua pengawas-pengawas tu.
Kejadian 2: Kena fitnah sampai terpaksa report polis.
Abang kroit ni dulu athlete sekolah, lari pecut, so famous la. Ade budak mana tak puas hati, fitnah dia, tuduh abang cakap certain particular someone as BODOH.. Padahal abang kroit tak kenal pun budak2 ni. Kenal muka, nama & kelas mana jelah, tapi tak berkawan pun sebab diorang samseng. Akhirnya, masa abang gi toilet, budak2 ni melepak ramai2 isap rokok. Diorang kepung abang kroit, tumbuk muka, perut, hantuk kepala kat dinding, abang terus lari keluar straight ke bilik guru kaunseling. Dia percayakan cikgu kaunseling ni sorang je, cikgu2 lain tak nak masuk campur urusan pelajar. Agak menyedihkan jugak la..
Pergi kantin lagi tak selamat, diorang ramai, so abang menyorok dekat bilik guru atau bilik kaunseling je.
Jadi makin parah bila satu hari, kitorang nak balik, motor parking belakang sekolah macam biasa. Sampainya di motor, kami kena kepung oleh beberapa belas-puluh samseng-samseng ni yang nak pukul abang. Kunci kat tangan kena rampas. Kroit waktu tu umo 15 tahun, abang 17 tahun.. form 3 dan form 5. Kroit menggigil kaki, tak bergerak, tak bercakap. Along cuba explain dan merayu kat diorang yang dia tak bersalah.. Diorang gelakkan dia ramai-ramai, lepas tu mula aksi tolak-menolak. (Sorang tolak along kuat-kuat, lepas tu ramai2 tolak dia, macam bola dibuatnya. Kroit ingat lagi mata along waktu tu, bila pandang kroit, merayu minta tolong. Tapi kroit membatu sebab terkejut dan takut sangat, sampai sekarang rasa bersalah sebab tak mampu buat apa-apa waktu tu.) Diorang cuba tolak kroit, tapi kroit tak berganjak langsung, takut punya pasal.
Tiba-tiba sorang menjerit, "Wei, bawak parang kat motor aku tu! Parang! Parang!", kami pucat. Along dah berlinang air mata, macam nak menangis, takut. Lepas tu diorang gelakkan kami lagi, acah kononnya. Diorang nak balik awal hari tu, hari lain diorang parang kitorang, lepas tu semua bersurai. Kunci motor diorang baling kat kitorang.. Along amik kunci motor, diam membisu, kroit kat belakang pun terdiam takut, gigil tak hilang lagi, pecut balik rumah.
Keesokan harinya, diorang berkumpul kat pagar belakang sekolah macam biasa. Along pesan kat kroit supaya bawak motor balik hari tu, dia balik tumpang kawan dia. Masa balik tu, Tuhan jelah yang tau betapa takutnya hati. Dah la sorang, diorang ramai. Masa ramai-ramai jalan nak balik tu, kroit sorok belakang students lain, pergi kat motor, reverse, start terus pecut balik rumah.. Diorang terkejut tengok kroit, baru perasan, menjerit, " P*****k punye budak!". Kroit tak pandang belakang, terus balik rumah.
Balik rumah, along tengah bercakap dengan abah. Akhirnya, decide terus buat report polis, abah tak mau jumpa cikgu. (Dah biasa kes buli kat sekolah kitorang ni, cikgu pandang sebelah mata). Lepas report baru maklumkan kat sekolah. Barulah budak-budak tu tak kacau kitorang physically, tapi barang sekolah, kerusi meja, beg, sabotage motor, jangan cakaplah.. Along suffered the heaviest, physically, then verbally, mentally & emotionally bullied. SPM hancur, tak boleh fokus langsung. Kesian dia..
Kroit pulak, selepas dilantik jadi pengawas sekolah, budak2 buli ni tak leh sentuh. Tapi still kena verbal bullying la, tak kisah pun, tak amik port, buat2 tak dengar. Kroit berdoa dan berserah kat Allah, bila budak-budak ni dekat, kroit baca al-Fatihah dan ayat Qursi. Terkumat-kamit mulut depan budak-budak ni. Motor habis kena sabotage, wayar kena tanggal, pecah sana-sini, ekzos kena sumbat. Selalu pulak tu..
But unfortunately, adik-adik perempuan kami pula yang jadi mangsa seterusnya..
Bila adik naik sekolah menengah, ada budak2 perempuan lain yang dengki kat dia sebab dia tu cantik. (Tak paham aku budak2 perempuan ni).
Barang-barang sekolah dia selalu hilang, kerusi meja hilang kena amik, buku teks, buku tulis, buku latihan, bersepah atas lantai sebelah beg, penuh dengan kesan tapak kaki kena pijak.. kotor habis.. Kat rumah, dia selalu menangis dalam bilik. Kadang-kadang, adik2 kecik habis ditengking-tengkingnya, stress sangat. Dia ada lagi kena buli dek budak-budak jahat tu, tapi dia tak bagitau kami, tak nak besarkan cerita. Kroit sangat sedih, sebagai abang, tak mampu nak protect adik sendiri. Rasa tak berdaya sangat, rasa lemah. Alhamdulillah, SPM dia ok, 5A.. Tapi bila masuk SPTM, sekolah lain, lain kes pulak.. STPM dia hancur lebur, fail.
Adik kroit yang seterusnya ni,
bila masuk sekolah menengah, musuh-musuh kakaknya cari dia jugak. Kacau-kacau dia, tapi tak teruk sangat. Selain daripada tu, kroit tak tau, dia pun tak cerita semua, pendam jugak. Dia pun dilantik jadi pengawas, so physical bullying takde lah. Sekarang ni tengah exam SPM.
Adik bongsu kroit, waktu ni umo 10 tahun.
masa sekolah rendah, balik rumah je terus makan, lapar sangat. Sampai mak selalu tanya, kat sekolah tak makan ke? Adik diam je..
Sampai satu tahap, adik asyik mintak nak duit lebih pegi sekolah, mak tanya buat apa? Cikgu suruh beli buku.. Tapi dekat setiap hari mintak beli buku, buat apa?
Lepas tu dia makin murung, moody, selalu marah-marah, termenung, tak ceria macam dulu. Keputusan exam merosot, dapat nombor corot, of course la parent kroit melenting, tapi dia macam tak kisah.. Nak marah-marah lah, nak pukul-pukul lah. Kami satu family jadi pelik dengan perubahan adik.
Dah la abang & kakaknya kena buli kat sekolah menengah, rupanya dia kat sekolah rendah pun sama jugak..
Akhirnya, lepas kena soal desak siasat oleh mak. (Yang melibatkan high volume, high pitch and high hostility) adik pun mengaku dengan titisan air mata berjuraian, teresak-esak sampai tak boleh nak bercakap budak tu. Kat sekolah ada budak perempuan darjah 5 ni, waktu rehat dia akan cari adik, tarik tangan adik dan suruh adik bayarkan makan minum dia. Dia ugut adik supaya tak bagitau sape-sape. Adik berlapar kat sekolah, kalau bawak bekal pun, dia still kena bagi duit kat budak tu, kurang ajar sungguh. Besoknya, mak pegi sekolah, mengadu kat cikgu dulu. Then, waktu rehat macam biasalah, sekolah rendah parent boleh masuk, mak tunggu adik, tunggu budak tu. Caught red handed, mak nampak je budak tu tarik tangan adik, terus kena marah. Menangis la budak tak guna tu di situ. Mak pulak bagi warning kat dia, jangan dekat dengan adik. Lepas tu baru reda.
tapikan.. kalau nak dibandingkan dengan kes-kes budak lain waktu sekolah dulu, kes adik-beradik kroit ni kira tak teruk sangat. Tapi effect dia teruk lah, sampai sekarang ada perasaan takut, benci tu.. Kroit pernah tengok budak-budak kelas hujung, berkumpul dan belasah budak ni, tumbuk dan tendang sambil bergelak ketawa. Budak tu menangis merayu-rayu, tapi tak diendahkan.. Sedih sangat..
Bukan setakat budak lelaki je, gangster budak perempuan pun ramai dulu, diorang selalu berkumpul, buli budak-budak perempuan lain.. Bila nampak ada budak perempuan menangis, mata merah, baju koyak, tudung habis serabai, rambut terkeluar sikit, berjalan balik kelas, faham-faham je lah, kena pukul la tu..
Ini traditional bullying, sekarang ni kes buli makin complex, dengan kemudahan internet, smartphone bagai. Cyber-bully semakin menjadi-jadi..
Last edited by kroit92 on 9-11-2014 05:16 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 posted on 9-11-2014 05:15 AM
adik beradik kroit semua kena buli
5 orang semuanya, 2 lelaki, 3 perempuan. sekolah harian bias ...
eh eh eh apesal pelik sgt sekolah kamu tuh
kt belah mn? cebgtau skit
|
|
|
|
|
|
|
|
sepuluhsepuluh posted on 9-11-2014 07:07 AM
eh eh eh apesal pelik sgt sekolah kamu tuh
kt belah mn? cebgtau skit
Haah kann....
Aku tak pernah kena buli...tak tau pun buli tu wujud...masa aku masuk boarding school pun mgu suaikenal senior srmua baik-baik....tak de pun suruh buat apa-apa..
Sbb tu aku terkejut brbudak skrg ni kena buli... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun cikgu tau. Cg biasa je. Tp heran bila cg x take action bila ada kes buli mcm ni. Skolah aku tu tak kira la pengawas ke student biasa ke kalau buat salah akan di announce dlm perhimpunan. So, budak2 jadi rapat. Yg senior tak le buli junior. Mcm tu lah. Ada sekali tu budak darjah 2 komplen ada budak darjah 4 hari2 mintak duit seringgit kat dia. Kalau dia x bagi, budak tu rampas je dr tgn dia. Masa tu budak curi tu x lari jauh lagi. So, yg darjah 2 ni tunjuk la budak tu. Aku kejar satu sekolah. Last2 dia masuk kelas. Rupanya ada cg dlm kelas. Dia bg alasan nak pegi tandas. Cg nya kata patut la lama sgt pegi tandas, nak pegi kutip duit dr budak kecik. Dia x ngaku mula2. Last2 dia kata nak pinjam je. Geram betul aku. Kecik2 dah menipu. Aku hantar kat cg disiplin. Kdg2 bila dah sampai kat cg disiplin ni, dorang akan dibagi peluang lagi. Pastu lepas lah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kat asrama.. lagi best .. masuk tingkatan 1 duk asrama.. masuk2 senior panggil .. nak soh basuh kain etc.. pergghh .. aku dari kecik dah meme keras kepala .. sorry ahh dude nak soh aku buat.. aku buat bodoo jer.. yerp setuju aku ade kena belasah.. aku meme kena belasah teruk ekk dgn senior2.. tapi dapat gak senior yang lain merasa sedas dua dari aku maklumlah royal rumble.. after that aku mark sekor3.. hermm silap arr... aku pakat dgn sedara2 aku yang kat luar.. mase habis sekolah depa lepak luar pasai awaek banyak tunggu bas kat luar.. apa lagi kasi kekah lah.. sekor2.... hahahaha.... ader yang nak tunjun berani bila ramai .. kunun nak repeat lah .. dalam asrama balik.. sok nyer aku strike back.. nak make sure shit does not happen twice arrhh... jadik kes polis.. gak .. but mati kat situ jer kes.. tuh just dapat a reminder..
pada pendapat aku arr.. bagi anak2 nih belajar seni bela diri cam teakwando, silat or any thing di mana ia akan membina semangat percaya dgn diri sindiri pada anak2.. dan secara tak langsung akan mendidik anak2 kita nih macam mana nak survive.
kalu tak sekarang takan nak bila besar nanti depa nak ngadap mende2 nih .. maksud aku cabaran dalam hidup..
Last edited by hydrocloric on 8-11-2014 05:57 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
katak hijau posted on 9-11-2014 08:47 AM
Aku pun cikgu tau. Cg biasa je. Tp heran bila cg x take action bila ada kes buli mcm ni. Skolah aku ...
Tu lah...
Aku rasa budak yg kena buli ni yg buat assumption klu report kat cikgu ke memang cikgu diamkn aje...
Sbb tu makin hari makin parah sbb cikgu tak tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
sape yg kaki buli ni. kurang kaseh syg
|
|
|
|
|
|
|
|
sham-xv1986 posted on 9-11-2014 01:47 AM
Sekolah rendah, darjah 3 - ade senior slalu makan bekal aku. Die tinggalkan 1/3 je kat aku. Last2 ta ...
Ksian ko.. Kongajar punya azman.. Nasihat aku ko jgn skali-kali ko lupa muka azman tuh haha...
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak jumpa kaki buli aku dulu.. kalo x berubah nak bagi penumbuk orang dewasa pula.. makin dewasa pemikiran dah makin membina jadi apa salahnya.. pengenalan sepenumbuk dua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mase masuk hostel dulu kt university..ada la konon senior nk hidupkan budaya ragging.. Mula nk tjk kuasa gitu.. Tp sb semua da besar kitorg buat bodo je..
Senior ada buat peraturan.. Tak bole balik lewat ke hostel.pkl 11 mlm da balik sb ekoran kejadian ada junior2 yg balik lewat mabuk2 dari clubbing..
Tp nk jdkan cite.. Kitorg dpt kantoikan senior tu yg balik lewat gi clubbing..apelg weols kunci pintu semua hostel..padan muka kau.pastu repot pengurusan hostel..kene buang senior bodoh ittewww.. Last edited by poison_paradise on 9-11-2014 12:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dewa19XKangen posted on 9-11-2014 11:48 AM
teringin nak jumpa kaki buli aku dulu.. kalo x berubah nak bagi penumbuk orang dewasa pula.. makin d ...
Ya la dewa.. Tapi aku rasa dia org ni malu sendiri kot dengan prangai firaun dia dulu.. Aku mmg puas hati n syukur skarang tuhan bagi rezeki kedudukan sosial yg agak baik n now tgh plan nk buat phd.. Yg mana kaki buli jantan yg tak brapa nk menjadi tu harap2 dia org sedar la dunia tu bolat .. Ko boleh tegolek ke atas dn ke bawah.. Kdg hati jahat aku berkata jugak biarla anak2 dia org merasa dibuli pulak.. Karma okayy...
|
|
|
|
|
|
|
|
hydrocloric posted on 9-11-2014 08:54 AM
aku kat asrama.. lagi best .. masuk tingkatan 1 duk asrama.. masuk2 senior panggil .. nak soh basuh ...
Tererist ko hydro.. Aku respek dgn ko.. Dulu aku slalu doa kalau aku ada koser psikik tu, skali tenung biar terbogel n terbakar derang semua... N knapa la bapak aku tak kasi aku masuk kelab silat kat sekolah rendah dulu.. Aku mmg nak sgttt2... Tapi bapak ckp org pompuan tak elok bersilat tekangkang2 semua.. Haihhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
poison_paradise posted on 9-11-2014 12:16 PM
Mase masuk hostel dulu kt university..ada la konon senior nk hidupkan budaya ragging.. Mula nk tjk k ...
Padan muka senior poyo ko tu poison..
|
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 posted on 9-11-2014 05:15 AM
adik beradik kroit semua kena buli
5 orang semuanya, 2 lelaki, 3 perempuan. sekolah harian bias ...
Tragisnya kes ko kroit.. Aku harap ko n adik badik ko dh bebas trauma buli tu semua
|
|
|
|
|
|
|
|
katak hijau posted on 9-11-2014 08:47 AM
Aku pun cikgu tau. Cg biasa je. Tp heran bila cg x take action bila ada kes buli mcm ni. Skolah aku ...
Katak.. Aku dapat tau ada kejadian mencuri di sekolah agama baru2 ni.. Dpt tangkap bdk tu tapi cikgu sendiri yg bagi kuasa utk budak2 pukul dulu.. Tak adil la mcm tu .. Ni pun salah satu faktor menggalakkan penyelesaian melalui belasahan..
|
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 posted on 9-11-2014 05:15 AM
adik beradik kroit semua kena buli
5 orang semuanya, 2 lelaki, 3 perempuan. sekolah harian bias ...
Fuh..truknye budak2 yg buli kroit n ur siblings tuh...aku xdpt bygkn if aku berada kt tmpt kroit..harus aku bgthu mak ayah aku nk minx tuka skola |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|