Hobbiton Movie Set — Set Penggambaran Filem ‘The Hobbit’
Filem trilogi ‘The Hobbit’ yang terakhir telah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada minggu lepas. Oleh kerana terfikirkan filem tersebut, hari ini penulis ingin berkongsi dengan anda satu tempat di Matamata, New Zealand yang dinamakan Hobbiton Movie Set yang merupakan tempat penggambaran filem ‘The Lord of The Rings’ dan juga ‘The Hobbit’.
Sekiranya anda berkesempatan untuk pergi ke New Zealand, jangan lupa untuk singgah di Hobbiton Movie Set bagi merasai sendiri pengalaman berada di set penggambaran 2 filem hebat tersebut.
Set penggambaran yang unik dan menarik ini telah mula dibina pada Mac 1999 dan telah memulakan penggambaran yang pertama di situ pada Disember tahun yang sama. Di Hobbiton Movie Set, anda boleh melihat sendiri kawasan rumah ‘The Hobbit’ dan juga persekitarannya yang sangat unik dan menarik seperti yang anda saksikan dalam filem ‘The Hobbit’.
Sumber gambar: Facebook Hobbiton Movie Set & http://new-zealand-maria.blogspot.com/2013/02/hobbiton-movie-set.html
wanista.com
|