CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10624|Reply: 21

Panduan Berjaya Dalam Temuduga

[Copy link]
Post time 15-12-2014 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera ahli forum Cari.

Saya ingin berkongsi panduan untuk berjaya dalam temuduga berdasarkan pengalaman sebagai Setiausaha dalam temuduga perjawatan. Panduan ini juga dari pengalaman ditemuduga syarikat swasta, korporat dan Jabatan Kerajaan. Harap ianya dapat membantu belia dan bakal graduan untuk mencapai pekerjaan impian mereka.

Saya kongsikan panduan semasa temudga sahaja berdasarkan pengamatan calon yang Berjaya dan Gagal dalam temuduga Jabatan Kerajaan.

1. Kelulusan Akademik
    Diploma dan Ijazah sebaik-baiknya CGPA 3.0 dan ke atas kecuali anda mengambil bidang yang tidak ramai graduan seperti Kejuruteraan Kimia.
    SPM- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dgn dua daripadanya Kepujian.
    Ikut pengalaman, calon bawah CGPA 3.0  akan disisihkan terlebih dahulu.

2. Komunikasi - terbahagi kepada kebolehan bertutur dalam BM dan BI. Agak pelik jika graduan di peringkat Ijazah lemah dalam BI berbanding graduan Diploma. Jika lemah BI sila perbaiki dengan banyakkan bahan bacaan BI dan hadiri kelas pengukuhan.
Kawalan vocal yang terang dan jelas dapat mempengaruhi panel yang ingin calon yang bertenaga berbanding calon yg agak meleweh...tona suara yang perlahan dan takut2.

Komunikasi Bahasa Badan - org Jawa panggil 'Body Language'. Jika duduk perlu relaks, tenang dan senyum. Kaki jangan disilangkan atau digoyangkan seperti menari techno. Pergerakan tangan tidak keterlaluan dan tidak memusingkan pen..jika memegang pen. Pastikan Eye Contact dengan penemuduga. Jika calon banyak memandang tempat lain, jelas beliau gelisah, tidak selesa dan tidak berminat.

3. Pengetahuan Am - sebaik-baiknya buat 'homework' tentang jawatan yang dipohon, boleh telefon jabatan berkenaan lebih awal. Buat study tentang Misi dan Visi dan jika di bawah Kementerian, kenali Nama Menteri yang berkenaan. Banyakkan bacaan tentang isu terkini seperti GST dan impaknya.

4. Pakaian dan Rupa Diri - Pakaian Lelaki- Seluar slack warna gelap dan baju lengan panjang warna cerah, bertali leher dan blazer bergantung pada jawatan dipohon. Kasut hitam bertali dan stoking hitam. Rambut diptong kemas dan tidak merupai potongan rambut Artis K-Pop yang panjang menutup telinga. Untuk lelaki, tak salah belanja sedikit untuk beli kasut kulit dan kemeja yang baru. Kalau kemeja lama dengan butang lengan tercabut, nampak selekeh. Wanita, baju kurung dengan aksesori yang sederhana. Gelang fancy warna warni simpan dulu.

5. Susunan Fail- Mulakan Sijil yang tertinggi, contoh, Ijazah, Diploma dan SPM diikuti dengan sijil aktiviti Univ, NGO dan lain-lain. Surat Sokongan/ Sijil atas nama parti boleh diletakkan di belakang. Kenapa perlu sokongan jika anda benar-benar yakin dengan kebolehan diri sendiri. Ada calon yang kedekut nak belanja beli Fail yang baik dan sannggup himpunkan semua fail dalam satu kompartmen.
Ingat jangan susahkan penemuduga mencari fail-fail anda.

Yang lain akan ditambah jika mendapat respon dan pertanyaan dari ahli. Selamat menghadiri temuduga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 01:34 PM | Show all posts
good luck utk sape2 yg nk pegi interview tue..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 01:55 AM | Show all posts
wah bestnyer ada panduan, tak yah tanya mr google lagi...all the best guys!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:55 PM | Show all posts
pengetahuan am penting juge, kadang kadang bos suka tanya ....dan kait kan dgn pengalaman kerja lagi bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 05:16 PM | Show all posts
Pengetahuan am ambik isu yg paling popular....temuduga sebelum ni isu GST dan kesan...ade calon yg membaca...ade jgk yg main tembak2...Tp tengok level la...kalau graduan ijazah...jawapan yg lebih matang.
Anyway, minggu ni ada temuduga untuk jawatan lepasan SPM dan Diploma.
Tapi dah biasa, calon untuk jawatan SPM, ramai yg dh ada Diploma dan calon untuk jawatan Diploma, hampir 80% dah ada Ijazah.

Awas untuk calon yg dah selalu sangat interview, biasa ayat yg keluar agak klise, dan seolah skrip. Calon mcm ni agak bahaya sbb susah nak tau intention sebenar mintak kerja. Penemuduga cari org yg jawap dgn jujur dan ikhlas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 04:50 PM | Show all posts
panduan yg paling penting ialah confident diri
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2015 01:03 PM | Show all posts
Pagi ni selesai sesi interview untuk jawatan teknikal dalam Jabatan kerajaan. Pengecualian kepada syarikat O&G, Swasta Mat Salleh atau Jepun, Korea dan yang sewaktu dengannya.
Jadi kesimpulan dan panduan yg diperolehi:-
1. Pakaian
Pakaian yang baik, kemas, lengkap berkemeja, bertali leher, seluar hitam, kasut hitam menunjukkan tahap persediaan mental yang ditemuduga. Kalau pakaian ala kadar, seadanya, kedekut pahit nak belanja duit..alamat jadi Calon Simpanan la. Calon wanita walaupun dilatih diswasta berkemeja dan berseluar, tetapi jawatan dipohon dalam Jabatan Kerajaan, sila pakai mengikut etika pakaian penjawat awam. Sehari je pun temuduga, takkanlah tak boleh nak presentable sikit. Dah kerja nanti pakai uniform..dlm nak pakai tube pun org tak Nampak.
2. Bahasa.
Kerja level Diploma, kebolehan berbahasa Inggeris memang penting. Calon yang tak konfiden sebab BI pun bawah par. Markah dah kena tolak. Jangan sebut 'Can I speak in Malay'..sebab bila temuduga rupanya calon ada degree. automatic markah kena tolak....
3. Persediaan Mental
Jangan gelabah..panic..walau pandai..pengalaman byk tp kalau dah tergagap nak jawap...tak konfiden mcm Anne cakap...mmg reject.
4. Persediaan tentang jawatan dipohon.
Rajinkan diri, gugel, Tanya...ada mulut..rajinkan diri...Tanya job spek...apa yg akan di buat.

Contoh calon Berjaya.
1. Pakaian - Kemas siap berblazer..masuk penuh konfiden...
2. Sikap - yg ni susah nak tipu...be yourself....panel suruh baca Al-Fatihah..bacalah, cukup sembahyang ke tidak..jawablah sejujurnya.
3. Konfiden - ni dtg dr penguasaan BI yg baik...boleh bercakap maa..bukan nak ambik cikgu English...mental dah prepare...pengalaman cukup..

Ok petang ni satu lagi jawatan untuk ditemuduga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 07:59 PM | Show all posts
seriously membantu sgt2 info dan tips hadir tmuduga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2015 05:04 PM | Show all posts
Thanks iggy,

Bila dah 4 tahun jadi panel temuduga, macam2 kerenah calon yg dilihat. Jadi saya teringin nak bantu terutama bila calon yg ada kelayakan akademik tapi kurang pengalaman, pengetahuan dan kurang konfiden...
Kalau tgk profail calon yg berjaya temuduga, ada persamaan antara mereka..tak kira bidang teknikal atau bukan.
Itu yg saya nak bantu, sebab ahli panel pun manusia biasa macam kita. Apa yg dicari dalam diri calon ada persamaan dengan ciri-ciri ahli personaliti panel tu sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 05:10 PM | Show all posts
Dalam banyak temuduga yg saya handle, biasa calon MRSM memang ada identity yg tersendiri, baik daripada pencapaian akademik, ataupun penampilan semasa temuduga.
Tp tak bermakna calon sekolah kebangsaan tak hebat, Calon Politeknik pun makin ramai yg hebat. SPM mungkin BI dapat 7 atau 8, tapi bila ujian perbualan BI, kalau yang sudah bekerja, mmg konfiden. Selamba je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 02:52 PM | Show all posts
Thanks...

sy tahu kelemahan sy sbb tak pandai bahasa inggeris...
sbb tu ada ijazah pun, xdpt keje yg taraf ijazah tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 12:07 PM | Show all posts
Edited by sranua at 9-2-2015 12:11 PM

Assalammualaikum Salju,

Minta maaf Salju kalau perkongsian ini agak direct. Tapi dunia pekerjaan mmg memilih mereka yang kompeten.
Macam ni lah, sebagai org yg kerap berhadapan dgn student, saya boleh kategorikan kepada 3.

Kategori 1: Mereka yg memang mahir bertutur, dan mmg suka memberi pendapat, idea dan tahap keyakinan kalau 5 Bintang, saya bagi 5 sebab, dia mampu bertutur dalam BI, jadi dia mampu bagi idea, pendapat dan suka duduk dalam kumpulan yang suka bising, bukan bising kosong, tapi boleh buat kerja.
pelajar Diploma  w/p part1 , ada yg dah ada kemahiran ni.

Kategori 2: 3-4 Bintang. Mereka sederhana, ada rasa malu sikit, tetapi bila berdiri, bercakap, nampak keyakinan disebabkan keinginan untuk maju. Jadi dia buat sibuk, join dgn budak kategori 5...so dia pun sama pandai. Kategori 2 ni kalau interview, penguasaan BI mmg sederhana, tapi tak malu lah.

Kategori 3: Yg ni.....mcm dilemma sikit. Dia tahu BI dia amat lemah, tetapi takde usaha nak perbaiki. Kalau buat sesi perbicangan kita boleh nampak yg ni agak tersisih, suka jadi 'invisible'. Mungkin dalam hati berdoa, 'janganlah aku dipilih untuk present'..jangan tanya macam2'.
Apa jadi dgn 3 tahun Diploma dan 2 tahun degree....asal dapat ijazah cukuplah..gred biasa bawah.. 3.0..kalu lepas pun sebab dia menghafal.. bila mintak 'explain' terkial2.

Ok. Bila dah dapat kategori anda ...apa nak buat?
Yg pertama, kena tanya diri sendiri..nak kerja atas faktor kompetensi atau faktor kesiannnn....

Kalau faktor yg pertama, kena lah ubah cara berfikir, cara berpakaian. Anda hebat bila pakai baju baru..biasa Hari Raya. Jadi kalau Hari Raya boleh pakai cantik2..kenapa masa temuduga, pakai ala kadar..stoking pun berkeromot..tali pinggang mcm budak2...Ingat..anda nak beri impressi yg baik pada penemuduga.
Pakai cantik, org puji..automatic keyakinan diri anda meningkat tinggi.
Selain daripada tu, banyakkan lah membaca..malas nak baca suratkhabar setiap hari..beli NST hari Ahad...boleh baca tentang kereta, tentang isu masa kini, isu GST, Bajet...isu dunia. Kalau tak faham, masa ni lah nak ada satu kamus, rajin2 selak kamus.
Untuk komunikasi..yg tu kena pergi kelas.....buat pelaburan..jgn HP lebih mahal dari penampilan anda..HP smartphone ribu2 boleh beli...speaking ke laut....

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:54 PM | Show all posts
nak tanya..nape ek klu dpt interview kerja di priv..awat dia dh mtk awal2x slip gaji n gambar yer..pas tu interview sorg2x jer..mmg private mcm tu ek..sori klu salah tmpt nak tnya..hehee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 01:18 PM | Show all posts
Alamak...den takde pengalaman dlm private..sebagai yg ditemuduga..berpeloh jantan menjawab soalan ada la.
Private ni kan set peraturan sendiri. Macam MAS..dia buat ujian Writing Esei dulu...yg English agak tak lepas...mmg out.
PETRONAS...panel 2 org..calon sorang je. TM panel 2, calon sorang, PTD...3 panel..sorang kaki provoke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 03:06 PM | Show all posts
Assalammualaikum semua,

Pernah dengar tak perkara mistik dlm temuduga?, contoh ada yg amal ayat tertentu supaya ahli panel jatuh hati, tak sampai hati nak bertanya. Kalau amalannya dari kitab suci Al Qur'an tiada masalah, jangan yg menyimpang sudah.
Kdg. ada ahli panel yg ade kelebihan untuk mengesan pengaruh ilmu ni, tak tau mcm mana.
Mungkin  cara calon melangkah kaki masuk ke bilik temuduga, cara dia bercakap, aksesori yg dipakai, isyarat mata....
Ianya memberi isyarat yg negatif kepada ahli panel. Keputusan - Gagal.



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:08 PM | Show all posts
petua yg ayah sy bagi ...alhamdulillah diizin Allah setakat ni interview 3 syarikat berjaya...

Baca Bismillahirrahmanirrahim 66x dan niatkan org yg interview kita tu lembut hati terima kitaa

goodluck semuaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2015 11:31 AM | Show all posts
Alhamdulillah..semoga kita beroleh keberkatan dari kerjaya yang kita pilih. Bila majikan redha dgn pililhannya kerja jd senang.
Saya yakin, bila rezeki kita sudah tertulis di tempat berkenaan, In Shaa Allah, berkat doa ibu dan bapa,  serta pakej ketrampilan, ilmu dan keyakinan menjadi bekalan yg cukup ampuh untuk kita dipilih. Jika tidak, yakin bahawa tempat lain masih ada.
Terima kasih atas perkongsian saudara. Moga ianya bermanfaat untuk semua pembaca.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2015 11:44 AM | Show all posts
Ahaa...ada yg bercita-cita nak jadi pendidik atau pensyarah.
Saya kongsikan tips yang diberikan sendiri oleh Pengerusi Temuduga ketika ditanya oleh calon.
Untuk calon Pensyarah, kebiasaannya akan diadakan satu sesi 'mock teaching' iaitu penilaian keberkesanan pengajaran. Jadi ciri2 yang dinilai adalah seperti berikut:-
1. Pengalaman- pengalaman memisahkan antara calon berjaya dengan tidak. Bukan sahaja pengalaman yang formal, tetapi minat mengajar memberi tusyen 'free' pada anak-anak jiran, pada junior.
2. Enthusiasm and passion- masa mengajar dan menjawab soalan terserlah minat yang mendalam, contoh ayat ' 'Its running in my blood since my father was a teacher'. Jadi kesungguhan menjawab soalan, mempamirkan minat yang sangat tinggi. Ada calon yg datang sesi 'mock teaching' sekadar penuhkan kuota, bila mengajar tidak bersemangat, tidak bersungguh-sungguh.
3. Ton suara yg jelas dan kuat. Pensyarah kena mengajar 30 atau lebih anak murid..kalau ton suara amat lemah lembut pun susah jugak.
4. Teknik mengajar yang mudah difahami.

Tapi tips ni sesuai untuk lepas ke Fasa ke Dua....Temuduga Akhir. Nak dapat atau tidak kerjaya idaman tu, bergantung pada keseluruhan pakej yang ada serta sikap positif yg ditunjukkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 09:05 AM | Show all posts
Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua...
Semoga hidup anda ceria penuh dengan rahmat Ilahi. Lama tak jenguk thread ni. Saya pun dah bertukar Jabatan. Dah tak handle temuduga macam dulu.
Kali ini saya nak bagi tips Penilaian Temuduga menggunakan kaedah STAR CBI. Kaedah ni banyak digunakan oleh syarikat korporat, kerajaan dalam pengambilan Pegawai atau Eksekutif. Apa itu STAR CBI? STAR, S-Situation, T- Task, A- Activity, R-Result. CBI- Competitive Based Interview.
Huraian:
1. S- Situation - Biasanya penemuduga akan bertanya apa projek/ penambahbaikan yang telah anda laksanakan di tempat kerja lama. Jadi jawab dengan memberi contoh Projek di tempat kerja lama. Apa masalah yg dihadapi sehingga perlu adakan projek tersebut. Contoh Fail Lama tidak simpan dengan baik dan ada fail yang rosak sebab dimakan bubuk atau faktor kelembapan.
2. T-Task - Tugas - Apa tugas anda...kalau jadi Ketua Projek, Setiausaha Projek atau ahli kena sebut apa tugas yg dibuat untuk pastikan projek berjaya. Tubuhkan ad-hoc committee antara beberapa jabatan. Buat mesyuarat, masukkan dalam Laporan Audit.....contohnya.
3. A- Activity - Aktiviti apa yg dibuat semasa perlaksanaan projek tersebut. Buat gotong royong, buat bengkel pemuliharaan fail. Jemput Bahagian Arkib buat penilaian tempat. Kalau projek lain, buat kunjungan ke rumah anak yatim ke. Buat lawatan industri ke. Buat khidmat masyarakat kepada Orang Asli ke. Lagi banyak aktiviti lagi bagus.
4. R- Result - Apa hasil dari projek tersebut. Fail-fail lama dapat dipindahkan ke ruang arkib baru dengan kaedah pemuliharaan yg betul. Masalah berjaya dikurangkan kepada 95% ke dengan penjimatan hampir RM700ribu....ataupun proses manual dapat di digitalkan.

Jadi melalui kaedah STAR ini, anda dapat kurangkan risiko bercerita perkara yg tidak memberi impak, atau tidak fokus pada isu. Penemuduga ni pun bijak juga....kalau anda hilang fokus mmg tolak markah. Jadi kena minimakan kaedah menjawab asal jawab je. Biar jawab dengan berfakta.
Ok  selamat berjaya. Doakan juga agar rezeki rakan-rakan yg belum dapat kerja di permudahkan, dapat kerja idaman dan yg belum naik pangkat juga dapat naik pangkat dengan kaedah STAR CBI. Aaminnn yarabbal alamin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 13-12-2020 09:05 AM
Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua...
Semoga hidup anda ceria penuh dengan rahmat Ilahi. Lama  ...

Tq share, sangat bermanfaat utk persedian iv nanti
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068717 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list