|
Penghidap Anemia defisiensi zat besi yang serius akan mempengaruhi fungsi ovari sebelum hamil malah berkemungkinan mengakibatkan ketaksuburan atau keguguran. Ini disebabkan kekurangan zai besi akan menurunkan pengeluaran hormon progesterone yang mana sejenis hormone yang penting dalam kehamilan.
Sebahagian penghidap Anemia pula akan terjadi keguguran berulang atau kematian janin dalam rahim. Tambahan pula, segolongan penghidap pula akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur,muka pucat,badan lemah,kesejukan,kerap buang air kencing dan gejala-gejala lain.
Dari segi perubatan Cina, seseorang wanita akan menghadapi masalah ketaksuburan sekiranya mengalami Anemia dalam jangka masa panjang.
Anemia yang serius akibat daripada kekurangan darah yang mana ia akan memberi kesan buruk kepada fungsi ginjal. Kegagalan fungsi ginjal merupakan salah satu punca kepada berlakunya keguguran berulang dan ketaksuburan.Anemia ringan tidak akan menimbulkan gejala yang ketara dan tidak mempengaruhi kesihatan,jadi majoriti kaum wanita tidak mengambil berat mengenai masalah ini walaupun menyedari akan sendiri mengalami Anemia.
Namun demikian,bagi golongan wanita yang ingin hamil, mereka disarankan supaya merawat anemia sebelum merancang kehamilan. penyakit anemia bukan sahaja mengakibatkan masalah ketaksuburan, bahkan juga membawa kesan negatif dalam selama waktu kehamilan,contohnya ibu hamil berisiko tinggi dalam mengalami keguguran,dan juga kesan komplikasi seperti kelahiran bayi kecacatan mental.Dalam pendek kata,memelihara kesihatan badan yang sihat sebelum hamil demi melahirkan bayi yang sihat dan pintar.
Pengumuman: Pada hari Khamis, kami akan bincang ke tahap manakah penyakit Anemia akan menjejaskan ibu hamil dan fetus di dalam rahimnya. Jumpa Lagi.
Untuk maklumat mengenai ketidaksuburan yang lanjut, sila layari https://www.facebook.com/notes/l ... ran/857043474340837
Last edited by phdhng on 9-12-2014 11:20 AM
|
|