CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1394|Reply: 0

Menghamil dan bersalin bersama 7 bomb!

[Copy link]
Post time 15-11-2014 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Pengalaman kehamilan Puan Lim memang merupakan satu pengalaman yang mendebarkan dan berbahaya.

Encik Lim dan isterinya yang berusia 38 tahun baru berkahwin 1 tahun dan atas sebab mereka berdua-dua telah lewat usia, jadi menggegaskan usaha dalam kehamilan. Pada masa yang sama, pasangan itu juga membuat banyak pemeriksaan yang berkenaan dengan kesuburan. Malangnya, imbasan ultrabunyi Puan Lim didiagnosis terdapat fibroid dalaman dan luaran rahim. 2 biji tertumbuh dalam dinding rahim dan 5 biji di luar rahim yang mana berukuran saiz antara 1.5cm dan 7cm. Saiz fibroid yang terbesar adalah sebesar dengan saiz rahim dan terlekat di luar lapisan rahim.


Selain daripada imbasan ultrabunyi, Puan Lim juga menjalankan ujian hormon dan indeks LH adalah 10.2MIU/ML, FSH adalah 7.3MIU/ML. Sekiranya berpandukan dengan darjah biasa kehamilan alami di hospital, ia memang menyesuaikan. Tetapi mengikut pengalaman klinikal saya yang banyak tahun ini, kedua-dua indeks ini kurang ideal terutamanya indeks LH,ia mengambarkan proses ovulasi dan ovum kurang berkualiti yang mana akan menjejaskan peluang kehamilan.


Sebulan sebelum mereka membuat pembedahan pembuangan fibroid, berita kehamilan disampaikan. Kerisauan bersarang di minda saya apabila diberitahui Puan Lim berjaya hamil yang mana 7 biji fibroid masih terdapat dalam badannya. Ini memang berbahaya dan berisiko keguguran atau perkembangan janin terbantut.

untuk keterangan lanjut, sila layari laman web ini...
https://www.facebook.com/notes/l ... omb/844933202218531
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.052281 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list