CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4236|Reply: 11

aduh.. tak payahla percaya bomoh-bomoh ni. pergi je hospital. kesian baby ni!

[Copy link]
Post time 11-12-2014 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Bayi Dua Bulan hampir Maut Apabila Perutnya Dibakar dengan Pisau Panas Oleh Bomoh.

Bayi perempuan dari India berusia dua bulan telah dicap dengan pisau panas diperutnya oleh seorang pengamal perubatan tempatan atau bomoh apabila cuba menyembuhkan penyakit Pneumonia yang dihadapi bayi itu.
Nama bayi tersebut Shivani Seheriya didapati telah mendapat jangkitan yang mengancam jiwanya.
Dalam keadaan terdesak, Ibunya Somvati Seheriya yang miskin membawa anaknya kepada seorang bomoh.
Sebelumnya, Somvati telah kehilangan anak pertamanya juga kerana pneumonia dan pada masa itu dia menyesal kerana tidak anaknya itu kepada bomoh.
Selepas itu, dia yakin bomoh akan dapat menyembuhkan bayinya yang baru lahir.
Amalan melabelkan bayi adalah cara tradisional di India di mana kulit dibakar dengan batang besi yang panas atau benda besi lain untuk merawat.
Cara ini dianggap boleh menyembuhkan banyak penyakit umum seperti malaria, penyakit kuning, meningitis dan kejang-kejang.
Amalan seperti ini masih banyak dijumpai di kawasan luar bandar di India. Somvati dan suaminya, Giru dari Sheopur, Madhya Pradesh, India Tengah membawa Shivani kepada bomoh tersebut.
Dia kemudian membakar perut anak tersebut dengan pisau panas 40 kali yang diyakini akan menyembuhkan penyakitnya.
Namun apa yang terjadi keadaan Shivani malah semakin buruk. Setelah sampai rumah ia menderita demam teruk.
Mereka pun membawanya ke hospital dan doktor mendapati bahawa Shivani menderita Ventricular Septal Defect (VSD).
VSD merupakan kelainan jantung bawaan (kongenital) berupa terdapatnya lubang pada septum interventrikuler yang menyebabkan adanya hubungan aliran darah antara ventrikel kanan dan kiri.
"Saat Sihivani dibawa keadaannya sangat buruk, staff perubatan meletakkannya dalam mesin yang disebut Nebulizer. Dimana ia akan terus diberikan ubat," ujar dr Gobind Singh.
Selepas itu keadaan Shivani bertambah baik dan hari berikutnya dia sudah boleh menyusukan.
sumber:ejeninfo.blogspot.com

sumber: dailymail.co.uk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 03:46 PM | Show all posts
Tangkap je bomoh ni, xkesian ke bakar pisau panas letak kt badan baby. Sdg kte yg tua ni pn bleh jerit, mau2 terus g cekik bomoh tu sbb melecur.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 06:27 PM | Show all posts
India masih lagi menebal dengan amalan2 kuno dan bomoh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 08:25 PM | Show all posts
40kali?
kena periuk panas sikit pun da beradoi2..
kesian baby..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 09:25 PM | Show all posts
Dah jadi cam kes dera lak jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada info (duuuuuuuulu lah) penabung beli cincin tu guna khidmat bomoh dari India
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2014 08:24 AM | Show all posts
kite kena air cairan lilin yg setitik tu dah menggelupur.....ni pulak besi panas siap bertanda melecur tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 09:53 AM | Show all posts
kesian baby............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 01:47 PM | Show all posts
xhagak-hagak smpai 40x
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 03:56 PM | Show all posts
cuba pisau panas tu dicap kt telo bomoh tu....mau meloncat bomoh tu..gila la...org2 pendalaman trlmpau percaya pd bomoh2
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 01:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 04:29 PM | Show all posts
setiap org lain kepercayaan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.662426 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list