CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1888|Reply: 1

Amerika iktiraf kebaikan berkhatan

[Copy link]
Post time 6-12-2014 06:00 PM | Show all posts |Read mode
NEW YORK 5 Dis. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali mengiktiraf kebaikan berkhatan berbanding risiko, yang bakal dialami lelaki yang melaksanakan prosedur membuang kulit zakar.
Pusat bagi Pencegahan dan Kawasan Penyakit (CDC) yang mengeluarkan draf garis panduan selepas membuat kajian selama tujuh tahun di Afrika berkaitan berkhatan, sekali gus bakal mengetepikan tanggapan sesetengah lelaki Amerika yang mendakwa amalan tersebut boleh menjejaskan kepuasan seks mereka.
Sumber Mail Online memetik CDC sebagai berkata, berkhatan boleh mengurangkan risiko lelaki mendapat penyakit bawaan seksual, barah zakar, jangkitan pada saluran kencing serta menghalang penyebaran virus AIDS.
“Manfaat berkhatan bagi lelaki menjadi semakin jelas sejak lebih 10 tahun lalu,’’ kata Dr. Aaron Tobian, seorang penyelidik dari Universiti John Hopkins yang terlibat dalam kajian di Afrika itu.
Tobian berkata, garis panduan itu disifatkan penting selepas kadar kelahiran bayi lelaki yang berkhatan sedang menunjukkan penurunan.
Menurut garis panduan itu, berkhatan lebih selamat bagi bayi lelaki yang baru lahir dan kanak-kanak, berbanding lelaki dewasa, dengan mengandaikan kadar komplikasi akan meningkat daripada 0.5 peratus bagi bayi sehingga sembilan peratus bagi kanak-kanak berusia setahun sehingga sembilan tahun.
Menurut CDC, terdapat bukti kuat menunjukkan bahawa risiko lelaki berkhatan untuk mendapat HIV daripada wanita yang dijangkiti penyakit itu adalah hanya pada kadar antara 50 dan 60 peratus.
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko jangkitan genital; HPV (virus Papilloma) kepada 30 peratus; jangkitan saluran kencing semasa peringkat awal dan barah zakar.
Bagaimanapun, kajian itu tidak menunjukkan berkhatan akan mengurangkan risiko lelaki yang menghidap HIV daripada menyebarkan virus itu kepada wanita termasuk pasangan gay.
Garis panduan itu yang akan dibahaskan bagi membolehkan orang ramai mengemukakan pendapat mereka dalam tempoh 40 hari dijangka mendapat tentangan daripada kumpulan antiberkhatan.

- Utusan Melayu 5 Disember 2014-


Last edited by adekhairz on 6-12-2014 06:02 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 11:04 PM | Show all posts
isu bagi Negara barat pasal lelaki berkhatan ialah kos nyer sebab di NHS akan ditnaggung oleh kerajaan UK.
juga, ada lah small surgical risk and infection risks tetapi ini tetp risiko.
lebih lebih lagi bila Human Rights group kata boys ni tak boleh nak consent atau refuse sbb parents depa yg request.
apa lagi bila ada sedikit berbau keagamaan; cepat je lah depa tak nak galakkan.
di german dan some parts of EU, depa tak mau buat dah kecualilah ada medical indications for it.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045400 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list